Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

26 August 2011

bebola agar-agar

Petikan akbar laagii... utk jd pnduan kpd diriku & pembaca.


Haram bekal, jual bebola agar-agar
Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my
2011/08/26

Bebola agar-agar pelbagai warna yang diharamkan.
Bebola agar-agar pelbagai warna yang diharamkan.
Budak anggap sebagai makanan

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar (seeds growing kits) yang banyak digunakan untuk tanaman pokok hiasan di dalam rumah.
Pengharaman dibuat selepas kerajaan menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mengendalikan pembedahan ‘laparatomy' terhadap lapan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana usus tersumbat akibat tertelan agar-agar berkenaan.
Agar-agar itu turut dikenali dengan pelbagai nama iaitu Seven Colour Crystal Ball, Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata agar-agar berbentuk guli berwarna-warni yang digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau hiasan pasu dijual dalam bentuk bebola kecil bersaiz kurang 0.5 sentimeter yang jika direndam dalam air boleh mengembang sehingga 290 hingga 444 peratus daripada saiz asal dan bersifat kenyal.

"Kanak-kanak mungkin menganggapnya sebagai makanan dan menelannya, manakala sifatnya yang menghakis serta mudah mengembang menyebabkannya tersumbat dalam usus.

"Kanak-kanak yang tertelan agar-agar itu akan mengalami kesan seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat atau usus bocor," katanya pada sidang media khas untuk mengumumkan keputusan itu di sini, semalam.
Berikutan keputusan itu, katanya, penjualan, pembekalan dan menyimpan bahan berkenaan diharamkan mulai hari ini.

04 July 2011

petikan dari BERITA HARIAN 4 Julai 2011

sharing is caring...lalalalaaaa...

ni ade pulak petikan dari Berita Harian pasai maid..


Tidak perlu ejen ambil amah
Oleh Lum Chee Hong
lumch@bharian.com.my
2011/07/04

SUBRAMANIAM (kanan) bersama     Palanivel mencuba simulator alat kimpalan  selepas melancarkan  karnival 'My Skills' di Dewan   Canselor UM, semalam. - Foto  Nik Hariff Hassan
SUBRAMANIAM (kanan) bersama Palanivel mencuba simulator alat kimpalan selepas melancarkan karnival 'My Skills' di Dewan Canselor UM, semalam. - Foto Nik Hariff Hassan
KL, Jakarta rangka prosedur mudahkan proses menggaji pembantu rumah

KUALA LUMPUR: Majikan boleh menggaji pembantu rumah warga Indonesia secara terus tanpa melalui khidmat ejen atau agensi berkaitan apabila prosedur mengenainya dipersetujui oleh Malaysia dan republik itu.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata perkara itu adalah antara yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pengambilan pembantu rumah dari republik itu yang ditandatangani akhir Mei lalu.
“Contohnya, seorang majikan yang mempunyai amah sudah tamat tempoh atau mahu balik, tetapi pembantu rumah terbabit mempunyai seorang ahli keluarga bagi menggantikannya, majikan itu tidak memerlukan ejen atau saluran agensi pembantu rumah.

“Kedua-dua kerajaan sedang menyenaraikan prosedur yang majikan kena ikuti supaya mereka mematuhi segala syarat ditetapkan oleh kita, sebelum ia dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian ‘My Skills’ di Dewan Canselor, Universiti Malaya (UM) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jawatankuasa ditubuhkan antara Malaysia dan Indonesia untuk memantau MoU ditangani di Bandung, Mei lalu.

Hadir sama, Presiden MIC, Datuk G Palanivel; Ketua Pemuda MIC, T Mohan; Ketua Wanita MIC, Datin Paduka P Komala Devi; Ketua Putera MIC, P Kamalanathan dan Ketua Puteri MIC, Usha Nandhini Jayaram.
Karnival ‘My Skills’ yang dirasmikan oleh G Palanivel itu diadakan sehari akan diperluaskan di lapan negeri lain dengan menawarkan kira-kira 6,000 tempat kepada golongan belia India dalam bidang latihan kemahiran daripada institusi kerajaan dan dilaksanakan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama MIC.

Dr Subramaniam berkata, hanya 34 daripada 100 agensi pembantu rumah bersetuju untuk mengikut kadar pembayaran pengambilan pembantu rumah oleh majikan kepada agensi seperti yang sudah diumumkan oleh kerajaan.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kita sudah berjumpa dengan banyak agensi, tetapi hanya sebahagian yang bersetuju dengan kadar berkenaan.

“Mereka yang sudi boleh terus ikut, manakala agensi yang tidak sudi kena tunggu,” katanya.

Sebelum ini, protokol pindaan terhadap MoU mengenai pengambilan pembantu rumah Indonesia yang ditandatangani di Bandung menetapkan RM4,511 sebagai bayaran pengambilan pembantu rumah Indonesia oleh pihak majikan Malaysia.



p/s: maid aku dah sampai, kini tiba giliran aku bertungkus lumus menguruskan segala mak nenek prosedur pengambilan maid ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...