sharing is caring...lalalalaaaa...
ni ade pulak petikan dari Berita Harian pasai maid..
Tidak perlu ejen ambil amah
Oleh Lum Chee Hong
lumch@bharian.com.my
2011/07/04
SUBRAMANIAM (kanan) bersama Palanivel mencuba simulator alat kimpalan selepas melancarkan karnival 'My Skills' di Dewan Canselor UM, semalam. - Foto Nik Hariff Hassan
KUALA LUMPUR: Majikan boleh menggaji pembantu rumah warga Indonesia secara terus tanpa melalui khidmat ejen atau agensi berkaitan apabila prosedur mengenainya dipersetujui oleh Malaysia dan republik itu.Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata perkara itu adalah antara yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pengambilan pembantu rumah dari republik itu yang ditandatangani akhir Mei lalu.“Contohnya, seorang majikan yang mempunyai amah sudah tamat tempoh atau mahu balik, tetapi pembantu rumah terbabit mempunyai seorang ahli keluarga bagi menggantikannya, majikan itu tidak memerlukan ejen atau saluran agensi pembantu rumah.
“Kedua-dua kerajaan sedang menyenaraikan prosedur yang majikan kena ikuti supaya mereka mematuhi segala syarat ditetapkan oleh kita, sebelum ia dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian ‘My Skills’ di Dewan Canselor, Universiti Malaya (UM) di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jawatankuasa ditubuhkan antara Malaysia dan Indonesia untuk memantau MoU ditangani di Bandung, Mei lalu.
Hadir sama, Presiden MIC, Datuk G Palanivel; Ketua Pemuda MIC, T Mohan; Ketua Wanita MIC, Datin Paduka P Komala Devi; Ketua Putera MIC, P Kamalanathan dan Ketua Puteri MIC, Usha Nandhini Jayaram.
Karnival ‘My Skills’ yang dirasmikan oleh G Palanivel itu diadakan sehari akan diperluaskan di lapan negeri lain dengan menawarkan kira-kira 6,000 tempat kepada golongan belia India dalam bidang latihan kemahiran daripada institusi kerajaan dan dilaksanakan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama MIC.
Dr Subramaniam berkata, hanya 34 daripada 100 agensi pembantu rumah bersetuju untuk mengikut kadar pembayaran pengambilan pembantu rumah oleh majikan kepada agensi seperti yang sudah diumumkan oleh kerajaan.
“Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kita sudah berjumpa dengan banyak agensi, tetapi hanya sebahagian yang bersetuju dengan kadar berkenaan.
“Mereka yang sudi boleh terus ikut, manakala agensi yang tidak sudi kena tunggu,” katanya.
Sebelum ini, protokol pindaan terhadap MoU mengenai pengambilan pembantu rumah Indonesia yang ditandatangani di Bandung menetapkan RM4,511 sebagai bayaran pengambilan pembantu rumah Indonesia oleh pihak majikan Malaysia.
p/s: maid aku dah sampai, kini tiba giliran aku bertungkus lumus menguruskan segala mak nenek prosedur pengambilan maid ni..
akak saya perlukasn seorang maid plz...dari ipoh semua agensi rm8k , tadah yang kurang boleh tak akak tolong saya ...dari mana akak ambil...kmd i usruskan...mol 0164817149_ vashy_10@yahoo.com - ipoh
ReplyDelete