24 February 2010

Perihal Gigi

Al kisahnya begini...
Sejak Aufa sangat susah nak gosok gigi..
aku terabai untuk melakukan rutin gosok giginya hampir seminggu.
Biasanya aku akan gosok sampai licin gigi dia menggunakan kain lampin dia.
Tapi bila dia terlalu agresif,
melonjak-lonjak badan dia & menendang-nendang aku,
akhirnya aku gosok gigi dia ala kadar je. Seminggu hanya gosok ala kadar..
(Aufa mula pandai sebut 'jiji' = gigi/ berus gigi, bulan lepas)

Masa dia demam tempohari, aku terpandang, gusi dia merah.
macam bengkak sikit. Ape lagi, aku ni merangkap dentist keluarga,
nak tengok ape yg terjadi kat gusi Aufa.
Bila ternampak ade macam tahi gigi yg agak tebal kat gigi dia,
aku pun dengan geram, ambil kain lampin & tonyoh kat gigi dia.
Tapi celah2 gigi masih tak bersih.
Aku pun buat2 laa gi toilet ajak Aufa sekali.
Aku buat2 gosok gosok gigi aku
(saje nak menunjukkan kt Aufa supaya dia ikut aku gosok gigi)
Aku beri berus gigi dia, Dan dia pun buat la konon2 nya gosok gigi cam aku.
Aku buat2 tolong dia gosok gigi. Pegang tangan dia & mula berus gigi dia sikit-sikit.
Tapi memang mencabar. Boleh katakan tak dapat langsung nak bersihkan gigi dia.
uih.. ber peluh jugak aku.

Bila tak berjaya, aku terpaksa berkeras sikit.
Aku pegang berus gigi & cuba utk gosok gigi dia.
Lagi susah. Dia siap tutup mulut dia..
akhirnya berdarah sikit gusi dia.. huhuu..
ciaan pulak si Aufa nih..
Aku stop.

Keesokan harinya,
pagi2 buta,
aku sambung kerja-kerja menservis gigi Aufa..
(tak puas ati punyer pasal)..
Guna kain lampin, basahkan sikit kt ujung tuh,
letak Colgate. Sikit je.
Bukan nk pakai Kodomo Lion Aufa.

Kira OK laa sikit aku tengok gigi Aufa. putih bersinar gitu..hehe.
Gusi stil merah.
Jadinya, aku terfikir nak beli berus gigi baby yg getah tu yang ni la.
(gmbr bwh ni). Sebab, klu guna kain lampin,
celah2 gigi x dpt dibersihkn dgn sempurna.
Dulu masa aku & adik2 aku kecik, mak aku guna kain lampin je.



Ni beli pada 23/2/10. Thermoplastic Brush. Jenama Baby OK.
Brand Anakku pun ade jugak.


bila dah dikeluarkan dari bungkusan.
Caranya, sarung je kt jari telunjuk kita.
Pastu tenyeh kat gigi anak.


Tu laah yg lecehnya kalau anak kite cepat tumbuh gigi.
Kena jaga elok2.
Sebelum dia reti gosok gigi sendiri,
kita lah yg kena rajin gosokkan gigi dia.

Bangun pagi..
gosok gigi...
lalalalalaa
...


Sekarang umo 16 bln ada 8btg gigi+1 geraham atas belah kiri

gambar ni masa umo aufa 15 bulan..ade 8 btg gigi.



Umo 10 bulan. hampir 6 btg gigi


9 bulan

9 bulan dah ada 4 batang gigi (2 atas, 2 bawah)

Umo 8 bulan. Aufa mula nak bergigi.


21/6/09 - gigi bawah ke dua tumbuh.
(Aufa tumbuh gigi bawah dulu)


7 bulan xde gg

beli berus gigi masa umo Aufa setahun

nak test jap.









Aufa yang akan cakap 'na-nak' (tak nak) bila disuruh gosok gigi.

22 February 2010

sesuatu yg 'cute' tetapi 'menakutkan'


Bagi aku...
ini sungguh 'cute' & 'choomell'..
Bagi Aufa ini sungguh 'menakutkan' dan 'ngeri'..

Haha.. sian Aufa.

Suatu hari Aufa meragam.. x puas hati dengan aku..
Masa tu seingat aku dia nak main hp aku..
Aufa suke tengok 'tayangan semula' aksi2nya dlm hp aku..

tapi aku x ingat, ape punca dia x puas ati dgn aku,
nangis sampai susah nak dipujuk..
bila dah nangis cam tu,
aku pun pujuk dia, tengok clip Pat & Stanley.

Lagi kuat dia nangis..
sampai terisak2..
ish..ish..
punye laa takut dengan especially intro clip tuh..
aku suro tengok smpai part yg tengah2 dia tak mau..
Nangis jerit2.
Tolak2 hp aku..
Sorok muka dia..

Bila aku tutup hp aku,
dia diam..
senyap x berkata apa..
tak bergerak2..
mata asik tengok aku je.
xsenyum..
tak nangis..
diam membatu..
sambil sorok muka..
last2..
tertido..
siaann Aufa..



Dah..
aku tak nak lagi menakutkan dia..
(tapi ade gak tunjuk Pat & Stanley 2 - 3 kali)
situasi sama.. jugak..
last2..
tertido dlm ketakutan..
heheee... ssooorri sayang..
ummi x wat lagi...

p/s: atok dia marah tul dgn aku bila dgr citer nih.. huhuu
ini adalah perkara kedua yang Aufa takut..
sebelum nih, masa dia umo lebih kurang 5-6 bulan,
dia takut sgt dengan songkok ayah dia.
Pastu yg dia takut sikit2 ialah 'koko'= 'cockroach'






comel pe mereka berdua ini.

Check Up 30 weeks



Cepat pulak check up hari nih.. pukul 9pg dah siap.
No giliran aku tadi 3012 (no 12 utk ibu mengandung).
Macam biasa, berat badan aku naik lagi 2kg. (dlm masa 2 minggu)
Kini berat badan menjadi 54kg. Oohh..harap lepas ni xde laa naik byk2.
Masa mengandungkan Aufa 9bln berat badan aku 55kg.
itu adalah berat badan yg paling berat dlm idup.

Lepas nih aku berazam nak fully BF adik Aufa..
Boleh laa aku kurus dengan cepat..hehe..

Lagi 2 minggu aku akan bertandang ke klinik itu lagi iaitu pada 8/3/2010 jam 9 pagi.

Tak sabar nak tunggu si adik Aufa ni keluar.
Bukan ape, berat sgt dia dlm perut.
lebih2 lagi kalau dia start menendang2 dan berpusing2.
Lg pun nnt Aufa mesti hepi sbb dia ada kawan.
Aku tengok dia tak jeles klu aku dukung budak kecik.
Dia suka & akn sebut 'aadikk'.. atau 'baby'..
Yang dia jeles ialah kalau sape2 orang dewasa yg dekat dengan aku atau cuba bermanja/berbaik2 dengan aku..
cthnya: ayah dia, adik aku atau emak aku.

Kalau ikutkan tarikh due ialah 1 mei 2010.
ini ada lagi 4 kali kunjungan aku ke klinik..
pastu aku bercuti paaannjanggg.. yay!

Your Baby's Growth and Development - 30 Weeks
Your baby is continuing to grow and develop at 30 weeks, filling out your uterus more and more every day. You have probably noticed an arm or leg moving across your belly at one time or another. Many parents have a lot of fun playing "guess the body part" as their unborn baby moves inside the mom's belly. This game is even more interesting as your pregnancy continues week by week. A hard round lump is likely either the head or your baby's bottom, whereas a longer flat surface may be your baby's back. Your healthcare provider may be able to help you identify your baby's bumps and lumps at your next prenatal visit.

The volume of amniotic fluid in your belly will slowly start to decrease as your baby starts to take up more and more space.

Your Growth and Development
Your uterus is now about 4 inches above your belly button at pregnancy week 30. You are now in the home stretch of pregnancy, and quickly running out of room to expand!

19 February 2010

aduhai anak


..selesai membaca di saifulislam.com..
YA...
anak2 memang macam tu..
kenakalannya..
actually bukan nakal,
tapi proses pembesaran mereka.
Apa2 yg mereka buat kadang2 membuatkan kita hilang sabar..
rasa nak marah..
dan rasa geram..
tapi,
mereka sangat tulus & bersih..
mereka hanya tahu untuk gembira
& membuat apa sahaja yang mereka mahu..

mereka tidak tahu..
adakah ia betul atau salah..
buruk atau baik..
Kitalah yang memberitahu dan mengajar mereka..
sehinggalah mereka mampu untuk berfikir..
& menilai sebab & akibat sesuatu perbuatan.

anak-anak ibarat kain putih..
ibu bapa lah yang mencorakkannya...

wallahualam..

hari-hari Barney!



Aufa minat sangat dengan Barney.
Tiap hari nak tengok citer Barney.

Pagi-pagi... bangun tido..
atau
petang-petang, lepas amik dia dari umah pengasuh..

Nie..Nie..Nie (Barney)
Sambil tunjuk kat komputer.

Si Aufa ni, berebut komputer jugak dengan ayah dia..
Sebab ayah dia sibuk nk tengok movie..
Aufa sibuk nak tengok Barney..
ummi dia?? mengalah..
buat keje umah atau lepak2 santai melayan perut ..hehe..
(adoi.. adik Aufa aktiv sgt nieh!).


Aku skrg dh rekod kat HP aku sebahagian slot Barney..
Senang..
Kalau dia nak tengok 'Nie' , aku bg je HP aku kt dia.

Kalau dh tengok Barney..
mulalah tergedik-gedik..
terlompat-lompat..
terangguk-angguk..
ish..ish.. klaka la Aufa nih.

Time slot lagu..
Dia akan pandang aku..
aku pandang dia..
Haa.. nk suruh aku ikut si Barney tu nyanyi lah tu.
Seronok dia klu aku sama2 ikut nyanyi..
kdg2 tu dengar jugak dia nyanyi..
ntah ape2..

Kadang2..
bila aku boring dengan Barney..
Aku tukar citer Upin & Ipin..
Aufa memula excited jugak..
'Pin..Pin..Pin'..katanya

tp, x lama lepas tuh, dia dh buat keje lain..
Ape yg aku boleh simpulkan disini,
Aufa suke yg rancangan yg ada lagu2..

Kalau tengok TV pun time yg lagu2 yg agak meriah, dia akan tengok dengan tekun..
Atau pun iklan2 atau cerita2 yang ade budak kecik (suara budak kecik, dia suke)..
Hurmm...

Abg, bila nak tambah koleksi Barney lagi??
atau ape2 rancangan untuk Aufa??
Asik tengok benda yg sama je setiap hari..
ni aku ke Aufa yg nk tengok?? ;p

17 February 2010

cuti CNY

OOoohh.. aku suke cuti.
Ade ke org yg tak suke cuti??
CNY baru2 nih..kiranya bercuti 4 hari..bermula sabtu-ahad-isnin-selasa.
Ini adalah aktiviti sepanjang cuti tersebut. Ni antara gmbr yg sempat di rakamkan.

sabtu.
G riadah / temankan untie baby jogging kt Tasik Cempaka.
Lepas beriadah, melantak kat kedai mamak. Licin tray kitorang tibai roti canai & capati.

Ahad.
Bertolak ke Kuala Pilah. Cicit abah kawin.
on the way ke Kuala Pilah


Aufa ajak ummi main kejar-kejar


Berlari-larian dengan makciknya
budak-budak ni tak reti penat ke?

Makan time!!

Aufa dah abis 'sepinggan' nasik minyak

Kiri (si kecil berbaju merah) cucu Dato' Muda Omar yang bongsu (umur 5 thn) Kanan sekali (si tua besar berbaju merah) cucu Dato' Muda Omar yang sulung (umur dlm 40-an)


penat sangat... dah tido dalam perjalanan ke pekan.


Isnin.
Di umah Tok Mie & Tok Ma.

antara juadah breakfast kami. Temosa a.k.a karipap inti ikan

kucing kesayangan tok mie & tok ma. Aufa dah tak takut nak pegang 'cat'.


santai



Selasa
Bertolak balik ke KL


review CD Aufa



Koleksi CD Aufa dah bertambah, menjadi 14 keping. Jadi, aku kene bertambah rajin seiring dengan pertambahan CD Aufa ini. Aku basuh CD Aufa 2 hari sekali. Kalau tetiba aura rajin wujud dalam tubuh aku, aku akan basuh CD setiap hari. ;p

Sehari, Aufa akan pakai dalam 5-6 kpg CD. Aku suke letak double insert dia.
Tahan lame sikit. Kdg2 Aufa ni kaki banyak kencing jugak. (1 insert = 3-4jam. 2 insert 4-8 jam)
Seminggu dua nih aku dah pun fully CD kt Aufa. Mybe masa travel je pakai DD.

Aku bekalkan dekat pengasuh 6 keping CD setiap hari. Sebab masa guna DD, aku bekalkan 5 keping. Kelima-lima pengasuh pakai. Agaknya laah. atau pun dia buat stok simpan kt umah dia. Tapi bila fully CD, CD yang terpakai hanya 3-4 CD shj. dimanakah DD yg lebihan itu??


Jadinya.. Sehari.dirumah pengasuh. kalau ikut calculation aku. Tapi biasanya tak semua CD digunakan.

Jam 8-10pagi : 1 CD

Jam 10-12 tghr : 1 CD

Jam 12-2ptg : 1 CD

Jam 2-4 ptg : 1 CD

Jam 4-6 ptg : 1 CD


Balik kerja

Jam 8 atau 9 mlm - 12 tghmlm : 1CD

Jam 12 tghmlm - 6 pagi : 1CD

(biase nye aku tukarkan sekali je CD Aufa masa aku bangun buatkan susu dia)

sekian review CD Aufa.

p/s : Mungkin kena tambah koleksi lagi, memandangkan adik Aufa akn lahir awal mei ini.

geraham sulung

muke budak demam


Aufa demam..
Sepanjang minggu lepas, dia asik demam je.
(sibbaik mase CNY x demam-sebab kami travel KL-K.Pilah-Pekan)
Mybe dia selesema + batuk..
kami sekeluarga pun selesema & batuk..
ummi & ayah jangkit dengan Aufa sebenarnye..
Hampir seminggu.. ummi berubatkan Aufa..
kes tangguh g klinik..(beri paracetamol & basahkan kepala je)
Aufa pun, kejap OK, kejap demam balik..
ye lahh.. berbekalkan ubat2 yg tersedia kt umah tuh.
Bila paracetamol hampir habis, baru lahh nk g klinik..
G klinik jumaat hari tuh..lepas opis hour.dlm pukul 5 lebey.

Tengahari balik umah, dlm pkul 12 gitu. Pukul 3 lebih, kuar dari umah.
(lewat masuk ofis, alasan anak demam.. ;p)
bawak Aufa g opis..
Biasa laa org demam.mood x baik.Semua kwn2 ummi kena marah dgn Aufa. ish..ish..
Aufa kt opis ummi

Jmpe paed kt annur.
Dr. tuh tanye, ni yg benjol hari tuh kan??
(Aufa jatuh & mengalami keretakan tengkorak luar masa dia mula2 dpt kaki dulu.Sedih!)

benjol. cepat2 la g klinik klu kepala baby benjol.



Dr bagi 4 jenis ubat.
paracetamol
ubat selesema
ubat batuk
antibiotik

tapi, bila bg ubat2 tu, Aufa cirit-birit pulak.
So, stop bg ubat.
Lgpun Aufa dh tak demam.

Punyer lah susah nk bg Aufa ubat.
Dulu2 senang je..sebab dia x pandai nak luih.
Sekarang, dh menyembur2 bila ubat masuk mulut.
1st time bagi..abis dimuntahkan semua ubat2 tuh..
penat je ummi berhempas pulas & bertahan tendangan Aufa kt 'adik' dia dlm perut ummi.

Masa bagi ubat itu lah, baru aku ternampak geraham sulung dia..
belah kiri atas..
comel je.teringat plak My Milk Toof cerita pasal gigi geraham yg chomellll.
Lepas nih,
makin susah laa aku nk jaga gigi dia.
Gigi depan pun tak tergosok oleh aku.
Gusi dia pun dh nampak bengkak..
Tunggguuu..kemunculan geraham2 yg seterusnya..

12 February 2010

sok nak g jogging!!

Hari ni Jumaat. Spt biase aku akan tanye hubby ape plan ujung minggu... katenye xde ape2..cume, ahad kami sekeluarga akan g Bahau. Ade kenduri kawin & petang ahad atau isnin pagi.. bertolak ke Pekan. Ber C-N-Y kat Pekan.. huhuuu... sonokkk... balik kampung lagiii... ;p

Esok, aku brcadang nk 'berdating' dgn kwn baik aku.jogging kat taman. Aku x jogging laa.. jln2 je. walau pun aku keje satu kwsn dgn umah dia, tp, tak pernah jarang g umah dia. Last berjumpa masa bulan oktober thn lepas.. kitorang lunch kt Manhattan, Alamanda.

Huhu..xsbr nk tunggu esokkk!!

09 February 2010

nak beli ke tidak???

aku ni dah lame terfikir nak memiliki breastpump electric yang boleh buat double pumping. Supaya jimat masa (terutama pump masa kerja) & dengan harapan aku lebih rajin megepam untuk buat stok.

Breast Pump yg aku ade jenis Avent Manual. Aku beli yang ni pun sebab masa aku peknenkan Aufa, aku tengok kwn seopis aku duk mengepam dengan gigihnya guna BP jenis ni. Dia selalu cakap pasal kelebihan pump ni. Anak dia minum susu ibu shj sampai setahun (klu tak silap aku laa).

Aku beli set BP ni dgn hrga RM309.00 (20% off). Dekat Sogo. Tunggu JCard Day,utk dpt voucher tunai , lambat sgt time tuh. Beli sebelum Aufa lahir. Alhamdulillah, sgt berjasa BP ni. Aku menyusukan Aufa secara eksklusif selama 6 bulan.. Start 6 bulan itu aku terpaksa campur dgn FM sebab susu badan mula dan terlalu merudum. Klau biasa dpt pump 6 botol sehari (4ozX6), tapi time tu, seingat aku 3 botol je. Sebelum umur Aufa masuk 6 bulan, dah ada tanda2 kurang susu ingatkan aku preknen, tp x pun cuma period lambat..hehehe.

Setiap tengahari (lunch hour) aku balik umah antar susu. Punyelah tak nak campur FM sebelum usia Aufa 6 bulan. Tapi agak letih sebab kadang2 aku macam tak sempat nk balik tengahari. FM pertama Aufa, Isomil. OK je dia minum...xde sakit perut. Tapi aku terpaksa tukar susu lain selepas tu sebab Isomil susah nak dapat. kt JJ xde. Carik susu lain, brand yg ade kt JJ. Sampai laa sekarang dah kali keempat aku tukar susu Aufa (ikut umo dia). Xde masalah. Cuma masa peralihan susu step 2, brand *****C, Aufa berak keras. Xsesuai.

Sekarang Aufa x menyusu badan lagi, sejak kandungan aku 3 bulan. Tp, kadang2 aku saje bg dia nenen..sebab xmau dia lupe nenen.Aku bercadang nak tandem nursing bila adik Aufa dah lahir nanti. Seronoknyee klu dapat menyusukan 2 orang anak sekali gus. Tak de laa membazir susu aku time aku pantang nnt.Sebab masa berpantang Aufa, aku byk buang susu. Kenape x simpan buat stokk???

Aku berazam nak mula simpan stok susu dlm pantang kali ni..insyaallah!!


Oh ye, pasal BP yg aku konpius nak beli ke tidak ni, ialah BP electric yg double pumping. Aku dah servey beberapa BP. Yg agak berminat ialah Spectra 3 & Ameda Purely Your. Hmmm...harga masing2 pun boleh tahan jugak. Masih dalam pertimbangan....


Fikir..


Fikir..


Adakah sebab aku nak beli double pump ni sebab tak yakin dengan pump yg aku ade?? Huhuu..


BP kesayangan aku yg banyak berjasa.

07 February 2010

Hujung Januari 2009

Selamat Pengantin Baru kepada Izzul & Emy.
Semoga Berbahagia & Hidup diberkati ilahi selamanya.



Bersama Izzul & Pasangannya. 30 Jan 2010




Bersama Emy... (pasangan dia tak sampai lagi time nih)...
(31 Jan 2010)
.

03 February 2010

Perut oh Perut

Perut ohhh perut...
mengapa engkau buncit??!!

hahaha... perutku yg semakin memboyot..
bagi aku laaa... klu org lain tengok, diorang ckp aku 3-4 bulan pegnen.
Tapi kali ni aku rase kndungan aku ni besar sikit dari Aufa.
Sebab baju2 mase aku mengandungkan Aufa sewaktu usia Aufa 8-9 bulan dlm kandungan, agak sempit.

Tadi aku g cek-up.
Cek perut.
Berat aku dah mencecah 52kg.
Aku buat MGTT jugak tadi.
Minum gule!!
eeeee... hrp xde dah nk minum gule lagi pas nih.
Sepatutnye, aku buat MGTT minggu depan (minggu ke 28)
Tapi, saje try tanye nurse tu kot2 boleh buat minggu ni(minggu 27).
(semalam dah siap-siap 'puasa')
Next week xyah aku dtg klinik lagi..Serabut!!!
Lepas nih kene melawat klinik setiap 2 minggu..
Wahhh.. cepatnye usia kandungan dah masuk 7 bulan.

Masa cek tadi, aku tunggu, lame jugak laa..
Hingga adik Aufa yg dlm perut ni pun, tau boring.
Asik gerak2 je.kuat lak tuh..
(aku cover dgn beg, malu klu org tengok perut aku gerak2..hihiiii)
Bila dah masuk bilik pemeriksaan, nurse nak cek degupan jantung dia.
Punye lah susah nak detect. Tapi baby gerak2.Memang terasa. Nurse tu pun cakap, gerak kuat.
Aku rase adik Aufa nih, pemalu orangnyer. Mesti dia tekapkan tangan atau kaki dia kt dada dia. sebab tuh susah nak detect heart beat dia.

Minggu lepas g buat scan perut, susah benor nak tengok muke dia.
Asik tutup muka dengan kaki & tangan dia.
Tapi dapat jugak tengok muke dia...Choomelll.. macam muke Aufa.
(ye lahh, setiap hari pun duk main dgn Aufa je)

ni masa g wat ultrasound peyut. adik aufa siap nganga mulut lagi.


Tahun nih ramai perut2 yang memboyot.
Sebab mereka akan melahirkan anak dlm tahun ni jugak!! Seronokk aku.
Tahniah kepada Ainaa.. adik aku.
Tahniah kepada Nana.. adik ipar aku.
Tahniah kepada kak linda..mak sedara aku
Tahniah kepada Ema.. Sepupu aku.- setelah 6 thn menunggu-
Tahniah kepada kawan2 aku
- batch SPP1 - Hana,K.shue,Yushairi (diorang ni anak ke-2 semua). Faizal-baru je lahir anak dia, bulan lepas.
- kwn se-opis - kak Da( sama due date) & Kak Mas

Ramai geng thn nie! haha..
Aku bercita-cita jika diizinkan Allah untuk boyot sekali lagi sebelum/pada umur aku 30 thn..;p.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...