28 January 2010

Gumbira lagi!!!

CD baru Aufa

Hari ni aku terima CD yg aku order. aku beli disini. Belian kali ni, ialah yang kali ketiga.
Wahh..xcited dpt CD baru.Tambah koleksi Aufa punye.
Aku beli 5 CD Babyland.
Sampai je parcel kt opis, sume nye sibuk nak tau ape dlm bungkusan tuh.
Aku kate.. 'ala, lampin anak je'.. Aku pun bukak la bungkusan tuh (atas desakan kwn2 yg menyibuk kt kaunter tuh). & mula lah bercerita pasal CD nih..
Siap bukak website yang ade cerita pasal CD.
(Kejadian ini berlaku didepan kaunter.. sibbaik xde pelanggan datang masa tuh.Kaunter kebetulan tak sibuk. Sesekali je bos lalu depan kaunter. Kitorang sorok laa CD bwh meja..hahaha... )
Tetiba salah seorang staff aku berminat pulak dengan CD aku.. Dia nak beli dgn aku CD tuh.. Aku fikir jap... nk jual hrga berapa yerk??... alaa... cincai je laah.. jual laa hrga pakej yg aku dapat.Aku jual kt dia sekeping-warna biru.(klu dia nak beli setakat sekeping secara online, xdpt hrga special yg aku bg kat dia).
Terfikir jugak aku nak berbisnes (jadi penjual CD)..;p
Kesimpulannya, aku perlu tambah CD untuk Aufa & adiknya lagi..
bulan depan, ade rezeki, aku beli lagi. Koleksi CD Aufa setakat ni 10 keping shj.
(itu pun banyak membantu dari segi penjimatan.Bulan nih se-pack dispo diaper shj yg guna..itu pun ade belen lagi..)

Hari ni aku sgt gumbira,
pertama, dapat CD yg aku pesan.
kedua, aku telah menyebarkan kebaikan & kelebihan CD kpd org lain.
ketiga, aku dpt upah menaip untuk kes aku. huhuu..

25 January 2010

CONTEST MIELA77 AKSI BABY BERCD'ING

STICKY MODE:

PLEASE SCROLL BELOW FOR THE LATEST UPDATE


SYARAT - SYARATNYA :-
1. HENDAKLAH MELETAKKAN BANNER MIELA77 ONLINE SHOPPE DI SIDEBAR ANDA DAN ADA LINK BACK YE..
2. JADI FOLLOWER
MIELA77 ONLINE SHOPPE DAN MELETAKKAN LOGO CONTEST DI SIDEBAR N ENTRI ANDA. WAJIB LINK BACK GAK...
3. HARUSLAH ADA GAMBAR BABY ANDA SEDANG MEMAKAI CD DAN BERAKSI..TAK KISAHLAH UMUR BAPE JANJI PAKAI CD..
PASTIKAN ADA NAMA BABY, UMUR EH..
4. KALAU ADA GAMBAR MESTI KENA BUAT ENTRI KAN..JADIKAN STICKY MODE YE.. SAMPAI 26.01.2010 11.59PM
5. DAN MACAM BESA...KENA LA BGTAU KAT KOTAK KOMEN BWH NIE...BARU DAKU TAU UOLS DA JOIN..HEHEHEHEH

SO EASY PEASY...APA TUNGGU LAGI MEH LA JOIN?



Nama : Fadhilatul Aufa Binti Irfan
Umur : 1 tahun 3 bulan

Ini aku nominate kan Aufa sebagai salah seorang peserta contest nih. Haha.. baru snap gambar dia semalam. Aufa buat muke 'sponge bob' macam CD yang dia tengah pakai tuh.

18 January 2010

~sengih of the day ~

sengih of the day!

Aufa sekarang dh semakin bijak..
Dia dah boleh ikut kalau kita suruh dia cakap perkataan2 terutamanya perkataan baru.
Byk dah vocabulary dia..
ape yg aku tak ajar pun dia tiba-tiba cakap.
(mungkin pengasuh dia ajar kot atau dia dengar ummi&ayah dia cakap).
contoh 'kak'-suruh bukak pintu.
atau 'kom'= assalamualaikum
Tapi hari tu pengasuh dia ajar cakap loghat utara..
Air= ayak'..
Si Aufa ni cakap 'yak'..
oooo... klu dia cakap 'yak' kt umah, confem aku ingat dia nak buang air besar.

13 January 2010

Pisang Goreng


Hiiii... xtau laa... sejak akhir-akhir ni... terasa sangat nak makan pisang goreng.. kalau boleh hari-hari nak makan..

Walaupun semalam dah makan,
minggu lepas dah makan,
dulu2 pun dah makan..

Pisang tu kan 'manis'..xbaik utk ibu buyung macam aku!!
Lebih2 lagi keadaan aku yg berat badan naik secara mendadak nih!

Cam ne nak hindarkan dari pisang goreng nihhh!!


p/s: jap lagi nk tengok gerai pisang goreng kakak tuh!

Colour Your Day!!


Minggu lepas ummi belikan Aufa coloring book, pencil color & hard cover color & shape.
Ooohh..saje nak ngajar dia pasal warna2. Memang excited Aufa bila dapat barang baru. Tapi kena pantau la exspecially masa dia tengah guna pencil color tuh. (sebab hari tu ummi tertido semasa Aufa bizi mewarna, dia telah cucuk kepala ayah dia! ~~~adooi!!!)

Ummi kenalkan warna2 tu dengan Aufa. Nampaknya Aufa macam buat derk je..huhuu...
Masa mewarna semua batang pensil warna dia nak guna..
Nampaknya Aufa tahu macammana nak guna pensil warna. Dia akan conteng2 buku tu. Bewarna-warni jadinya Apple tu.Sebab dia guna semua pensil warna. Tapi kadang kadang dia conteng kt gambar yang berwarna tu (kt gmbar kecik apple merah). hiii buat ape nak warna kt tempat yang sedia mewarna??! Aufa2.. ish2..

06 January 2010

Cutest Baby of the Planet 2009


Nama : Fadhilatul Aufa Binti Irfan
Tarikh Lahir : 20 Oktober 2008




1st time Aufa masuk contest (sbb umminya baru ber-blog ujung thn lepas hehee..)

Gambar ni diambil pada bulan November 2009.. Umur Aufa masa tu lebih kurang setahun sebulan. Sape2 nak join Contest ni boleh lah ikut syarat2 spt berikut :




Nominate your baby NOW!!

Just follow the steps below and you could grab one of the wonderful prizes.
1) Get the best photo of your baby – ONE picture only!

2) Insert the photo on TOP of your entry. Mention his/her name and date of birth.

3) Write about this contest with title Cutest Baby of the Planet 2009

4) Include a link to this nomination page in your entry

5) Include a link to MomBloggersPlanet in your entry

6) Put the Cutest Baby of the Planet 2009 BANNER on your sidebar (where I can clearly see) with LINK to this page

7) Leave a comment here with link to your blog post (permalink)

Please note that the below link must be included:

Link to MomBloggersPlanet in entry:


Link to this nomination page in entry and banner:




04 January 2010

Cerita Mak Buyung



Sekali lagi aku digelar 'buyung', terutamanya oleh adik2 ku.. (tertunggu-tunggu jugak bila aku boleh menggelarkan adikku Ainaa buyung) --aku doakan agar Aufa akan mendapat sepupunya tahun ini.

Fetal development in pregnancy week 23:

fetus in sixth month At this point you’ve pretty much adjusted to the fact you’ve got a moving little gymnast inside of you, but now they’re going to kick up the party a notch because they can hear and react to sounds from the outside world.

Sounds from your alarm clock, a thunder roll, or that darned car honking at you across the intersection can actually jar their little ears enough to elicit a kick or violent bout of squirming.

Of course this also means that their little ears are picking up the sounds of your voice and those near you.

So go ahead, sing a lullaby to your little angel—if they start kicking, it’s likely they just want you to stop… or maybe it was a kick of approval? You decide. (mesti adik Aufa dapat kenal suara kakak dia dulu dari ummi nya, sebab Aufa selalu buat 'bising')

Your baby's tiny taste buds are still growing and their bones are continuing to ossify (harden), their tiny veins are visible through their translucent yet wrinkly skin.

(Think of it this way: they’ve been swimming in the equivalent of a long hot bath for the past 23 weeks, so you can’t blame them for being a little prune-like.)


Oohh..dah hampir berusia 6 bulan usia kandungan aku ni.. Skejap je aku rase. Lagi 3 bulan lebih, lahir laa adik aufa..

Perasaan aku kali nih sangat excited untuk menimang cahaya mata kedua. Aku dah pun senaraikan & sediakan barang-barang untuk adik Aufa.
(Senarai nama--ade 2. hehe.. akn cari lagi untuk nama boy & gurl).

Kebanyakan barang2 Aufa boleh digunakan untuk adik Aufa. Tu yang agak boleh berjimat.

Aku jadi terlebih excited ni bukan ape, mgkin sebab sebelum ni, ade kekurangan semasa persediaan kelahiran Aufa, aku akan pastikan supaya persediaan kelahiran adik Aufa akan lengkap.

Mengandungkan adik Aufa, mmg ade beza. Aku dapat rasakan 'tendangan' adik Aufa seawal 18 minggu. Seingat aku, mase aku mengandungkan Aufa, umo kandungan 6 ke 7 bulan baru aku rase. Mak aku cakap, mungkin sebab kita alert rase pergerakan tu (sebab dh 2nd pregnnt), & ruang rahim bertambah luas (bekas duduk Aufa dulu, & adik Aufa boleh bersenam bebas menghilangkan lenguh2 dia ;p).

Aku kurang muntah2. Seingat aku ade 3-4 kali je aku muntah. Tapi loya mmg tetiap hari. Aku atasi loya aku dengan "makan".. (hii..ni yg tak bagus)

Berat badan aku pun cepat benor naik.. last aku timbang 50kg (2minggu lepas agaknya).. Hari ni tak tau laa. Awal mengandung berat aku 44kg je.

Masa mengandungkan Aufa berat badan aku naik 10kg (45-55kg).

Tahun nie, aku bercadang nak bli uniform mengandung..(dah berkali2 mintak sponsor kt hubby tercinta, tp, masih belum berkesempatan..kena bli sendiri & kemudian claim..hehe) masa Aufa dalam perut, xde pun bju mengandung, sebab perut kecik.(abis tu sekarang perut aku besar kah??) Sekarang, perut aku xde laa besar sangat.. masih boleh muat baju kurung aku, tp perut dah tersembul dah..(makcik kedai depan pun dah tegur..huhuu)
Lebih selesa klu aku pakai jubah atau skirt kembang labuh.

Mungkin, semasa adik Aufa lahir, aku dah berpindah rumah dan tempat kerja. Tempat kerja yang lebih dekat dengan ayah Aufa & tinggal di rumah sewa baru (berkira-kira, kalau kwasan tu OK, kami akan beli rumah di sekitar situ). ~tak sabar nak memiliki rumah sendiri dimana aku boleh mendekorasi rumah aku sesuka hati.

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru kepada semua.

Hari pertama dalam 2010 berada di opis.... Hurmmm.. banyak jugak fail2 tahun lepas yang belum ditutup. Aku berazam akan selesaikan fail2 ini sebelum abis bulan ni.

Menyambut tahun baru di rumah atok Aufa di Pekan.. Seronok! Aku dah lame tak balik kampung.Kali terakhir balik masa adik aku ,Ainaa, kawin pada 10/10/2009. Masa tu Aufa belum berjalan & berdiri. Walaubagaimanapun, perkembangan Aufa selalu aku update kat Tok Ma & Tok Mie nya. Itulah kecanggihan teknologi sekarang. Boleh ber'MMS' & ber'3G' dengan orang yg jauh. Dalam sehari aku akan voice/videocall atau MMS kepada abah/mak aku ape yang berlaku kepada keluarga kecik aku.


Kami pergi ke Pantai Lagenda (dulu namanya Pantai Air Leleh). Tak dapat nak berpiknik & bermandi manda memandangkan cuaca agak mendung (musim tengkujuh). Lepaslah hajat aku nak tunjukkan Aufa pantai dan pasir pantai tu.

Aufa excited sangat.Berlari-lari sakan.







Tulis ABC kt pasir




Aufa nak jolok sape tu???




ooppps jatuh.Aku saje je bagi Aufa jatuh, nak biarkan dia main pasir.Tapi dia geli pulak pegang pasir tuh. Pembersih laa konon!



Acik Naa (makcik Aufa) telah mensponsor kek comel untuk ulangtahun Aufa yang pertama..Thanks Acik Naa.. Nanti buatkan baju untuk Aufa yee (sebab acik Naa ade beli mesin jahit baru & telah pun ambik ukuran badan Aufa ;p)

& Thanks jugak sebab buat ketupat sotong untuk ummi Aufa. (bukan mengidam, terasa nak makan je)... lepas ni kita cari ikan duri yang bertelur pulak ye!

Ketupat Sotong. Senang je buat ni.


Perancangan bagi tahun 2010..
Lebih fokus kepada belanjawan keluarga. Perancangan terutamanya aktiviti wajib kami, percutian mesti dirancang sebaik mungkin.. Hmmm...aku teringin nak bercuti ke Terengganu atau Kelantan... Mengapa?? Mungkin kat sana banyak makanan favorite aku. (hah??! makan lagi??!!..) Tapi hubby aku katenye nak ke Langkawi lagi pada tahun nie.. Mmm..nnt aku fikir.. ape yg best di Langkawi tu selain tmpat membeli belah (biase je aku tengok)..Mungkin hubby aku xpuas nak jalan sebab masa kami pergi tahun lepas, dia kene attend meetg. hehe..

Aku dah tandakan dlm kalendar hari2 cuti.. hmmm.. thn nie aku bercuti 2 bulan pada bulan 5&6. Ooohh...kena fikir bajet untuk si kecil yang bakal lahir & kakaknya.. antara bajet yg perlu dikeluarkan setiap bulan ialah :
-Susu (utk adik Aufa, aku nk fully breastfeed, cuma sediakan & tambah aksesori utk BF)
-diapers (CD??- mungkin kene sediakan juga DD)
-pengasuh (hmm...klu pakai maid macammana??)

2010...harap lebih bermakna buat kami sekeluarga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...