17 November 2009

Negaraku


Hari ni ade mesyuarat pagi..Biasa laa bincang2 pasal ofis & kerja..& part yang paling tidak disangka-sangka oleh aku & mybe kwn2 staf opis jugak ialah bos minta berdiri & nyanyi Negaraku.. wahh.. bagus laa.. Dah lama x nyanyi Negaraku. Bkn selalu dpt nyanyi lagu ni. Ke aku silap, mgkin ade kwn2 diluar sana yang sambil2 buat keja dirumah atau opis nyanyi lagu ni.. Eeee..xbleh kot sbb nyanyi lagu ni kene diri tegak..hehe.

Jadi ambil lah peluang jika kita ade program/mjlis yg perlu nyanyi lagu Negaraku, nyanyi lah dengan iklas dan "buat2" semangat.


Patriotik pulak laa aku rase aku nih.. Tapi kalau aku mula berfikir tentang Malaysia, negara kita nih..aku rase something.. Ape yg boleh aku ungkapkan ialah, Cintailah Negara Kita.

13 November 2009

Laksa Penang

Hari ni nk buat Laksa Penang ( atau ada orang panggil Laksa Asam).
Mengapa aku sebut laksa penang, sebab sejak kecik2 lagi aku dh panggil laksa penang. Ye laa budak2 masa tu bukan tau ape, janji ape yang mak dia masak, dia makan. Nyum2.. rindunya masakan emak!

Resepi yang emak ajarkan kepada aku ialah..

  • Laksa (aku beli yg basah..1st time beli jenis basah ni, sbb biasa klu buat mesti beli yang kering
  • Telur Rebus ( dipotong 2 atau 4)

Untuk Kuah

  • Ikan (aku beli ikan sardin/ikan tamban & ikan direbus dan diambil isinya)
  • Daun Kesom
  • Lada giling (beli yg dah siap)
  • Bunge Kantan
  • Udang segar (sikit je,blen) kalau tak de boleh letak belacan atau udang kering (dlm kuantiti yg minimum)
  • Asam Keping (2-3 keping)

Campurkan kesemua bahan2 untuk kuah diatas dlm periuk dan jerang sampai mendidih..Lepas tu letak laa garam secukup rasa.



Bahan2 utk ulam (dipotong kecil/halus)
  • Timun
  • Tomato
  • Bawang Merah Besar

Dah menjadi Laksa Penang aku. Balik nnt aku buat.Sebenarnya dah lama nk buat laksa Penang ni tp, asik xcukup bahan aje. Ni semua bhn2 tu aku dh kumpul. Tinggal untuk buat je. Harap, ptg nnt ayah Aufa ade kt rumah, boleh laa dia tlg tgkkn Aufa masa aku masak. Kalau ayah dia balik lambat, terpaksa la aku benarkan Aufa tolong aku memasak didapur..
Memang sah dia akan kopekkan kulit bawang untuk aku & sepahkan atas lantai sambil baling2 kan kulit bawang tu serta jadikan bawang2 itu 'ball'.Jenuh aku kutip bawang2 tu.
(mengapa ini terjadi??? sebab aku tak alihkan bakul bawang tu..haha)
p/s: Bagi aku, mengikut resepi turun temurun keluarga aku, Laksa Penang ni antara menu yg paling senang disediakan. Nanti aku kongsikan Laksa Kuah Putih..Ni pun Senang jugak nak buat. ;)





11 November 2009

Selamat Hari Lahir






Selamat Hari Lahir kepada aku..hehe.
Azam utk hari lahirku kali ini, nk blogging..hahaa.. macam rajin jer..
- serba sedikit ada dorongan dari temanku yg aktif blogging!

Setahun lalu, hadiah hari lahir yang paling bermakna ialah, kelahiran puteri sulung ku..
Tahun ini pula, hadiah hari lahir yang amat mengembirakan aku ialah puteriku itu telah 'dapat kaki'.. huh! satu umah ditawafnya!.. ummi cayang Aufa!!! Nanti ummi belikan kasut comel untuk Aufa ye!



















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...