09 February 2010

nak beli ke tidak???

aku ni dah lame terfikir nak memiliki breastpump electric yang boleh buat double pumping. Supaya jimat masa (terutama pump masa kerja) & dengan harapan aku lebih rajin megepam untuk buat stok.

Breast Pump yg aku ade jenis Avent Manual. Aku beli yang ni pun sebab masa aku peknenkan Aufa, aku tengok kwn seopis aku duk mengepam dengan gigihnya guna BP jenis ni. Dia selalu cakap pasal kelebihan pump ni. Anak dia minum susu ibu shj sampai setahun (klu tak silap aku laa).

Aku beli set BP ni dgn hrga RM309.00 (20% off). Dekat Sogo. Tunggu JCard Day,utk dpt voucher tunai , lambat sgt time tuh. Beli sebelum Aufa lahir. Alhamdulillah, sgt berjasa BP ni. Aku menyusukan Aufa secara eksklusif selama 6 bulan.. Start 6 bulan itu aku terpaksa campur dgn FM sebab susu badan mula dan terlalu merudum. Klau biasa dpt pump 6 botol sehari (4ozX6), tapi time tu, seingat aku 3 botol je. Sebelum umur Aufa masuk 6 bulan, dah ada tanda2 kurang susu ingatkan aku preknen, tp x pun cuma period lambat..hehehe.

Setiap tengahari (lunch hour) aku balik umah antar susu. Punyelah tak nak campur FM sebelum usia Aufa 6 bulan. Tapi agak letih sebab kadang2 aku macam tak sempat nk balik tengahari. FM pertama Aufa, Isomil. OK je dia minum...xde sakit perut. Tapi aku terpaksa tukar susu lain selepas tu sebab Isomil susah nak dapat. kt JJ xde. Carik susu lain, brand yg ade kt JJ. Sampai laa sekarang dah kali keempat aku tukar susu Aufa (ikut umo dia). Xde masalah. Cuma masa peralihan susu step 2, brand *****C, Aufa berak keras. Xsesuai.

Sekarang Aufa x menyusu badan lagi, sejak kandungan aku 3 bulan. Tp, kadang2 aku saje bg dia nenen..sebab xmau dia lupe nenen.Aku bercadang nak tandem nursing bila adik Aufa dah lahir nanti. Seronoknyee klu dapat menyusukan 2 orang anak sekali gus. Tak de laa membazir susu aku time aku pantang nnt.Sebab masa berpantang Aufa, aku byk buang susu. Kenape x simpan buat stokk???

Aku berazam nak mula simpan stok susu dlm pantang kali ni..insyaallah!!


Oh ye, pasal BP yg aku konpius nak beli ke tidak ni, ialah BP electric yg double pumping. Aku dah servey beberapa BP. Yg agak berminat ialah Spectra 3 & Ameda Purely Your. Hmmm...harga masing2 pun boleh tahan jugak. Masih dalam pertimbangan....


Fikir..


Fikir..


Adakah sebab aku nak beli double pump ni sebab tak yakin dengan pump yg aku ade?? Huhuu..


BP kesayangan aku yg banyak berjasa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...