31 July 2010

rumahku syurgaku ::part 2::


-K-r-o-n-o-l-o-g-i -

Hujung Feb 2010

Nampak iklan auction besar-besaran oleh RHB.
Pilih rumah & kwsn yg berkenaan.
Berkenan kat 2 rumah.
Servey & g tengok rumah.
Prepare 5%.
Buat bank draf kt bank.


Mac 2010
Auction di Renaisance Hotel (13/03/2010).
Aution start at 10am.
Masa tu tinggal di sri kembangan.
Tgh buyung 8 bulan.
G naik tren je.senang.xyah pikir jln jem ke ape. Lebih kurang 30minit, sampai dkt tmpat auction. Tp, masa kami sampai tu dah 10.30pg. Pendaftran dah tutup. keciwa sikit .. decide nk tgk aje laa.belajar.
bila tgh berlegar2 kt kaunter2 auctioner, saje tanya kt penjaga kaunter psl lot2 yg bekenan. tgk2 ade peluang nk bid, sbb belum ade bidder. Lot yg satu lg tu, dh ade 4 bidder, so xboley mencelah.ape lg, daftar la.Bila sampai turn, xde bidder lain, so kami dpt rumah tu dgn hrga reserve (RM26,600). Alhamdulillah.rezeki.
So, kami buat urusan dgn auctioner (NgChanMau), byr 5%(RM1330) (guna bank draf yg dh kami sediakan itu) & stamping (RM50).

Seminggu lepas tu, g jmpe lawyer.

dalam masa yg sama, buat loan.Personal loan.

April 2010
Loan approve.
Byr baki 95% kt lawyer NCM.
Aisyah lahir.

Mei 2010
Urusan lawyer.
masih servey2 mana lawyer yg murah.
akhirnya amik jugak lawyer 1st yg aku jmpe masa bln mac hr tu.

Jun 2010
Bila dh pasti rumah tu akn kami miliki, mula touch up rumah.

Cat & brg2 =
Upah = RM200

Elektrik
*Bil tertunggak = RM
*Tukar nama = RM

Air
*Bil Tertunggak = RM
*Tank = RM
*Water Pump = RM

Langsir
*Kain = RM442.00
*Upah+Railing = RM275

p/s: abg, sila isi tempat kosong utk kos2 yg dh kite abg kuarkan. supaya senang nk dirujuk dkemudian hari ;p

Julai 2010
Mula angkut brg. Malam2 pun stil angkat barang. macam nk lari xbyr sewa..hihihihi
Bersih2 kan rumah.
Malam pertama di rumah baru (25/7/2010).
Masih dalam aktiviti mengemas rumah.

29 July 2010

"ayah..ayah"

Muke sedih Aufa, pandang kt pintu rumah, tunggu Ayah balik.

uuuhuuuu.....muke sedih lagi

Ayah kadang2 balik lewat jugak.

Aufa laa, selalu tanya ayah kalau dia lame xnampak ayah kat umah.

Satu hari, ayah balik lewat & dia nangis2 cari ayah. Biasanya bila nak tidur, ade org tepuk or dodoikan. Sebab ummi 'bz' dgn Aisyah, xdpt nk dodoikn Aufa. Bila telefon ayah, Aufa lagi sebak dengar suara ayah kt fon.lagi kuat nangisnya, sampai xboleh nk cakap. Dengar org kt luar (jiran yg bukak pintu), dia akan tunjuk kt pintu & cakap 'ayah'..


Alololooo...ciann anak ummi yg sorang ni.


Semoga ayah selalu balik awal..hhuhuuhuu

27 July 2010

rumahku syurgaku


Syukur alhamdulillah...

Kami telah mendiami rumah sendiri..Rumah comel ini akhirnya kepunyaan kami. Sesuai buat masa sekarang ini, keadaan keluarga kami yg kecil. Ada rezeki, kami akan memiliki 'landed house' pulak.
Sempat kami berjemaah solat subuh pagi tadi. solat subuh kedua, di rumah kami.OOoohh... hepinya ada rumah sendiri. Cuma semalam, pagi2 bangun dari tidur, masih mamai2..antara percaya dgn tidak aku dh duduk rumah ni.bukan ape, masih blur2 tercari2 bekas susu Aufa.biasa letak kat ruang depan.rupanya ade kat dapur.lgpun xbyk yg berubah sebab rumah sewa dulu patern sama dgn rumah kami sekarang.

Sejak bulan mac haritu kami bertungkus lumus, menguruskan perihal rumah ni. Bermula tarikh 13/03/2010 sehinggalah 25/07/2010 semua urusan rumah 97% selesai. 3% belum selesai urusan dgn lawyer. Sebenarnya urusan rumah ni boleh settle awal. tp, disebabkan kekangan masa dan keadaan, jadi lambat. Xpe belajar dari pengalaman. Lepas ni kalau nk beli next rumah, dh ade ilmu sikit2. ;p



18 July 2010

Di Julai ini

..adik motak..

di Julai 2010 ini, usia anak2 ku..

Aufa berusia 21 bulan
Aisyah berusia 3 bulan

usia aku??? dah bertambah jugak..huhuu

cepatnya masa berlalu..

Aufa dh pandai macam2 perkara..
geram & lucu dgn karenah & aksi dia.

Aisyah pulak, dh pandai ajak borak.
Eee geram tgk si Aisyah tembam ni
masih tak puas gomol walaupun aku hari2 tgk dia

sayang anak2 ummi.. sayang ayah jugak
semoga kalian sihat2 dan ceria selalu.

16 July 2010

sikitnyeeee...

ni stok susu ujung jun 2010 - sebelum beli fridge baru

saja nk cerita psl EBM Aisyah untuk ingatan aku d masa hadapan. Paling sikit aku mengumpul susu Aisyah, aku dapat 11oz. Biasanya lepas balik kerja dlm pukul 5.30ptg, aku akan bwk balik stok susu dlm 20 oz. dalam sehari semalam pumping session aku tak menentu, kdg2 ikut breast..kalau rase macam breast penuh, aku pump lah. (pernah pump 3X kt opis sbb breast bengkak sgt) Tp, skg sesi wajib di ofis ialah 2 kali. tengahri (12/1pm) & petang (time solat asar)..sekali pump boleh dpt dl 9-11 0z. (sbnrnye nk praktis pump ikut schedule, tp masih tak berjaya)

Kenapa susu sikit?? 11 oz je sepanjang 8 jam? Aku mulalah berfikir & mencari puncanya. Mungkin sebab aku tak berapa sihat sejak akhir2 ni.. demam lah, selesema + batuk, sakit mata. Mybe......

Atau sebab dh lama (dlm 2-3 hari) tak minum horlick+susu+oat?

Atau sbb terlupa nk mkn vitamin (selalu je terlupa)
Atau sebab aku ade termakan ape2 yg boleh buat susu kurang? Ape yg aku mkn? Macam biasa. Nasik lemak kdg2 hmpir stp hari. abg, sedap nasik lemak yg abg beli ptg2 tu .

ubat??..

aku ade makan:

pnadol actifast - sbb demam yg agak berpanjangan minggu lalu,

ubat batuk - sebab batuk teruk sgt hinggakan sakit belakang aku ni ha.

ubat tahan gatal (piriton @ Chlorphenamine)-mata aku yg sakit ni, membengkak & kdg2 gatal

aku bukan jenis yg suke mkn ubat xmakan antibiotik yg doc bg, sbb aku nk badan aku secara semulajadi sihat.cth klu demam, aku jarang amik panadol ke ape ke..cuma vitamin C /B dan minum byk air. Tp, minggu lalu ubt2 tersebut aku dh telan dan ade efek keatas pengeluaran susu aku..


hasil kajian singkat aku, aku jumpa bhw, 'Chlorphenamine - memang boleh mengeringkan susu..adoii..tobat tak mau mkn lg ubat ni.
sebenarnya, pengeluaran susu tak turun secara mendadak selepas aku mkn ubat gatal ni..slps beberapa hari aku sedar susu, sehari demi sehari makin kurang. aku mkn ubat gatal ni mggu lepas & kesan ketara adalah minggu ni. Hari ni aku dh collect 14oz (last pump pukul 3ptg td).

Can I Take Chlorpheniramine While Breastfeeding?
At this time, it is not known if chlorpheniramine passes through breast milk in humans. However, various sources suggest that the medication (along with other similar antihistamines) is probably compatible with breastfeeding.

Theoretically, chlorpheniramine could affect a woman's milk supply, since the medication can suppress prolactin (a hormone important for breast milk production). However, this is probably not an issue for women who are well-established with breastfeeding.

If your healthcare provider decides that it is okay for you to take chlorpheniramine while breastfeeding, be sure to watch for any changes or side effects in your child.

15 July 2010

Demam Kuning


Tido bawah lampu biru



Hanya beralaskan kain lampin nipis dikepala..huhuuu cian anak ummi.




Bercakap pasal demam, teringat pulak masa Aisyah kena 'demam kuning' atau biasa orang kata Jaundis.. Sian tul Aisyah..teruk kuning dia sampai kena drip air..huhuuu..


Alkisahnya begini, aku yg terbesalin awal, tiada ibubapa disini... emak aku off coz kt Pekan & emak mertua aku, kebetulan terbang ke Medan.huhuu.. terubat jugak hati ni bila emak sedara datang dari Bahau melawat aku di hospital. Kwn2 xde pun, sbb diorang sume xtau yg aku dh bersalin dan aku xdpt nk men-contact mereka sebab telefon aku hilang.


Aku balik ke Pekan setelah seminggu di rumah mertua di KL. Sampai je pekan, emak aku ckp Aisyah dh kuning. g hospital terus. amik darah. tak sampai 1 jam, hospital call, suruh masuk wad sebab baby kuning tinggi..aku tak tau tinggi tu bacaan berapa. aku yg baru sampai pekan, xsempat nk buat apa2..terus berkemas..tdo hospital mlm tu..sedey, baru je nk melepas rindu kt Aufa masa tu & Aufa bermanja dgn ayah dia je sepanjang 2 hari itu.


Di hospital, Aisyah kene tdo bawah lampu biru. bukak sume baju dia. atas-bawah-tepi ada lampu biru tu. mata dia ditutup dgn kain. bukan senang nk diamkan dia & suruh dia tdo atas baby cot yg keras tuh. Aku tak jemu2 bg susu kt dia, suruh dia buang air byk2..biar kuning hilang cepat2..risau nye aku time tu hanya Allah yg tahu. Aku perah susu (terpaksa buang susu (foremilk) tu, sbb belum prepare nk buat stok EBM~~~ruginyaa) & aku bagi Aisyah nenen dgn aku.. Aisyah minum susu yg pekat (hind milk).. biar dia kenyang & yak byk2.. Berkat kesabaran aku, bersengkang mata dimalam hari & siang menjaga Aisyah, hari ke-dua aku dh boleh balik umah... alhamdulillah.. tp, masa balik umah tu, agak sedey, sebab masa tu suami tersayang dah balik KL.. huhuu...rindu lagi... (tp, nxt week slps tu my hubby balik pekan, jenguk aku & anak2)


Aku terfikir, mengapa Aisyah boleh dpt 'kuning'? Aufa tak pulak.. Ni andaian aku laaa:


*Aisyah lambat menyusu selepas dia lahir, hmpir 2 jam baru dpt nenen dgn aku.~sepatutnya masa diorang letak aisyah atas dada aku,masa lahir, terus bg nenen masa tu jgk. (masa Aufa lahir, best, sbb ade nurse yg baik hati tlg aku bg nenen kt Aufa)


* Aisyah ni asyik nk tido je keje nye. Minum susu xberapa nak. Jenuh ummi kejutkan Aisyah, tp, nyusu sikit je.

*Aku ade makan jamu lepas bersalin pada hari kedua. (masa bersalin Aufa, xde jamu2 pun, mkn vitamin je) Aku stop mkn jamu slps hr kedua, bila tgk Aisyah nangis mlm hari, panas agaknya & tgk Aisyah ada tanda2 kuning.


*Makan byk sgt lada sulah masa mkn nasik. So, peringatan utk diriku, wlwpun sedap, jgn mkn berlebihan..mkn sikit2 je. Satu hari tu, Aisyah x boleh tido, panas agaknya, mybe sbb mkn lada sulah tu lah.~esoknya, terus tak makan lada sulah.


*Lambat g klinik/hospital bila dh nmpak ada tanda2 demam kuning.


Jaundis ni sgt bahaya kpd baby..kdg2 bg mereka yg kurang faham, risau atau tak suka tengok anak2/bayi2 mereka kena cucuk utuk diambil darah. Bagi aku, demi untuk kebaikan anak2 ku aku rela. Teringat tangan Aisyah yg lebam2 kene amik darah. Mak aku cakap, kalau sampai tahap yg teruk, bayi yg kena jaundis tu kena buat pemindahan darah. & efek kpd perkembangan bayi tu.huhuu..jgn main2 dgn 'demam kuning' ni.


Teringat pulak masa aku kat wad, ade patient2 yg bagi susu kambing (susu kambing, sepatutnya ibu yg minum, bukan bayi) & jus anggur hijau kpd bayi mereka yg kekuningan itu. Aku hanya yakin kepada susu ibu shj. Alhamdulillah dgn izin Allah, turun kuning si Aisyah.

Hingga kini hanya susuibu yg masuk ke perut Aisyah & akn diteruskan SUSU IBU SAHAJA sehingga Aisyah 6 bulan.



Aisyah yg 'bulat'

07 July 2010

Demam


Bulan ni mcm2 demam yg ada..

Demam Bola
Demam Batuk
Demam Selesema
Demam Sakit Mata
Demam kura-kura
Demam Peti Sejuk
Demam Rumah Baru


..........




Kecian anak2 ku...
lepas sorang, sorang lagi kene sakit mata..
Ni aku pun dh rase mcm berdenyut2 kt mata time sujud..

hr ni alhamdulillah aku tidak demam lagi. 3 hari demam, bertahan, sebab xnak makan ubat. akhirnya sebijik panadol actifast aku telan semalam.


Garang


oooo...aku garang kah? hehehe.. kadang2 garang jugak. Semalam betul2 aku garang (eh garang ke?).. sbb aku betul2 xpuas hati dgn syrkt bekalan letrik yg gagal menyambungkan letrik kat rumah aku hampir dua minggu. Bila telefon, ckp semuanya manis. berjanji bukan main lagi. tp, xbuat. hampehh sungguh.sehinggalah semalam, setelah bekerja keras membebel kt org2 berkenaan secara online aku berjaya membuatkan lampu menyala dan berfungsi terutama fridge baru . Haaii lega.... ni satu lagi hal belum settle.. rumah aku belum ada air.. adakah episod yg sama akn berulang?? Tunggguuuu...

02 July 2010

EMAS


Beberapa bulan lalu, aku minat sgt dgn EMAS & PROPERTY. Baca pasal emas, nk ada emas(bukan barang kemas utk dipakai) . Baca pasal property, nk property (alhamdulillah berjaya dpt rumah sendiri skg). Aku, sejak dari zaman2 hingusan dulu, bila tau nilai duit, cari duit, dapat duit, mmg berminat utk memiliki duit 'lebih' dlm poket. Masa stadi dulu, macam2 biznes yg aku belajar & join. tp xjln pun,sbb byk utk guna sndiri & itulah sebenarnya aku.. dan pastinya ia adalah MLM.. sekarang aku dh jadi mcm anti MLM pulak. Tp, aku respek sape yg buat MLM dgn gigih (buat MLM utk income)..sebab kalau diorang betul2 buat, akn dpt hasilnya. Tp, penat lah diorang,sian je. Lain lah klu join, utk brg kegunaan sendiri cth:mknn kesihtn. Boleh dpt murah & dpt lah keuntungn skit2. yg ni mcm style famili aku

Berbalik pada EMAS, aku ada baca beberapa blog penjual/agen Emas. Nmpak macam 'betul' org2 ni. Nk try invest dlm emas la pulak. Kpd my belurve hubby, sediakan duit utk kita bukak akaun emas. Dh lama suruh, tp, xbuat2 pun..huhuuu

p/s: selalu 'teruja' dgn harga emas kt nota kaki Buletin Utama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...