Showing posts with label maid. Show all posts
Showing posts with label maid. Show all posts

07 July 2011

di suatu pagi khamis...





"alhamdulillah aufa dah tnang susu dah minum abis.kkak tak sah risau"

"aufa dah mandi kak"

"aufa dah makan nasi. skarang main dah mau nyanyi. nampak oky"


ni msg2 yg maid aku antar pagi tadi.. maid tu pggil aku kakak.. padahal aku ni mude drp dia.. laki aku pun dia panggil kakak jugak...haha.. gasakk aahh.. janji jgn naik kepala dahh...

hari ni 1st day maid aku memulakan tugas dirumah aku. jaga aufa. risau jugak aku bila dah ade org asing dirumah. tapi aku berserah segalanya kepada ALLAH.. hanya DIA sebagi pelindung kite.. tgk dlm 2 hr,& menurut MIL aku, selama dia di rumah MIL aku sejak ahad ritu, dia OK.. jenis yg sembahyang & pakai tudung jugak dlm rumah.. mengaji pandai..masak pun pandai~tapi aku tak kasi dia masak pun..klu dia nk masak, masak mknn dia sendiri je.. lgipun dia ni jenis yg penah kije dgn org di singapore.. tp, mjikan dia dulu org bkn islam.. so xkasi dia solat..kdg2 majikan dia ni makan mknn yg tak halal.. so, dia benti..xkije dh... ank dia sorang lelaki, tinggal dgn suami dia kt indo.. aku mase mule2 jmpe dia, aku rase dia ok. igtkn gemuk.. rupenye kuruss saje.. jgn mkin kurus dia tggal dgn aku udah.. ye lah biase org kurus kan rajin buat kije..~eh ye ke?? apsal aku tak rajin??? hahahahaaaa

byk preparation yg tak sempat aku buat sebelum maid datang. antaranya,

*kemas2 rumah sikit2 ~ yelah kang sepah sgt rumah aku, maluuu...

*prepare bilik utk maid~ aku igt nk gune bilik kecik yg selama ini jadi stor, nk siap2 bg maid duduk kt situ.tp xsempat nk kemas..tak tau laa ape yg aku sibuk sgt.. ish2..

*CCTV~ aritu dh usyar2 cctv mase karnival DECOHOME... diorang offer..tak sampai 2ribu hrge dia..

*kipas siling ~ oooohh...aku igt nk pasang sume bilik dgn kipas siling..tp xsempat jugak.. sbnrnye dh order online, tp, last2 org tu tak nak pasang pulak..hampesss...cam tak nak niage je.. aku bukannye tak leh beli kipas tu, beli boleh, tapi siape yg nak pasang???tu je masalah aku.. nk pggil kontraktor ker??

** dan byk laa lgi plan yg tak menjadi...huhuuuu

ape2 pun aku hrp maid aku ni seorang yg baik..& aku hrp aku pun jd 'majikan' yg baik..
aku igt satu je, kalau kite buat baik dgn orang...org akn buat baik dengan kite..

oh ye sbnrnye nk citer pasal aufa pagi tadi...
aufa bangun agak lambat pg tadi..dkt2 pukul 8 dia bangun.. carik aku kt dapur.. tanye ayah mana, & tanye ocik mane.. ocik tu maid aku lah.. eh...pandai pulak tanye ocik tu.. petande yg baik.. baik sbb dia dh mule terima org lain yg akn jge dia smntara umi kije.

bila ku dh siap2 nk g kije..pakai tudung sume tu..dh stat nangis.. nk ikut aku g opis..mcm aku bwk dia hr selasa ritu.. alamak... buat hal laa pulak si aufa ni.. aku mggu nii mgg bizi.. hr ni appointment sampai ke petang.. esok pun bz jugak..huhu x boley nk cuti... tapi aku keringkan hati g jugak kije pagi tadi..mmg dengar lah si Aufa tu menangis KUAT-KUAT..~buat malu jiran2 je...;(...

sampai opis, tgk2 ade msg maid aku bg.. ooohhh lega.. aufa dh tak nangis..

dapat lagi satu msg.. alhamdulillah..xsesia aku masak nasik goreng utk aufa pg td..

dapat lagi satu msg.. ~s.e.n.y.u.m~ lega aufa dh hepi mcm semalam..

hrp betul lah situasi aufa tu..

xyah laa ku balik tghri.. kang aufa nk ikut aku g opis pulak..

ptg ni kene singgah pasar malam beli bwg, lada, brg basah utk stok makanan.. kang kebulur pulak maid aku.. hahaaa..





msg pd pukul 12.11 tghri,

"aufa tidur kak"


wahhh... syukurrr... aufa tak de ape2... dh penat main... tido lah dia..lgpun tghri cam ni mmg waktu tido dia punn... lega umi..






aisyah dh berdiri!! tapi dia belum melangkah.
huhuuu...xsabar nk bwk balik aisyah ke klang!
Aisyah, umi really miss you!!!!



04 July 2011

petikan dari BERITA HARIAN 4 Julai 2011

sharing is caring...lalalalaaaa...

ni ade pulak petikan dari Berita Harian pasai maid..


Tidak perlu ejen ambil amah
Oleh Lum Chee Hong
lumch@bharian.com.my
2011/07/04

SUBRAMANIAM (kanan) bersama     Palanivel mencuba simulator alat kimpalan  selepas melancarkan  karnival 'My Skills' di Dewan   Canselor UM, semalam. - Foto  Nik Hariff Hassan
SUBRAMANIAM (kanan) bersama Palanivel mencuba simulator alat kimpalan selepas melancarkan karnival 'My Skills' di Dewan Canselor UM, semalam. - Foto Nik Hariff Hassan
KL, Jakarta rangka prosedur mudahkan proses menggaji pembantu rumah

KUALA LUMPUR: Majikan boleh menggaji pembantu rumah warga Indonesia secara terus tanpa melalui khidmat ejen atau agensi berkaitan apabila prosedur mengenainya dipersetujui oleh Malaysia dan republik itu.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata perkara itu adalah antara yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pengambilan pembantu rumah dari republik itu yang ditandatangani akhir Mei lalu.
“Contohnya, seorang majikan yang mempunyai amah sudah tamat tempoh atau mahu balik, tetapi pembantu rumah terbabit mempunyai seorang ahli keluarga bagi menggantikannya, majikan itu tidak memerlukan ejen atau saluran agensi pembantu rumah.

“Kedua-dua kerajaan sedang menyenaraikan prosedur yang majikan kena ikuti supaya mereka mematuhi segala syarat ditetapkan oleh kita, sebelum ia dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian ‘My Skills’ di Dewan Canselor, Universiti Malaya (UM) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jawatankuasa ditubuhkan antara Malaysia dan Indonesia untuk memantau MoU ditangani di Bandung, Mei lalu.

Hadir sama, Presiden MIC, Datuk G Palanivel; Ketua Pemuda MIC, T Mohan; Ketua Wanita MIC, Datin Paduka P Komala Devi; Ketua Putera MIC, P Kamalanathan dan Ketua Puteri MIC, Usha Nandhini Jayaram.
Karnival ‘My Skills’ yang dirasmikan oleh G Palanivel itu diadakan sehari akan diperluaskan di lapan negeri lain dengan menawarkan kira-kira 6,000 tempat kepada golongan belia India dalam bidang latihan kemahiran daripada institusi kerajaan dan dilaksanakan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama MIC.

Dr Subramaniam berkata, hanya 34 daripada 100 agensi pembantu rumah bersetuju untuk mengikut kadar pembayaran pengambilan pembantu rumah oleh majikan kepada agensi seperti yang sudah diumumkan oleh kerajaan.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kita sudah berjumpa dengan banyak agensi, tetapi hanya sebahagian yang bersetuju dengan kadar berkenaan.

“Mereka yang sudi boleh terus ikut, manakala agensi yang tidak sudi kena tunggu,” katanya.

Sebelum ini, protokol pindaan terhadap MoU mengenai pengambilan pembantu rumah Indonesia yang ditandatangani di Bandung menetapkan RM4,511 sebagai bayaran pengambilan pembantu rumah Indonesia oleh pihak majikan Malaysia.



p/s: maid aku dah sampai, kini tiba giliran aku bertungkus lumus menguruskan segala mak nenek prosedur pengambilan maid ni..

30 June 2011

ini antara kandungan MOU ant Indo & Msia berkenaan dgn Pembantu Rumah



Pemakaian MOU

1) Berkuatkuasa pada tarikh ditandatangani – 30 Mei 2011.

2)Penguatkuasaan pindaan tersebut tidak bersifat kebelakang.

3) Bagi PRI baru perlu mematuhi pindaan protokol 2011 ini.

4) Bagi PRI sedia ada hanya terpakai sekiranya perjanjian dipinda sebagaimana ditetapkan oleh Protokol 2011.

5) Pemakaian untuk tempoh 5 tahun.


Perlaksanaan

1)Membantu pihak majikan dan (Agensi Pekerjaan Swasta) APS untuk melaksana protokol.

2) Isu pemegangan pasport – Hendaklah dipegang oleh pekerja dan hanya boleh dipegang oleh majikan dengan kebenaran bertulis bagi tujuan keselamatan (safe keeping) (Pindaan Protokol : Artikel 6).

3) Cuti rehat – majikan dikehendaki memberi satu hari cuti rehat bergaji dalam seminggu kepada PRI (Pindaan Protokol : Artikel 6).

Atau membayar tambahan satu hari gaji jika PRI dikehendaki bekerja pada hari rehatnya.

4) Kaedah pengiraan satu hari gaji – (gaji bulanan dibahagi dengan 26 hari).

5) Bayaran gaji melalui bank – majikan dikehendaki membuka akaun simpanan atas nama PRI.

6) Potongan gaji – tidak boleh melebihi 50% daripada gaji pokok PRI dalam bulan berkenaan (Pindaan Protokol : Artikel 6).


*ABSCOND*

PRI melarikan diri dalam tempoh 6 bulan dari tarikh digajikan.

Pampasan yang perlu dibayar

oleh APS- RM4,511

dibayar dalam tempoh 4 minggu dari tarikh permintaan pengembalian wang dibuat.

ATAU

Ganti dengan PRI baru - Disediakan oleh dalam tempoh 2 minggu dari tarikh PR melarikan diri

Kelakuan atau tindakan secara sukarela pekerja meninggalkan tempat kerja dalam tempoh sah (6 bulan dari tarikh digajikan) yang ditetapkan di dalam kontrak pekerjaan, tanpa kebenaran dan pengetahuan majikan TETAPI tidak termasuk lari kerana ancaman atas alasan keselamatan,penderaan&penganiyaan yang dilakukan oleh majikan


* INCOMPETENT*

PRI tidak tahu / tidak boleh melaksanakan kerja yang diarahkan majikan (

dalam tempoh 6 bulan dari tarikh digajikan)

Pampasan yang perlu dibayar APS - RM4,511 (dibayar dalam tempoh 4 minggu dari tarikh permintaan pengembalian wang dibuat

ATAU

Ganti dengan PRI baru - Disediakan oleh APS dalam tempoh 2 minggu



*MEDICALLY UNFIT*

Apabila PRI disahkan sebagai

Tidak Sihat / Gagal Ujian Kesihatan FOMEMA dalam

tempoh 3 bulan dari tarikh digajikan.

Pampasan yang perlu dibayar APS - RM4511

(dibayar dalam tempoh 4 minggu dari tarikh permintaan

pengembalian wang dibuat.

ATAU

Ganti dengan PRI baru dalam tempoh 2 minggu dari

tarikh PRI disahkan medically unfit.




p/s: isu gaji minimum??? xde...


26 June 2011

Kos pengambilan maid Indo


saje nak share disini ttg kos pengambilan pembantu rumah indonesia berdasarkan MOU yg ditandatangani antara kjaan M'sia & Indo baru2 ni.

Semua Agensi atau Majikan yang terlibat dalam urusan Pembantu Rumah Indonesia (PRI) diwajibkan mematuhi struktur kos yang telah dipersetujui dan ditetapkan bagi Majikan dan PRI didalam MoU yang termeterai di antara Kerajaan Malaysia dengan Indonesia seperti berikut:-.





NO.

ITEM

AMAUN (RP)

AMAUN (RM)

Bayaran yang dikenakan kepada majikan :

1.

Annual Levy

1,008,000

360

2.

Work process and document

238,000

85

3.

Stamping, airport clearance, documentation, service tax, food and lodging, insurance, etc

1,806,000

645

4.

Medical check-up in Malaysia

532,000

190

5.

Fees for Malaysian agency

1,778,000

635

6.

Transportation cost from the original exit point in Indonesia to the place of employment in Malaysia

1,400,000

500

7.

Airport tax and handling

280,000

100

8.

Training (50%)

550,000

196

JUMLAH

7,592,000

2,711


*********************************************************************


NO.

ITEM

AMAUN (RP)

AMAUN (RM)

Bayaran yang dikenakan kepada Pembantu Rumah :

1.

Medical check-up in Indonesia

400,000

143

2.

Transportation cost from original city of the Domestic Workers to the original exit point in Indonesia

225,000

80

3.

Visa imposed by the Malaysian Embassy

45,000

16

4.

Travelling document

120,000

43

5.

Insurance

400,000

143

6.

Government levy

135,000

48

7.

Training (50%)

550,000

196

8.

Competency examination

110,000

39

9.

Accommodation

1,405,000

502

10.

Fee for Indonesian agency

1,650,000

589

JUMLAH

5,040,000

1,800

So, jumlah kesemuanya yg perlu majikan tanggung pada permulaannya ialah RM4511. Kos yang akan ditanggung oleh pembantu rumah berjumlah RM1800, mjikan boleh buat potongan gaji daripada pembantu rumah tersebut dengan syarat tidak melebihi 50% drp gaji bulann. Jika mana2 agensi pekerjaan yg mengenakan caj lebih, anda leh wat report..


sekian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...