14 July 2011
anak tunggal
07 July 2011
di suatu pagi khamis...

05 July 2011
g kerja bawak anak....

anda berapa kali g kerja bawak anak?? aku dh berkali-kali jugak.. yelah ibu berkejaya laa katakan.. sesekali ade hal2 emergency yg mungkin terpaksa bwk anak g opis.. so angkut lah budak2 tu. bukan aku saje.. staf2 lain kt opis ni pun kdg2 ade gak bawak anak2 diorang.
04 July 2011
petikan dari BERITA HARIAN 4 Julai 2011
sharing is caring...lalalalaaaa...
Tidak perlu ejen ambil amah
Oleh Lum Chee Hong
lumch@bharian.com.my
2011/07/04
KUALA LUMPUR: Majikan boleh menggaji pembantu rumah warga Indonesia secara terus tanpa melalui khidmat ejen atau agensi berkaitan apabila prosedur mengenainya dipersetujui oleh Malaysia dan republik itu.Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata perkara itu adalah antara yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pengambilan pembantu rumah dari republik itu yang ditandatangani akhir Mei lalu.“Contohnya, seorang majikan yang mempunyai amah sudah tamat tempoh atau mahu balik, tetapi pembantu rumah terbabit mempunyai seorang ahli keluarga bagi menggantikannya, majikan itu tidak memerlukan ejen atau saluran agensi pembantu rumah.
“Kedua-dua kerajaan sedang menyenaraikan prosedur yang majikan kena ikuti supaya mereka mematuhi segala syarat ditetapkan oleh kita, sebelum ia dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian ‘My Skills’ di Dewan Canselor, Universiti Malaya (UM) di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jawatankuasa ditubuhkan antara Malaysia dan Indonesia untuk memantau MoU ditangani di Bandung, Mei lalu.
Hadir sama, Presiden MIC, Datuk G Palanivel; Ketua Pemuda MIC, T Mohan; Ketua Wanita MIC, Datin Paduka P Komala Devi; Ketua Putera MIC, P Kamalanathan dan Ketua Puteri MIC, Usha Nandhini Jayaram.
Karnival ‘My Skills’ yang dirasmikan oleh G Palanivel itu diadakan sehari akan diperluaskan di lapan negeri lain dengan menawarkan kira-kira 6,000 tempat kepada golongan belia India dalam bidang latihan kemahiran daripada institusi kerajaan dan dilaksanakan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama MIC.
Dr Subramaniam berkata, hanya 34 daripada 100 agensi pembantu rumah bersetuju untuk mengikut kadar pembayaran pengambilan pembantu rumah oleh majikan kepada agensi seperti yang sudah diumumkan oleh kerajaan.
“Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kita sudah berjumpa dengan banyak agensi, tetapi hanya sebahagian yang bersetuju dengan kadar berkenaan.
“Mereka yang sudi boleh terus ikut, manakala agensi yang tidak sudi kena tunggu,” katanya.
Sebelum ini, protokol pindaan terhadap MoU mengenai pengambilan pembantu rumah Indonesia yang ditandatangani di Bandung menetapkan RM4,511 sebagai bayaran pengambilan pembantu rumah Indonesia oleh pihak majikan Malaysia.
30 June 2011
ini antara kandungan MOU ant Indo & Msia berkenaan dgn Pembantu Rumah

Pemakaian MOU
1) Berkuatkuasa pada tarikh ditandatangani – 30 Mei 2011.
2)Penguatkuasaan pindaan tersebut tidak bersifat kebelakang.
Perlaksanaan
1)Membantu pihak majikan dan (Agensi Pekerjaan Swasta) APS untuk melaksana protokol.
2) Isu pemegangan pasport – Hendaklah dipegang oleh pekerja dan hanya boleh dipegang oleh majikan dengan kebenaran bertulis bagi tujuan keselamatan (safe keeping) (Pindaan Protokol : Artikel 6).
3) Cuti rehat – majikan dikehendaki memberi satu hari cuti rehat bergaji dalam seminggu kepada PRI (Pindaan Protokol : Artikel 6).
Atau membayar tambahan satu hari gaji jika PRI dikehendaki bekerja pada hari rehatnya.
*ABSCOND*
PRI melarikan diri dalam tempoh 6 bulan dari tarikh digajikan.
Pampasan yang perlu dibayar
oleh APS- RM4,511
dibayar dalam tempoh 4 minggu dari tarikh permintaan pengembalian wang dibuat. ATAU
Ganti dengan PRI baru - Disediakan oleh dalam tempoh 2 minggu dari tarikh PR melarikan diri
Kelakuan atau tindakan secara sukarela pekerja meninggalkan tempat kerja dalam tempoh sah (6 bulan dari tarikh digajikan) yang ditetapkan di dalam kontrak pekerjaan, tanpa kebenaran dan pengetahuan majikan TETAPI tidak termasuk lari kerana ancaman atas alasan keselamatan,penderaan&penganiyaan yang dilakukan oleh majikan
PRI tidak tahu / tidak boleh melaksanakan kerja yang diarahkan majikan (
dalam tempoh 6 bulan dari tarikh digajikan)Pampasan yang perlu dibayar APS - RM4,511 (dibayar dalam tempoh 4 minggu dari tarikh permintaan pengembalian wang dibuat
ATAU
Ganti dengan PRI baru - Disediakan oleh APS dalam tempoh 2 minggu
Apabila PRI disahkan sebagai
Tidak Sihat / Gagal Ujian Kesihatan FOMEMA dalam
tempoh 3 bulan dari tarikh digajikan.
Pampasan yang perlu dibayar APS - RM4511
(dibayar dalam tempoh 4 minggu dari tarikh permintaan
pengembalian wang dibuat.
ATAU
Ganti dengan PRI baru dalam tempoh 2 minggu dari
tarikh PRI disahkan medically unfit.
p/s: isu gaji minimum??? xde...
28 June 2011
family day 2011 ~ Genting Highland


26 June 2011
Kos pengambilan maid Indo

saje nak share disini ttg kos pengambilan pembantu rumah indonesia berdasarkan MOU yg ditandatangani antara kjaan M'sia & Indo baru2 ni.
Semua Agensi atau Majikan yang terlibat dalam urusan Pembantu Rumah Indonesia (PRI) diwajibkan mematuhi struktur kos yang telah dipersetujui dan ditetapkan bagi Majikan dan PRI didalam MoU yang termeterai di antara Kerajaan
NO. | ITEM | AMAUN (RP) | AMAUN (RM) |
Bayaran yang dikenakan kepada majikan : | |||
1. | Annual Levy | 1,008,000 | 360 |
2. | Work process and document | 238,000 | 85 |
3. | Stamping, airport clearance, documentation, service tax, food and lodging, insurance, etc | 1,806,000 | 645 |
4. | Medical check-up in | 532,000 | 190 |
5. | Fees for Malaysian agency | 1,778,000 | 635 |
6. | Transportation cost from the original exit point in | 1,400,000 | 500 |
7. | Airport tax and handling | 280,000 | 100 |
8. | Training (50%) | 550,000 | 196 |
| JUMLAH | 7,592,000 | 2,711 |
NO. | ITEM | AMAUN (RP) | AMAUN (RM) |
Bayaran yang dikenakan kepada Pembantu Rumah : | |||
1. | Medical check-up in | 400,000 | 143 |
2. | Transportation cost from original city of the Domestic Workers to the original exit point in | 225,000 | 80 |
3. | Visa imposed by the Malaysian Embassy | 45,000 | 16 |
4. | Travelling document | 120,000 | 43 |
5. | Insurance | 400,000 | 143 |
6. | Government levy | 135,000 | 48 |
7. | Training (50%) | 550,000 | 196 |
8. | Competency examination | 110,000 | 39 |
9. | Accommodation | 1,405,000 | 502 |
10. | Fee for Indonesian agency | 1,650,000 | 589 |
| JUMLAH | 5,040,000 | 1,800 |