30 December 2009

Cloth Diaper


Semalam aku telah meng-order 4 helai CD berbeza brand disini. Boleh tahan jugak harga Year End Sales dia. Dulu aku dah pernah beli dgn org lain secara online jugak. Tapi, asik bocor aje. Mungkin sebab peha Aufa agak tak berisi. bocor ikut tepi. atau mungkin aku tak pre-wash betul2..(tapi dh byk kali basuh siap guna air panas&suam lagi)..ntah laa.. xsesuai jenama ni utk Aufa agaknya.. tu yg aku order brand lain semalam. So nk tgk brand ape yg sesuai..pstu nk start beli-beli-beli.. So, lepas ni boleh laa save tang diapers Aufa & adik2nya nanti. ;) &aku rasakan adalah yg paling penting 'kerajinan' aku menguruskan CD2 itu.. huhuu..

22 December 2009

Aufa pergi kenduri kawin

Ayah & Ibu mengandung bersama pengantin.



20 Disember 2009, Aufa sekeluarga g Wedding Untie Nonie (kwn ummi mase kt UTM dulu).. Wedding tu boleh laa dikatakan Perkahwinan Dalam Taman sebab buat kat Taman Botani Putrajaya..
Memang seronok, sebab aku berpeluang jmpe kwn2 lame.. kedua2 Pengantin pun sangat cantik & hensem pada hari tu. Kami sampai kira2 pukul 9 mlm. Memang meriah majilis tu.

So, Tahniah kepada Nonie & Suami. Selamat Pengantin Baru. Semoga Hidup Diberkati Ilahi.

Upin & Ipin

Cerita baru selain dari cerita Barney & Friends, Aufa suke tengok cerita Upin & Ipin. (Aufa cuba cakap 'betul-betul-betul' sehingga berbolot lidah dia ).

Ummi saje bukak cerita ni sebagai umpan Aufa supaya makan nasik lebih banyak dari biasa. Hehe...semangkuk kecil nasik abis licin..Itu pun kalau ditambah, mau dimakan lagi Aufa.Tapi risau pulak ummi aufa makan banyak sangat. Lepas tu cam biase Aufa minum Horlicks guna sippy cup dia.

Semalam (21/12/2009) Aufa g klinik untuk check up untuk umo 15 bulan.. Wahh.. dah besar anak ummi ni..Esok2..pejam celik dah 15 tahun.. huhuuu..
Aufa berat nya 8kg je.. Nurse bagi ubat cacing kat Aufa.. Ummi dah pun hancurkan ubat cacing tu dan letak dalam botol. Aufa minum susu dgn penuh selera..Ummi bancuh susu 3 aun je, sbb bimbang Aufa tak habiskan susu dia. Aufa ni bukan ape, bila dibuat 6 auns, dia akan tinggalkan 1 auns.. Bila buat 5 auns dia akan tinggalkan 4 auns.. Bila dibuat 4 auns, at least sikit (hampir satu auns ) dia kan tinngalkan susu dia sikit.. Bertuah betui laa..

Lepas check up Aufa, aktiviti wajib kalau lepas g klinik, aku akan singgah Jusco..Jusco tu sekangkang kera je dengan umah aku. Saje jln2 sambil beli barang untuk masak tengahari tu. Aufa yang dah keletihan, tertido (lagi pun memang time tido dia), aku kejutkan dia, letak dalam troli barang. (takkan nak baringkan dalam troli pulakkan, sbb tu aku kejut kan Aufa). Bila dah siap bli barang, masuk je dlm kete, xsampai 5 minit.. tertidur dia..Alooo..ciannnye, kene paksa temankan ummi shopping.
ni mase nk balik umah.. dh tertido si kenit nih..Puting+lampin=set tido. Puting tetap nk yg lama (tercabut pemegang). Yang baru tak nak.. memilih pulak!!

Satu lagi Aufa nih, sejak dia reti berjalan, dia tak mo dah duduk dlm car seat dia. Klu letakkan dia, mesti mengamuk (ganggu konsentret aku memandu)..So, sekarang ni, dia dah duduk macam orang besar. Tapi kena umpan sesuatu la.. samada biskut,buku atau apa2 yang boleh buat dia duduk diam. Kali terakhir, dia masih mengamuk duduk kat kerusi tu, ape lagi aku alaskan surat kaba, dan letakkan dia kat bawah..siap baring lagi.. uuuu... banyak songel betul budak ni.
Ni posisi Aufa masa awal2 dlm kereta. On the way ke klinik.




Nampaknya telah bertukar kedudukan.. Bawak bekal biskut & buku ABC.






Ooo.. sudah berubah lagi.. lebih selesa berbaring..ish..ish..ish..

Financial Independant

Wahh...bagaimana nak mencapai 'Kebebasan Kewangan'? No Comment!! Sebab macam mustahil untuk mencapai Financial Freedom... Walaubagaimanapun, ia boleh di kendalikan.. Macam risiko.. kat mana2 pun ade risiko.. tgh duk menaip ni pun ade risiko.. tgk2 blackout.. abis sume keje kita...tapi kite ade cara mencegahnya. Serupa dengan kewangan, klu kite bijak mengendalikan urusan kewangan kita ia tak membebankan. Macam aku, urusan perbelanjaan keluarga aku cuba minimumkan (kdg2 takk jugak).. Aku akan catat setiap perbelanjaan yang aku keluarkan. Suami tercinta akan simpan rekod tu, & kami akan review sama2 untuk perbelanjaan keluarga..Ini mengelakkan berlaku pembelian yang tidak perlu..Kalau boleh, semua perbelanjaan atas urusan 'Keperluan' bukan 'Kehendak'..
Masa aku kecik2 dulu, mak ade sediakan tabung..Seingat aku, setiap sorang adik2 aku ade tabung masing2. Mungkin tabung aku yang pertama, ialah bekas bedak yang di paku ke tiang dinding bilik famili aku (masa tu tinggal umah nenek). Bila dah penuh, tukar kpd tabung lain... tabung yang kedua, tabung tin. Cantik warna biru ade gambar ape tah(hadiah beli susu kot).. seingat aku bila tabung tin tu dah penuh, kena pecahkan tin tu.tak tau macam mana buka tin tu sbb tabung tu tak de lubang lain selain lubang untuk syiling. bila duit dikeluarkan, seingat kau ade duit kertas yang terkena karat. Tabung yang seterusnya ialah 'Tabung haji'..masa tu aku 3 beradik dapat satu sorang (mungkin mak buka akaun tabung haji untuk kami) Tabung haji aku warna purple.
Sekarang ni aku ajar Aufa menabung..Guna Tabung Haji. Tabung yang dapat masa mula2 buka akaun Aufa masa dia berumur 2minggu..Aku ingat lagi masa tu aku g bank bukak sendiri akaun untuk Aufa. Mak aku marah aku berjalan sana sini (sepatutnya g tabung haji je, tapi aku merayau g kedai kain laa, g pasaraya..).. Oooo.. baru ingat masa tu Aufa ikut sekali, mak aku yang bawak dia g klinik untuk bersunat.


Ni gambar semasa Aufa berumur 2 minggu.. Nk g klinik untuk bersunat & g Tabung Haji bukak akaun Aufa.


Aufa berusia 2 minggu


Aufa dah pandai isi duit dalam tabung dia. Aku akan 'lekatkan' tabung di kat mana2 dlm umah kami.. mungkin dikaki kerusi atau di kaki meja (sebab xkan nak paku kan tabung ni pulak).
Tujuan aku supaya bila dia bermain2 dlm rumah & terjumpa syiling, tak de laa dia nak 'makan' syiling tu..bahaya, masuk syiling dlm mulut. Dan yang paling penting mengajar dia menabung sejak kecil..macam ummi dia..hehe..
Setakat ni aku dah try sepahkan syiling, dia akan masukkan syiling tu dlm tabung. Sehinggakan bila nampak handbag aku, dia akan cuba bukak..nk cari syiling laa tu. Aku sorokkan handbag aku ke tempat yg lebih tinggi. Sekarang ni sume barang kena letak tempat tinggi..kotak brooch aku pun dah simpan atas almari (sbb laci pun dia dh pandai bukak)..susah aku nk ambil..asik2 pakai brooch yg sama setiap hari.

Lepas ni sume bedak & alat mekap aku simpan atas almari pulak.

19 December 2009

Aufa Ikut Ayah Meeting


Hari ni, Aufa ikut ayah meeting kt Puchong. Dalam masa yang same, Aufa jmpe kwn2 lame Aufa. Oooo..seronok laa Aufa dpt jmpe kwn2 sebaya. Macam2 aktiviti yg Aufa buat..kwn2 Aufa siap bawak bekal mainan masing2.Aufa, ummi bekalkan dengan buku kecik ABC.. itu pun berebut dengan kwn2. Seronok tgk anak2 berkawan. Gelagat mereka lucu!
Ni salah seorang kawan Aufa.. Dia lahir 5 hari sebelum Aufa lahir. Name dia Izzuddin.


Ni bukan gambar Aufa jatuh, tapi gambar dia tengah mengamuk di tepi pintu.
Sempat lagi buat perangai si Aufa nieh! Malas ummi nak layan!


Perkataan baru Aufa hari ni ialah 'Air'.. Ooowhh.. sudah pandai sebut Air.. Kecian aufa masa jalan2 & lari2 kt kwsn masjid tadi, tergelincir dia..sibbaik tak terhantuk kepala. (Aufa dah pandai selamatkan kepala dia sekarang)

.

Aufa merenung tasik.. 'Air!'... perkataan baru Aufa hari nih

Dalam dewan berjalan tak pandang orang dah!



Semalam Aufa dapat sebut 'Duck' & 'Bear'.. Itu hasil dari pembacaan buku ABC yg ummi baru beli.. Sebelum ni, ade beli blok2 ABC..tapi sekejap je nak bermain..Tak menarik agaknya.
Buku ABC lagi best. Aufa dh dapat dpt sebut 'Cat' disebut 'Tet' , 'Duck' & 'Bear' & huruf 'A'.. Aufa tengah khusyuk dgn page favorite dia.. C= cat, D= duck.


Hmmm..satu lagi, Aufa dah pandai menconteng.. Pandai pulak dia pegang pen tu! Diperhatikan...Aufa guna tangan KANAN.. hehe.. Aufa tak kidal.


Minggu lepas ikut ayah & kwn2 main boling kt Ampang Superbowl.. Amboi, excited sgt Aufa. Tapi Aufa takut dengan bola boling! Tengok tu, tak pandang camera langsung..sibuk nk tengok orang main boling.

Aufa & Ayah



Posing skit.. ummi saje nk ajar Aufa pkai tudung bile kuar umah.. tapi kejap aje dh tanggal.


Dah ngantukk..hiii...anak dara ni menguap tak tutup mulut.. siap dengan idung kembang dia. Mata masih pandang ke lane boling!

17 December 2009

Diabetis


Sejak last check-up aku bln lepas, aku amat2 risau dengan keadaan aku ni..ye lah.. berat badan aku naik sekilo seminggu..Mungkin sebab aku bercuti seminggu bulan lepas kot..makan byk sgt. Yelah, makanan2 yg aku jmpe, sumenye sedap2 dan membuke selera..ade jugak yg tak sedap, tp tibai jugak sebab xpenah jmpe. Last week, aku timbang, 49kg.. ini brmakna naik lagi 2kg berat aku.. alahaai risaunyer.. aku takut aku kene diabetis lagi.. Malas nk g buat test yg ambil darah 4x sehari tuh. Pengalaman aku, last preknen, bila time nk buat test tu, aku akan jaga makan aku.. so, resultnye, memuaskan..Jd,nyer kdg2 mcm hipokrit pun ade..yelahh..jage makan time nk buat test.. ape2 lahhh...


Sekarang nih, aku berazam untuk mencegah diri aku daripada diabetis lagi.. Aku mula kawal makan. Excercise??? Hmmm... kt opis tu ade turun naik tangga..kira senaman lah tuh..

Feveret aku ialah makan roti putih Gardenia tu.Klu yg size jambo tu, aku penah abiskan dlm masa 3 hari.Aku sorang makan. Kali ni nk makan roti wholemeal. Aku ni dulu2 kwn2 panggil Momok Roti..Xbole laa klu xmkn roti. Walaupun dh makan nasik, roti sekeping,sapu dgn majerin mesti jamah.

Jadinye sekarang ni nk ubah skit menu & cara makan.

1) Beras yg akan aku gunakan lepas ni - Beras herba ponni-Taj Mahal (beras ni best,dulu family aku pakai beras ni)
2) Makan banyak buah-buah yang tidak manis..no more pisang & epal fuji (antara buah kegemaran aku & makan buah tak boleh cicah dengan kuah rojak byk2,skit boleh)
3) Lebihkan & masak banyak untuk menu sayur..(ni memang slalu buat, cuma nak tambah ulam-ulaman)
4)Kene rajin makan vitamin (aku selalu xmakan vitamin-sebab rase xbley nk telan)
5)Start minum susu lembu semula..(dah lama aku tinggalkan,sejak preknen ni..xtahan dengan rasa susu-walaupun aku adalah hantu susu sblm nih)
6) Kurangkan makan makanan & minuman yang manis2.
7) Minum byk air kosong..(haa..yg ni, mencabar jugak, sbb xlarat& 'M' nk g toilet kerap)

Ni antara perkara2 yg perlu aku laksanakan segera! ;) Perkara2 berbangkit lain aku senaraikan kemudian.

Untuk peringatan aku sendiri, Diabetis semasa mengandung memang amat risiko..
risiko yg paling besar ialah kematian bayi dalam kandungan.. Sebab tu laa..aku risau sgt2.
Aku baca berulang-kali di susuibu.com ruang forum untuk topik diabetis nih. Ha, jgn main2 tau. bahaya!

14 December 2009

Belajar Masak



Minggu lepas, aku berjaya membuat nasik ayam.. Ilmu ni aku turunkan kepada huby aku..yelaaahh..dia berazam untuk pandai memasak beberapa jenis lauk sebelum ujung thn ni.. setakat ni..ape yg abg reti masak yerk??? hmmmm...
Nasik ayam hari tu cammna? Ingat lagi tak camne nak buat???
hehee.. ni kene buat ujian/test nih!
Maka aku bersama suami tercinta menyediakan nasik ayam ni. Huby aku banyak membantu dlm penyediaan nasik ayam ini. TQ abg.

Bhn2 untuk nasik ayam aku hari tu simple sgt2..
Bhn2nye:
Ayam-dipotong kecil
Beras- 4 put
Bawang Putih
Halia
Timun - hiris untuk ulam
Tomato- hiris untuk ulam


Mula2..aku tumiskan bawang putih & halia..
Dah naik bau, aku masukkan ayam..
selang 2-3 minit aku masukkan air.. jadikan sup ayam.
Aku masukkan kiub ayam maggie untuk tambah perisa.
(sebelum ni aku guna sup bunjut..tp kali ni tidak..saje test tanpa letak ape2 rempah dlm nasik ayam aku ni)

Agak2 dah mendidih.. aku amik sup ayam tu..aku tuang dlm rice cooker* bersama beras yang telah dibersihkan ( klu guna beras wangi lagi ummmphh!)
* rice cooker huby aku baru belikan haritu..kami telah merasmikan dengan membuat nasik ayam!)


Bhn utuk sos:
Cili besar & kecil(utk tmbh kepedasan) - kisar
Bawang Putih - kisar
Cuka (apple cider)
Sup ayam
Gula & garam secukup rasa

Bahan2 untuk sos itu dicampurkan & dimasak seketika..dan taa daaa.. siap..


Untuk Ayam pula..
Aku perapkan ayam dengan sos keropok (sikit), kicap dan lada sulah..
Kemudian ayam itu digoreng.
(Agak lambat angkat ayam tu, sebahagiannye telah hangus sedikit..tp, masih boleh dimakan. huhuu)

Dan akhirnya siap lah nasik ayam kami..
(masa tu Aufa dah tido, maka makan lah kami dengan aman damai tanpa gangguan si kecil)

10 December 2009

Nasi Ayam



Hahaa...asik fikir makan je. Perut tak lapar..Lapar sikit jer..hehe Tapi mulut ni asik nak mengunyah je.Sampaikan biskut meri yg tawar tu pun aku tibai.. ape tah lagi kismis,longan kering & kerepek tempe (simpanan makan aku skrg ni)..upps..longan kering dh abis..kononnyer nak buat air longan(nak tambah susu laa katakan)..tapi hampeh..sedap pulak longan ni dimakan begitu sahaja..(sungguh enak dimakan begitu saja)..

Hari ni aku ingat nak masak nasik ayam..nyummmyy..
Sebenarnye, sejak aku mengandungkan Aufa lagi, aku mula meminati nasi ayam.Sehingga laah sekarang.. Dah beberapa kali aku buat nasik ayam.. Boleh laaa.. Aku buat dlm 4 put.. Licin sekali hadap je. Aku & hubby.. Hubby aku kdg2 selalu marah kenape masak lebih..sbb dia terpaksa makan lebih..kononnyer xnak membazir..Aku pulak, kdg2 mmg sengaja masak lebih sebab mybe utk makan kali kedua. Tapi kalau sekali hadap, dah licin..aku masak laa round kedua..(klu rajin laa,klu tidak, makan roti/megi/beli kat kedai)

Bahan2 untuk nasik ayam aku dah beli semalam..ingatkan semalam nak buat, tapi xsempat pulak..sebab hubby ade hal malam tu..jd, kitorang makan burger je dinner.

Senang je buat nasik ayam ni.. Gunakan ayam sepenuhnya..
Nanti laa aku titipkan disini resepinya ya!!!!

03 December 2009

2nd Check-up Adik Aufa


Semalam, aku cuti, g klinik buat cek - up.Aku dah 18minggu sekarang. Appointment pukul 8pg.. rasenyer dah awal kuar dari umah.. Tengok2 sampai klinik pukul 8.30pg.. dalam ati aku, sah lambat balik hari nih.. no aku 3038.. No sekarang 3001.. wahh lamenyer kene tunggu..


Sebelum bertolak dari umah, aku sempat masak breakfast.. Mee Goreng.. nyum2.. Disebabkan xsempat nak makan kat umah, aku bawak bekal siap dengan horlick panas.. Sampai aje di klinik lepas tekan nombor, aku terus ke kereta...menikmati sarapan yang aku buat sendiri..(tetiba teringat mak...rindunyer nak makan masakan mak..huhuuuu).. Lebih kurang setengah jam, aku masuk dlm klinik semula.. hmmm..xde ape2 perubahan pun.. nombor yang gerak sikit jer.. aku pun keluarkan buku (memang saje bawak bekal, sbb aku tau boring nunggu lamer2).. Maka aku pun bacalah buku..Tajuk buku tu kalau tak silap aku.. 'U-Turn Ke Jalan Lurus'.. Mula2 baca prakata.. Hmm.. okey buku nih.. syok jugak.


Bila dah sampai chapter pertama, kalau tak silap aku tajuknya, "Lupa Itu Satu Keperluan"..

Aku pun baca laa.. ape yang aku dapat simpulkan disini, memang benar, LUPA itu satu KEPERLUAN tetapi ia akan jadi KEMUDARATAN jika kita tidak cuba untuk MENGINGAT perkara yang penting, contoh ILMU, NASIHAT dan perkara2 lain terutamanya yang baik2 & positif.

Tapi.. ape pulak KEPERLUAN LUPA ni??

KEPERLUAN nya ialah contohnya, jika kita ade sesuatu peristiwa yang benar2 sedih dalam hidup kita, atau pun kita menerima satu musibah yang membuatkan kita benar2 teruji..

Bayangkan..bagaimana emosi kita?? Mood kita?? aku rase setiap ape yang kite nak buat tak sempurna..semuanya tak kena. Jadi, jika kita LUPA peristiwa yang tidak enak itu, kehidupan kita akan lebih sempurna.. Betul tak??

Contoh yang simple laa..kalau kite sakit kepala, kite makan laa ubat penahan sakit. Sebenarnya ubat itu buatkan badan kita LUPA tentang sakit tu.. & kita tak fikir lagi tentang sakit..jadi boleh laa kita buat kerja lain.


Tiba2.. misi panggil nama aku..sblm tu dia ade panggil nama seorang patient.. aku menoleh bila misi tu panggil nama patient tu.. dlam hati aku, berkata, wahh nama dia macam puteri..

Aku pun pergi laa, kat misi tu. Setelah diambil berat badan, terkejut 'kucing' jugak aku. sebab berat badan aku naik 4kg dlm masa sebulan.. ni gara2 bercuti seminggu & aktiviti makan memenuhi jadual cuti aku.. Sekarang berat aku dah 47kg..bulan lepas 44kg..

Minggu ke-28 aku kene repeat test minum air gula yg manis giler tu.. Ujian air gula sebulan lepas aku lepas, aku pass..harap lepas nih okey.Aku akan buat 'taktik' yang sama nanti.. heheheheeee..


Tiba2 patient yang nama macam puteri tu, dia tegur aku.. kenal pulak dia dengan aku. Aku nih, dlm blur2.. balas jugak laa.. buat2 kenal.. dlm kepala otak aku masih memikirkan..siapakah 'puteri' ini?? sampai dlm toilet pun aku fikir..

Takkan laa baru baca buku pasal LUPA ni dah terkena kat aku. Aku sudah LUPA kpd 'puteri' itu. Puas aku fikir, dimana aku jmpa dia nih.. ni kwn2 sekerja aku ker?? Atau member mase keje dgn company lama.. puas aku 'scan' dlm otak aku, wajah2 kwn2 aku..


(aku pernah tak ingat seseorang tu.. tapi bila jumpe ajer, macam dh kenal 10tahun. Sembang sampai bertempuk bertampar. Lepas 6 bulan, baru aku ingat kat mana aku jumpe dia..hahaa)


Aku jmpe lagi si 'puteri' ni..kat tempat check air kencing & darah. Sembang lagi.. Muke agak familiar.. Cantik.. Dah kedepan perut dia. Cerita-punyer cerite.. ber 'aku-engkau' aje.

Baru laah aku ingat, dia ni adalah wife kepada rakan sekerja aku.. cehsss... hampessss!


Tapi, seronok aku, g cek-up kali nih..sebab ade geng borak.. tak sedar masa berlalu.. tp, nxt time tarikh aku tak same dgn 'puteri' tu lagi.. huhuu.. kene cari geng borak lain.


OKEH.. aku mau pulang.. sudah 6.30ptg ni.

Jalan & Raya Sakan



Wah2.. tahun nie aku satu famili (termasuk sedara mara belah suami, hampir 40 orang) beraya di kampung moyang Aufa di Medan-Muaramais Indonesia. Sebuah perkampungan orang Mendeling.. Seronok & mencabar! Tarikh bersejarah itu ialah pada 23-30 November 2009.



Ni antara foto2 utuk dikongsi bersama.


Merdeka Walk





Singgah di Lake Toba






Aidiladha di Kampung Mendeling




Tengok tuu.. ade orang bakar lemang.



Seminggu kami travel.. ni dah dekat airport Medan. Kami mau pulang ke Malaysia.









17 November 2009

Negaraku


Hari ni ade mesyuarat pagi..Biasa laa bincang2 pasal ofis & kerja..& part yang paling tidak disangka-sangka oleh aku & mybe kwn2 staf opis jugak ialah bos minta berdiri & nyanyi Negaraku.. wahh.. bagus laa.. Dah lama x nyanyi Negaraku. Bkn selalu dpt nyanyi lagu ni. Ke aku silap, mgkin ade kwn2 diluar sana yang sambil2 buat keja dirumah atau opis nyanyi lagu ni.. Eeee..xbleh kot sbb nyanyi lagu ni kene diri tegak..hehe.

Jadi ambil lah peluang jika kita ade program/mjlis yg perlu nyanyi lagu Negaraku, nyanyi lah dengan iklas dan "buat2" semangat.


Patriotik pulak laa aku rase aku nih.. Tapi kalau aku mula berfikir tentang Malaysia, negara kita nih..aku rase something.. Ape yg boleh aku ungkapkan ialah, Cintailah Negara Kita.

13 November 2009

Laksa Penang

Hari ni nk buat Laksa Penang ( atau ada orang panggil Laksa Asam).
Mengapa aku sebut laksa penang, sebab sejak kecik2 lagi aku dh panggil laksa penang. Ye laa budak2 masa tu bukan tau ape, janji ape yang mak dia masak, dia makan. Nyum2.. rindunya masakan emak!

Resepi yang emak ajarkan kepada aku ialah..

  • Laksa (aku beli yg basah..1st time beli jenis basah ni, sbb biasa klu buat mesti beli yang kering
  • Telur Rebus ( dipotong 2 atau 4)

Untuk Kuah

  • Ikan (aku beli ikan sardin/ikan tamban & ikan direbus dan diambil isinya)
  • Daun Kesom
  • Lada giling (beli yg dah siap)
  • Bunge Kantan
  • Udang segar (sikit je,blen) kalau tak de boleh letak belacan atau udang kering (dlm kuantiti yg minimum)
  • Asam Keping (2-3 keping)

Campurkan kesemua bahan2 untuk kuah diatas dlm periuk dan jerang sampai mendidih..Lepas tu letak laa garam secukup rasa.



Bahan2 utk ulam (dipotong kecil/halus)
  • Timun
  • Tomato
  • Bawang Merah Besar

Dah menjadi Laksa Penang aku. Balik nnt aku buat.Sebenarnya dah lama nk buat laksa Penang ni tp, asik xcukup bahan aje. Ni semua bhn2 tu aku dh kumpul. Tinggal untuk buat je. Harap, ptg nnt ayah Aufa ade kt rumah, boleh laa dia tlg tgkkn Aufa masa aku masak. Kalau ayah dia balik lambat, terpaksa la aku benarkan Aufa tolong aku memasak didapur..
Memang sah dia akan kopekkan kulit bawang untuk aku & sepahkan atas lantai sambil baling2 kan kulit bawang tu serta jadikan bawang2 itu 'ball'.Jenuh aku kutip bawang2 tu.
(mengapa ini terjadi??? sebab aku tak alihkan bakul bawang tu..haha)
p/s: Bagi aku, mengikut resepi turun temurun keluarga aku, Laksa Penang ni antara menu yg paling senang disediakan. Nanti aku kongsikan Laksa Kuah Putih..Ni pun Senang jugak nak buat. ;)





11 November 2009

Selamat Hari Lahir






Selamat Hari Lahir kepada aku..hehe.
Azam utk hari lahirku kali ini, nk blogging..hahaa.. macam rajin jer..
- serba sedikit ada dorongan dari temanku yg aktif blogging!

Setahun lalu, hadiah hari lahir yang paling bermakna ialah, kelahiran puteri sulung ku..
Tahun ini pula, hadiah hari lahir yang amat mengembirakan aku ialah puteriku itu telah 'dapat kaki'.. huh! satu umah ditawafnya!.. ummi cayang Aufa!!! Nanti ummi belikan kasut comel untuk Aufa ye!



















26 October 2009

every day is my happy day!

ermm... x rajin nk ber blog!! ;P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...