Showing posts with label gold. Show all posts
Showing posts with label gold. Show all posts

23 August 2011

Harga Emas

ni ade satu PETIKAN AKBAR BERITA HARIAN hari ni...yg berkaitan dgn emas. tp sblm tu nk cerita kisah aku mggu lepas... jumaat lepas, aku g bank..lps settle sume urusan bank, aku saje menyinggah kt satu kedai emas sblah bank.. satu kecoh buat tanye2... ade hati nk tukar rantai tangan aku yg dh berkulat ni sebenarnye.. stlah ditimbang rantai tangan aku, tokey kedai kate rantai tangan aku harga dlm RM900++.. tokey kedai cakap hrga emas hr tu RM157 segram.. dia cdgkn aku tukar dgn gelang baru sempena raya..ade la 2-3 gelang aku try, ammmbooi...manis pulak tangan aku dgn gelang itu...hahahaaa.. last2 aku ckp, nanti lah saya kena tanya suami dulu..

Hari ahad, aku & hubby jalan2 carik baju raya.. dlm shopping complek tu ade kedai emas..aku saje tanye, brp hrga emas hr ni?? tokey kedai cakap RM200 segram...Maaakk aaii... dlm mase 3 hari naik RM43.. cepat tul harga emas ni naik..tak sesia aku melabur dlm emas walaupun sikit... tgk hrge PG hr ni:

Public Gold Price (24 Hours Live)

(Last updated 23/08/11 4:30 PM)
PG SellPG Buy
10 gramRM 2,010.00RM 1,849.00
20 gramRM 3,984.00RM 3,745.00


DinarPG SellPG Buy
1 dinarRM 817.00RM 768.00


ni petikan akbar hari ni......

Harga emas terus tinggi
Ekonomi




Oleh Mahanum Abdul Aziz

2011/08/23

Melonjak ke paras RM180 segram

HARGA emas terus melonjak ke paras tertingginya dalam sejarah iaitu pada AS$1,888.90 seaun atau kira-kira RM180 segram semalam berikutan kebimbangan berterusan kemungkinan ekonomi Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kemelesetan
berganda, di samping krisis hutang di Eropah yang semakin meruncing.
Keadaan pasaran yang tidak menentu ketika ini menggalakkan pelabur memilih untuk melabur dalam logam berharga itu kerana ia antara pelaburan lindung nilai yang terbaik ketika krisis ekonomi. Ketua Penyelidik Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata pihaknya menjangkakan harga emas bakal mencecah paras AS$1,900 seaun dalam tempoh terdekat berikutan kelemahan dolar AS secara berterusan dan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi sekali lagi di AS.

Beliau berkata, pihaknya juga melihat harga emas mempunyai potensi untuk mencecah paras AS$2,000 seaun menjelang akhir tahun ini berikutan permintaan tinggi terhadap logam berharga itu kerana pelabur lebih gemar melabur dalam emas ketika ketidaktentuan pasaran dunia.

“Penurunan penarafan hutang AS menggalakkan pemegang bon AS menjual pegangan masing-masing dan membeli emas. Kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi baru di AS serta kelemahan dolar juga mendorong harga emas untuk melonjak ke paras tertinggi,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Kebanyakan penganalisis pasaran sebelum ini menjangkakan permintaan bagi emas akan terus meningkat pada masa depan terutama dari China dan India didorong peningkatan pendapatan boleh guna di kedua-dua negara itu.
Mereka melihat keadaan tidak menentu di AS dan Eropah yang berlarutan juga menggalakkan bank pusat seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing.

“Prospek ekonomi AS yang malap berserta data ekonomi yang lemah ditambah krisis hutang Eropah yang semakin meruncing telah mendorong harga emas terus melonjak lebih daripada sukuan sejak Julai lalu,” jelas seorang penganalisis pasaran.

“Kami tidak melihat sebarang faktor positif yang dapat menyokong ekonomi AS dalam tempoh beberapa bulan ini,” tambahnya.

Akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.









p/s: melabur-melabur jugak, zakat jgn dilupakan..... ;)

11 August 2011

anak emas


anak emas = anak kesayangan.. oleh itu ketiga-tiga (termasuk bby peyut) adalah anak emas umi.. tak terlambat nk wish hepi ramadhan.. entry ramadan xde..blum ade idea nk tulih..hihi.. ni, aku nk crita pasal EMAS.. bukan anak emas..;)

Emas naik cepat bulan2 pose ni.. bulan lepas aku ade citer pasai emas ni..xsampai sebulan emas naikk lagi.. tkjut gak aku tgk.. hrga hr ni :


Last updated 11/08/11 2:00 PM)

Emas (harga Sell)

10 gramRM 1,913.00
20 gramRM 3,790.00

Dinar
1 dinarRM 777.00



uuuiiihhh..untung!!!.. tp, bile mase nk tggu hrge rendah skit?? aku nk tmbh stok ni.. kwn aku ckp tggu raye cina..tp, ntah.. tgkk laa.. agak2 dpt ilham nk beli emas, nnt aku beli.. emas2 ni pun bkn utk aku..utk anak emas aku... ;p


19 July 2011

emas sudah tinggi

hrge emas pada 19/7/2011 @ 8.25 a.m



saje nk update pasai harga emas terkini...

bulan februari lalu aku beli emas 20g dgn harge RM3132.
tadi pagi tadi harge dia RM3442.
klu aku juai untung RM103.
tak niat nk juai pun... ni investment utk anak aku.

bercadang nk tmbah stok..
taaaapiii..
skg ni byk pulak nk pakai duet..
dgn kos maid, nk reno skit2 dapur aku tu..
nk beli perabot jugak!!!!
amboi byk cantik muke ko..
nk wat sume tu..
klu duet berkepuk xpe gak..
adoii..

eh..ko kan dah konpem.. gune laaa epf ko..
epf aku, aku nk bayor duet belaja.
hihi... aku ni selalu skip bayor..
so cdgnye, nk buat terus potongan gaji..
byrn tertunggak tu, aku peruntukkan rm10K je..
yg lelebih tu aku buat laa belanje skit2 & investment.. ;)

ape yg penting emas aku nk naikkk.... yey!



p/s: dinar pun dah naik jugak...
hrge hari ni RM708, mase aku beli RM600.. ;)


22 February 2011

menyesal dahulu pendapatan lumayan




nak cerita skit aa kt sni..
hari jumaat lepas.. aku dh konfem dgn kawan aku nk beli emas dia..
tapi aku tak lock hrga.. mase tu hrge utk 20g emas 999 ialah RM3100.
dh 2 hari aku ushar..hrge menten je RM3100. Jadinye aku ckap kt kwn aku hr isnin aku bg duit.. tp masih lum lock hrge tu..
tiba isnin, pg2 bute..aku msg kwn aku..kot2 lah dia reserve hrge yg terbaik utk aku.. tp, dia tak wat pape pun..so, aku tanye dia hrge hr ni (isnin-21/2/2011) berapa? dia ckp, RM3132..

haa?? dh naik RM32?? nyesal aku tak lock hrge ms hr jumaat hr tu. so, cepat2 lah aku setuju nk beli dgn hrge RM3132 itu.. so, nxt week br aku dpt goldbar tu sbb skg aku cuti2 m'sia 1minggu! hihiiii..

Sementara aku melayan 3 orang anak2 aku..eh.. dua org anak2 aku..aku ushar2 gak hrge emas kt sini...
20g = RM3147 @ 11.30am



mula2 aku tgk kira2 jam 11.30 pg.. harga 20g RM3147...

waahhh eksaited gak aku...hihii untung aku beli semalam RM3132..


20g = RM3148 @ 11.50am






20g = RM3152 @ 12.10pm


menyesal kan tak beli awal2.. padahal aku dh duk tgk investment dlm emas ni sejak tahun lepas lagi..klu dulu2 aku tak bertangguh beli emas, aku dh leh jual/gadai emas aku & shoppping!!!!
so, mulai saat ini aku akan beli emas skit2..(lama2 jadi bukit).. dua bulan atau tiga bulan sekali aku mesti beli emas...paling kurang pun satu dinar..(dinar pun dah naikkk ni!! minggu lepas 1 dinar= RM641.. hari ni RM651)

menyesal dahulu pendapatan lumayan sebab harge emas tak setinggi harge emas hari ini.
walaupun harge emas ini ade turun..ade naik.. jgn risau, sbb emas ni sangat stabil.. mmg tak rugi langsung kalau kite beli.. dan jangan lupe utk menunaikan rukun islam ke-4 iaitu berzakat..kerana zakat itu akan menyuscikan harta kita. wallahualam..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...