14 July 2011

anak tunggal

aufa yg gedik




hohoo...aufa dh hampir sebulan lebih jadi anak tunggal aku. badan pun makin berisi. alhamdulillah. sejak aisyah duk dgn tok ma & tok mi, aufa feeling2 jadi 'adik'... ni aufa yg cakap dgn aku.. dia kata dia ni 'adik'.. cehhh... berangan je lebih.

Makin manje dgn umi & ayah... ye lah melayan dia sorang je.. klu sebelum ni, aisyah kene diberi perhatian.. bukan ape, aufa suke sgt buli adik dia.. suke dengar adik dia nangis & jerit2.. ish2.. cian si adik. aufa pun selalu je kene marah dgn umi..

rindu... mmg sgt rindu.. semua org rindu aisyah.. aufa setiap hari tanya kan adik dia.. sabar ye aufa..ujung bulan ni kite bawak balik aisyah.

sekarang, setiap pagi.. time aku nk g kije, aufa mesti nangis nak ikut.. kdg2 dia cakap 'umi, tak yah g kije'.. atau dia akn cakap nk g school.. alaaahaii...cian anak umi.. boring duk umah ek.. klu ade aisyah, mungkin xde lah aufa boring sgt.. setiap kali aufa nangis pagi2 nk ikut aku gi kije, aku rase, mcm hari tu jugak nk g amik aisyah..buat teman aufa..hhuuhu..

thn depan aku nk sekolahkan jugak si aufa ni.. dia kan biase g sekolah..berkawan.. klu dia duk umah, takde byk aktiviti dia leh buat.. Aisyah, tggu umo 3-4 thn, aku hntar jugak g skolah.

kdg2 aku terpikir pasal anak2 ni.. aku tgk anak2 aku makin berisi & sihat sejak mereka dipisahkan sementara ni.. ni andaian aku je lah.... mungkin mereka cukup perhatian & kasih sayang agaknye.. so, selama ni??? xcukup perhatian kah??? ntah laa.. rasanya aku dh bagi yg terbaik utk mereka..

aisyah, dikampung tok ma & tok mi jaga dia sepenuh hati.. sehinggakan waktu tidur tokmi sama dgn waktu tidur si Aisyah.. kt rumah tu xde sape pun.. siapa lagi yg nk diperhatikan selain aisyah.. untung aisyah..

Aufa pulak, dirumah selama sebulan aku hanya tumpu kt dia aje.. rumah mmg riuh dgn suara aufa..klu ade aisyah laaagi meriah.. penat jugak aku melayan dia..lebih2 lagi dgn perut boyot aku ni ha...

sekarang dh ade maid..lagi lah aku leh fokus kt anak2 aku.. ringan sikit beban aku...tak yah dah aku nk pikir kemas rumah ke, menyapu ke..basuh pinggan ke.. suruh je dia buatkan.. tapi aku ni jenis yg suke jugak buat kije rumah sendiri, kdg2 aku buat je kije2 tu.. maid aku datang tanye, ade ape yg nk tolong atau dia kate, biar saya buat... aku cakap... tak pe ni sikit je..saya boleh buat sendiri.. rajin pulak aku kan??? hihi

Lepas ni, klu anak2 aku dah ade kt rumah, alangkah seronoknye aku...leh aku berguling2 dgn anak2 aku puas-puas..

Aufa, jgn nak berangan jadi 'adik' ye.. awak tu dah lame jadi 'kakak'.. adik pun dah masuk dua orang.. hahaa... seronok klu anak ramai.. at least diorang leh berkawan2 & bermain sesama sendiri.. xde lah boring kan???


p/s: byk pro & con klu beranak rapat ni.. ;)


aufa mmg pandai berkawan sejak kecil.
gmbar mase kt indo, nov 2009

07 July 2011

di suatu pagi khamis...





"alhamdulillah aufa dah tnang susu dah minum abis.kkak tak sah risau"

"aufa dah mandi kak"

"aufa dah makan nasi. skarang main dah mau nyanyi. nampak oky"


ni msg2 yg maid aku antar pagi tadi.. maid tu pggil aku kakak.. padahal aku ni mude drp dia.. laki aku pun dia panggil kakak jugak...haha.. gasakk aahh.. janji jgn naik kepala dahh...

hari ni 1st day maid aku memulakan tugas dirumah aku. jaga aufa. risau jugak aku bila dah ade org asing dirumah. tapi aku berserah segalanya kepada ALLAH.. hanya DIA sebagi pelindung kite.. tgk dlm 2 hr,& menurut MIL aku, selama dia di rumah MIL aku sejak ahad ritu, dia OK.. jenis yg sembahyang & pakai tudung jugak dlm rumah.. mengaji pandai..masak pun pandai~tapi aku tak kasi dia masak pun..klu dia nk masak, masak mknn dia sendiri je.. lgipun dia ni jenis yg penah kije dgn org di singapore.. tp, mjikan dia dulu org bkn islam.. so xkasi dia solat..kdg2 majikan dia ni makan mknn yg tak halal.. so, dia benti..xkije dh... ank dia sorang lelaki, tinggal dgn suami dia kt indo.. aku mase mule2 jmpe dia, aku rase dia ok. igtkn gemuk.. rupenye kuruss saje.. jgn mkin kurus dia tggal dgn aku udah.. ye lah biase org kurus kan rajin buat kije..~eh ye ke?? apsal aku tak rajin??? hahahahaaaa

byk preparation yg tak sempat aku buat sebelum maid datang. antaranya,

*kemas2 rumah sikit2 ~ yelah kang sepah sgt rumah aku, maluuu...

*prepare bilik utk maid~ aku igt nk gune bilik kecik yg selama ini jadi stor, nk siap2 bg maid duduk kt situ.tp xsempat nk kemas..tak tau laa ape yg aku sibuk sgt.. ish2..

*CCTV~ aritu dh usyar2 cctv mase karnival DECOHOME... diorang offer..tak sampai 2ribu hrge dia..

*kipas siling ~ oooohh...aku igt nk pasang sume bilik dgn kipas siling..tp xsempat jugak.. sbnrnye dh order online, tp, last2 org tu tak nak pasang pulak..hampesss...cam tak nak niage je.. aku bukannye tak leh beli kipas tu, beli boleh, tapi siape yg nak pasang???tu je masalah aku.. nk pggil kontraktor ker??

** dan byk laa lgi plan yg tak menjadi...huhuuuu

ape2 pun aku hrp maid aku ni seorang yg baik..& aku hrp aku pun jd 'majikan' yg baik..
aku igt satu je, kalau kite buat baik dgn orang...org akn buat baik dengan kite..

oh ye sbnrnye nk citer pasal aufa pagi tadi...
aufa bangun agak lambat pg tadi..dkt2 pukul 8 dia bangun.. carik aku kt dapur.. tanye ayah mana, & tanye ocik mane.. ocik tu maid aku lah.. eh...pandai pulak tanye ocik tu.. petande yg baik.. baik sbb dia dh mule terima org lain yg akn jge dia smntara umi kije.

bila ku dh siap2 nk g kije..pakai tudung sume tu..dh stat nangis.. nk ikut aku g opis..mcm aku bwk dia hr selasa ritu.. alamak... buat hal laa pulak si aufa ni.. aku mggu nii mgg bizi.. hr ni appointment sampai ke petang.. esok pun bz jugak..huhu x boley nk cuti... tapi aku keringkan hati g jugak kije pagi tadi..mmg dengar lah si Aufa tu menangis KUAT-KUAT..~buat malu jiran2 je...;(...

sampai opis, tgk2 ade msg maid aku bg.. ooohhh lega.. aufa dh tak nangis..

dapat lagi satu msg.. alhamdulillah..xsesia aku masak nasik goreng utk aufa pg td..

dapat lagi satu msg.. ~s.e.n.y.u.m~ lega aufa dh hepi mcm semalam..

hrp betul lah situasi aufa tu..

xyah laa ku balik tghri.. kang aufa nk ikut aku g opis pulak..

ptg ni kene singgah pasar malam beli bwg, lada, brg basah utk stok makanan.. kang kebulur pulak maid aku.. hahaaa..





msg pd pukul 12.11 tghri,

"aufa tidur kak"


wahhh... syukurrr... aufa tak de ape2... dh penat main... tido lah dia..lgpun tghri cam ni mmg waktu tido dia punn... lega umi..






aisyah dh berdiri!! tapi dia belum melangkah.
huhuuu...xsabar nk bwk balik aisyah ke klang!
Aisyah, umi really miss you!!!!



05 July 2011

g kerja bawak anak....


anda berapa kali g kerja bawak anak?? aku dh berkali-kali jugak.. yelah ibu berkejaya laa katakan.. sesekali ade hal2 emergency yg mungkin terpaksa bwk anak g opis.. so angkut lah budak2 tu. bukan aku saje.. staf2 lain kt opis ni pun kdg2 ade gak bawak anak2 diorang.

aku hari ni bawak si Aufa. Aufa kalau cakap 'nk ikut umi g ofis tak?'.. haa.. bukan main laju dia siap2 nk ikut umi.. katanya tak yah g school hari ni. mmg tak yah pegi pun dah.. pembantu dh sampai..so, aku decide bulan ni xyah antar aufa g taska dah. ujung bulan ni aku amik aisyah pulak..so, tak perlu aku nak berpisah-pisah dgn anak aku lagi. tak sanggup aku berpisah dgn anak2 lagi...huhuhuuuuu... berpisah dgn ayahnya pun same.. klu dh outstation luar tu... berhari2.... haishhh... xsanggup sebenarnye...

Aufa klu dh kt opis ni, mmg riuh.. buat mcm umah sendiri.. uncle2 & unty2 kebanyakannya dia dah kenal. Nak bagi senyap sikit, aku bg aufa layan YouTube kat hp aku. sibbaik ade wifi kt opis ni... lepas boring2 tu, aufa main conteng2 pulak.. ari ni aku tak bz sgt. ade satu appointmnt je pagi tadi.

esok aku bercuti..hari ni kene siap2 dokumen atau ape yg patut utk urusan maid.. hrp maid aku ni seorang yg baik. insyaallah.



04 July 2011

petikan dari BERITA HARIAN 4 Julai 2011

sharing is caring...lalalalaaaa...

ni ade pulak petikan dari Berita Harian pasai maid..


Tidak perlu ejen ambil amah
Oleh Lum Chee Hong
lumch@bharian.com.my
2011/07/04

SUBRAMANIAM (kanan) bersama     Palanivel mencuba simulator alat kimpalan  selepas melancarkan  karnival 'My Skills' di Dewan   Canselor UM, semalam. - Foto  Nik Hariff Hassan
SUBRAMANIAM (kanan) bersama Palanivel mencuba simulator alat kimpalan selepas melancarkan karnival 'My Skills' di Dewan Canselor UM, semalam. - Foto Nik Hariff Hassan
KL, Jakarta rangka prosedur mudahkan proses menggaji pembantu rumah

KUALA LUMPUR: Majikan boleh menggaji pembantu rumah warga Indonesia secara terus tanpa melalui khidmat ejen atau agensi berkaitan apabila prosedur mengenainya dipersetujui oleh Malaysia dan republik itu.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata perkara itu adalah antara yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pengambilan pembantu rumah dari republik itu yang ditandatangani akhir Mei lalu.
“Contohnya, seorang majikan yang mempunyai amah sudah tamat tempoh atau mahu balik, tetapi pembantu rumah terbabit mempunyai seorang ahli keluarga bagi menggantikannya, majikan itu tidak memerlukan ejen atau saluran agensi pembantu rumah.

“Kedua-dua kerajaan sedang menyenaraikan prosedur yang majikan kena ikuti supaya mereka mematuhi segala syarat ditetapkan oleh kita, sebelum ia dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian ‘My Skills’ di Dewan Canselor, Universiti Malaya (UM) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jawatankuasa ditubuhkan antara Malaysia dan Indonesia untuk memantau MoU ditangani di Bandung, Mei lalu.

Hadir sama, Presiden MIC, Datuk G Palanivel; Ketua Pemuda MIC, T Mohan; Ketua Wanita MIC, Datin Paduka P Komala Devi; Ketua Putera MIC, P Kamalanathan dan Ketua Puteri MIC, Usha Nandhini Jayaram.
Karnival ‘My Skills’ yang dirasmikan oleh G Palanivel itu diadakan sehari akan diperluaskan di lapan negeri lain dengan menawarkan kira-kira 6,000 tempat kepada golongan belia India dalam bidang latihan kemahiran daripada institusi kerajaan dan dilaksanakan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama MIC.

Dr Subramaniam berkata, hanya 34 daripada 100 agensi pembantu rumah bersetuju untuk mengikut kadar pembayaran pengambilan pembantu rumah oleh majikan kepada agensi seperti yang sudah diumumkan oleh kerajaan.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kita sudah berjumpa dengan banyak agensi, tetapi hanya sebahagian yang bersetuju dengan kadar berkenaan.

“Mereka yang sudi boleh terus ikut, manakala agensi yang tidak sudi kena tunggu,” katanya.

Sebelum ini, protokol pindaan terhadap MoU mengenai pengambilan pembantu rumah Indonesia yang ditandatangani di Bandung menetapkan RM4,511 sebagai bayaran pengambilan pembantu rumah Indonesia oleh pihak majikan Malaysia.



p/s: maid aku dah sampai, kini tiba giliran aku bertungkus lumus menguruskan segala mak nenek prosedur pengambilan maid ni..

30 June 2011

ini antara kandungan MOU ant Indo & Msia berkenaan dgn Pembantu Rumah



Pemakaian MOU

1) Berkuatkuasa pada tarikh ditandatangani – 30 Mei 2011.

2)Penguatkuasaan pindaan tersebut tidak bersifat kebelakang.

3) Bagi PRI baru perlu mematuhi pindaan protokol 2011 ini.

4) Bagi PRI sedia ada hanya terpakai sekiranya perjanjian dipinda sebagaimana ditetapkan oleh Protokol 2011.

5) Pemakaian untuk tempoh 5 tahun.


Perlaksanaan

1)Membantu pihak majikan dan (Agensi Pekerjaan Swasta) APS untuk melaksana protokol.

2) Isu pemegangan pasport – Hendaklah dipegang oleh pekerja dan hanya boleh dipegang oleh majikan dengan kebenaran bertulis bagi tujuan keselamatan (safe keeping) (Pindaan Protokol : Artikel 6).

3) Cuti rehat – majikan dikehendaki memberi satu hari cuti rehat bergaji dalam seminggu kepada PRI (Pindaan Protokol : Artikel 6).

Atau membayar tambahan satu hari gaji jika PRI dikehendaki bekerja pada hari rehatnya.

4) Kaedah pengiraan satu hari gaji – (gaji bulanan dibahagi dengan 26 hari).

5) Bayaran gaji melalui bank – majikan dikehendaki membuka akaun simpanan atas nama PRI.

6) Potongan gaji – tidak boleh melebihi 50% daripada gaji pokok PRI dalam bulan berkenaan (Pindaan Protokol : Artikel 6).


*ABSCOND*

PRI melarikan diri dalam tempoh 6 bulan dari tarikh digajikan.

Pampasan yang perlu dibayar

oleh APS- RM4,511

dibayar dalam tempoh 4 minggu dari tarikh permintaan pengembalian wang dibuat.

ATAU

Ganti dengan PRI baru - Disediakan oleh dalam tempoh 2 minggu dari tarikh PR melarikan diri

Kelakuan atau tindakan secara sukarela pekerja meninggalkan tempat kerja dalam tempoh sah (6 bulan dari tarikh digajikan) yang ditetapkan di dalam kontrak pekerjaan, tanpa kebenaran dan pengetahuan majikan TETAPI tidak termasuk lari kerana ancaman atas alasan keselamatan,penderaan&penganiyaan yang dilakukan oleh majikan


* INCOMPETENT*

PRI tidak tahu / tidak boleh melaksanakan kerja yang diarahkan majikan (

dalam tempoh 6 bulan dari tarikh digajikan)

Pampasan yang perlu dibayar APS - RM4,511 (dibayar dalam tempoh 4 minggu dari tarikh permintaan pengembalian wang dibuat

ATAU

Ganti dengan PRI baru - Disediakan oleh APS dalam tempoh 2 minggu



*MEDICALLY UNFIT*

Apabila PRI disahkan sebagai

Tidak Sihat / Gagal Ujian Kesihatan FOMEMA dalam

tempoh 3 bulan dari tarikh digajikan.

Pampasan yang perlu dibayar APS - RM4511

(dibayar dalam tempoh 4 minggu dari tarikh permintaan

pengembalian wang dibuat.

ATAU

Ganti dengan PRI baru dalam tempoh 2 minggu dari

tarikh PRI disahkan medically unfit.




p/s: isu gaji minimum??? xde...


28 June 2011

family day 2011 ~ Genting Highland

chocolate house


25 & 26 Jun 2011...
famili day opis ayah..
kat Genting..
Oooo..ai tak suke sbb sejuk!!
Kali ni g genting aku tak main sgt..
ye lah, baby perut dh berusia 27 minggu.
(13 weeks to go!!!!!)
aku main yg famili je..
nk suh si Aufa tu main sorang2, bukannye nak..
alkisah..dia teringin nk naik mini bumper car..
si ayah g lah beli tiket..RM8.. bila dh masuk kt dlm kete tuh.. boleh dia nangis kuat2.. ish2.. dia xberani klu sorang2.. kebetulan ade anak member yg dh besar sikit..pujuk laa si aufa ni naik sekali dgn kakak tu.. Aufa tak mahu.. merajuk... mintak
kain lampin & susu dgn umi secara tiba2.. hissshhh..ape lah auf
a. sama jugak mase kitorang naik kuda merry go round tu.. dia tak mahu naik kuda tuh.. itu umi dgn ayah ade sekali tu.. yg kitorang naik sama2 ialah yg jenis2 main utk famili mcm train, yg cawan pusing2 tu.. & ade lah lagi tak igt aku name mainan tuh..



yg tak besh nye..aisyah tak ikut sekali..huhuuu..xpe lah..nnt aisyah dh besar2 sikit, kite g lagi ye.. kite g dgn adik baby sekali..

disebabkan kami g wktu weekends, maka tersangat ramai orang kt genting tuh..nk menunggu turn naik tren pun dkt 30 minit.. penat menunggu je..cisss... dulu kitorang g weekdays..mase tu aku peknen si Aisyah 16 minggu.. so, orang pun tak ramai... kitorang main hampir semua permainan..best!!! aku yg baru2 membuyung tak ketinggalan main games yg skg aku mmg tak ingin nak main~sebab takut,gayat...hihihi









26 June 2011

Kos pengambilan maid Indo


saje nak share disini ttg kos pengambilan pembantu rumah indonesia berdasarkan MOU yg ditandatangani antara kjaan M'sia & Indo baru2 ni.

Semua Agensi atau Majikan yang terlibat dalam urusan Pembantu Rumah Indonesia (PRI) diwajibkan mematuhi struktur kos yang telah dipersetujui dan ditetapkan bagi Majikan dan PRI didalam MoU yang termeterai di antara Kerajaan Malaysia dengan Indonesia seperti berikut:-.





NO.

ITEM

AMAUN (RP)

AMAUN (RM)

Bayaran yang dikenakan kepada majikan :

1.

Annual Levy

1,008,000

360

2.

Work process and document

238,000

85

3.

Stamping, airport clearance, documentation, service tax, food and lodging, insurance, etc

1,806,000

645

4.

Medical check-up in Malaysia

532,000

190

5.

Fees for Malaysian agency

1,778,000

635

6.

Transportation cost from the original exit point in Indonesia to the place of employment in Malaysia

1,400,000

500

7.

Airport tax and handling

280,000

100

8.

Training (50%)

550,000

196

JUMLAH

7,592,000

2,711


*********************************************************************


NO.

ITEM

AMAUN (RP)

AMAUN (RM)

Bayaran yang dikenakan kepada Pembantu Rumah :

1.

Medical check-up in Indonesia

400,000

143

2.

Transportation cost from original city of the Domestic Workers to the original exit point in Indonesia

225,000

80

3.

Visa imposed by the Malaysian Embassy

45,000

16

4.

Travelling document

120,000

43

5.

Insurance

400,000

143

6.

Government levy

135,000

48

7.

Training (50%)

550,000

196

8.

Competency examination

110,000

39

9.

Accommodation

1,405,000

502

10.

Fee for Indonesian agency

1,650,000

589

JUMLAH

5,040,000

1,800

So, jumlah kesemuanya yg perlu majikan tanggung pada permulaannya ialah RM4511. Kos yang akan ditanggung oleh pembantu rumah berjumlah RM1800, mjikan boleh buat potongan gaji daripada pembantu rumah tersebut dengan syarat tidak melebihi 50% drp gaji bulann. Jika mana2 agensi pekerjaan yg mengenakan caj lebih, anda leh wat report..


sekian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...