27 April 2010

Aufa & Aisyah





Ni Aufa masa baru lahir




Ni pulak Aisyah..

Saayang Aisyah


"MMMmmuahhh...Ssaayang Aisyah", kata Aufa. Aufa x pelat langsung menyebut nama Aisyah.

Aufa xjemu mencium adiknya, Aisyah Humaira.. yang telah lahir pada 18/04/2010 jam 5.51 pagi. Aisyah lahir pada usia dalam kandungan 38 minggu. xsangka pulak Aisyah nk kuar awal. Bagus jugak. dpt lah ummi jumpa anak2 ummi secepat mungkin. Nampaknya Aufa xcemburu dengan adik dia. Cuma dia akan 'marah' kalau ada org lain yg dukung adiknya. Sekarang ni Ummi  kene belajar 'manage' dua2 puteri nih... Memang mencabar, kalau tiada siapa yg bantu. Lebih2 lagi Aufa yang tengah lasak tuh. 


11 April 2010

Hijrah

Hijrah Nabi dari Mekah Ke Madinah


Sudah seminggu aku tinggal & bekerja ditempat baru. Berhijrah dari Bangi ke Kelang. Hijrah supaya kehidupan menjadi baik kepada yang lebih baik. Secara keseluruhannya, OK.Kalau tak OK, kene OK jugak sebab aku akan lama tinggal disini. Senang citer, jadi org sini lah. Tempat aku tinggal ialah kwsn org2 melayu. Orang kampung yang dh moden. Selamba je diorang ni bwk moto x pakai helmet. Ngeri jugak aku tgk diorang. Kalau tmpat tinggal aku ni setaraf macam kat kmpung aku kt Phg tu, aku tak heran, sebab kenderaan x byk. Kwsn agak padat, aku tinggal kt apartment 3 bilik. tingkat 1. Mybe 2-3 bulan lagi aku pindah ke tingkat 2, sebab aku beli umah tuh. Buat sementara ni, tinggal la dulu kat umah bertangga. Lepas nih ade rezeki, aku beli landed hause pulak. X larat nak mendaki tangga bila dh berumur...dan lagi satu, aku suke jugak bercucuk tanam..klu rumah bertanah, boley laa aku tanam cili ke, sawi ke, kunyit ke.. & mungkin boleh bela kucing.. hehehe..
Facilities kt kwsn umah aku, mcm skolah, msjid, klinik, kedai2.. senang. Memang ade. Sekolah2 pun byk. Tp, jusco shopping compleks, jauh sikit..tak pe, jimat duit aku. Kalau tak masa aku kt bangi dulu, tiap2 hari g supermaket. Xde brg nk beli pun, boleh jadi ade brg yg kene beli.. huhuu...
Psl tmpt keje pulak...
Aku ni dh biase pindah2 tmpat keje.Tak de masalah nk sesuaikn diri dgn tmpt baru. since aku mula2 keje lps grad dulu pun byk kali kene pindah opis. Tp, setakat area2 Daerah Hulu Langat aje la. Ni yg paling jauh. Area Pelabuhan Klang. Org2 kt opis ni pun musykil, kenapa mintak tukar sni? Mereka tanya, aku asal sini ke? Husband org sini ke? Padahal opis lame aku kt Bangi tu lebih baik.. Lebih best.. Iye.. x aku nafikan, mmg best kt Bangi. Tp, aku memikirkan masa depan aku. Famili aku. & kehidupan aku. Cara bekerja, sama je. Tmpt je berbeza. Sekarang jarak tmpt keje aku tak sampai 10KM. Jalan x jem. Cuma hubby aku laa, jem sikit. Tp lebih OK disini. Tempat keje kami tak laa sejauh masa kami tinggal di tempat lama. Boleh jimat kos. Rumah pun dh beli kat sini. Ntah2 mak mertua aku pun tak lama lagi nk jadi org sini jugak memandangkan dia ada beli tanah kt sini. Bagus jugak, at least ade famili disini.
Aku harap hijrah ku kali ini akan memberi kehidupan ku lebih bermakna & dilimpahi rahmat ilahi.

08 April 2010

mode=happy


Aku happy jika orang2 di sekelilingku happy..
Lagi gembira & bahagia jika orang2 tersayang gembira..
itu lah perasaan aku kala ini.
salah satu nya ialah bila Aufa di kampung..
(tetapi hakikatnya, aku sedih terpaksa berpisah sementara dgn Aufa)
mak & abah gembira sebab di beri peluang jaga cucunya yg sorang itu.
Walaupun abah kurang sihat, tp dia gembira & bercerita pasal cucunya itu.

Jadi aku boleh dikatakan rela jika berjauhan dgn anak aku. Janji anak aku gembira dan mendapat sepenuh kasih sayang lebih2 lagi dari mak & abah aku & mak abah aku juga gembira (kalau anak aku menyukarkan & menyusahkan mereka, baik aku jaga sndiri).
Mak aku, selalu 'berangan' nk jaga Aufa bila dia dh pencen nanti. Katanya, senang nak sekolah.. dekat.. Smart Reader pun sebelah umah je. kalau nk tuisyen & belaja ngaji, semuanya tersedia di sekeliling rumah.
Kesimpulannya disini ialah, aku gembira kerana dapat mengembirakan hati kedua orang tua ku dengan kehadiran cucu mereka di kampung kala ini.

oohhh sudah khamis rupanya


Aku ingat hari ni hari rabu..bila sampai ofis tengok orang pakai baju batik. check kalendar... sah dah kamis. yey!... biar cepat masa berlalu..

alamak... baju2 baby belum dibasuh.. beg utk angkut ke hospital pun aku belum lengkap lagi.. ujung minggu ni aku akan prepare habis-habisan. ye lah.. lagi 3 minggu aku akan bersalin..( mak aku cakap, aku akan bersalin awal sebab perut dh macam turun sikit..)


Aufa dh hmpir seminggu tinggal di pekan...

Nmpaknya dia semakin boleh menyesuaikan diri tanpa ummi & ayah.

Setiap pagi, tghri, ptg & malam, aku akan tepon abah aku..nk tau ape yg dia buat spanjang hari.

video call, vioce call, MMS, membuatkan aku tak terasa terlalu rindu sgt dgn si kenit.
Aku rase, Aufa pun begitu.. sebab...
Aufa akan menyuruh tok mienya telefon ummi kalau dia tetiba teringat ummi. Tok mie juga terpaksa mainkan rakaman video kt hp. Rakaman pesanan ummi & ayah kpd Aufa.

kalau call Aufa, x boleh cakap 'bye-bye'..sebab nnt dia nangis. Bg salam pun x boleh.. last2 aku ckp 'OK...OK..' & suruh abah aku tutup tepon.
(dlm rakaman pesanan, kitorang x ckp bye2 pun)

Paling seronok si Aufa ni, boleh kata setiap hari g playground @ 'taman-taman' (perkataan yg digunakan oleh adik aku masa dia kecik).. Aufa dh pandai cakap nk 'buai'..iaitu main buaian kt playground tuh.


Aktiviti Aufa memang padat.. ni adalah rutin Aufa spjg minngu ni.

Pagi

- antar tok ma g keje.

- singgah playground

- kdg2 g brekfast kt gerai


Tghri

- duk umah je..

- main2 dgn mak ngah & tok mie nya

- tido ( skrg dh tau nk dengar nasyid sblm tdo)


Ptg

- g amik tok ma balik keje..

-kdg2 singgah playground sekali lagi.


Mlm

- Main2 & tido.


Aufa, ummi rindu Aufa!!! ;(

06 April 2010

Hidup Tanpa Aufa Disisi


Hari kedua tanpa Aufa.. (hari kedua bekerja di opis baru juga)
Memang rindu... sangat rindu..
Nasib baik teknologi sekarang, serba sedikit boleh mengubati penyakit rindu ini.
Kalau ikutkan aku setiap waktu aku nk telefon utk mengetahui apa yg Aufa buat di kampung.
Semalam, aku g cek up.. aku dh 36 minggu. lps balik cek up, menyinggah rumah kawan, sue. Roomet masa bujang2 dolu. Anak dia Shahrul Darwisy (3 bulan ++) Lepak2 rumah dia sampai pukul 6 lebey.. (klu balik rumah awal pun, Aufa xde..huhuuu)

Sampai umah, 8.40pm... aku sesat nk balik umah sendiri.. adooi.. itu lah kelemahan aku, payah sungguh nk ingat jalan.

Malam, biasa nya aku akan terjaga 2-3 kali.. bagi susu kat Aufa.
Bila Aufa dh xde, aku tetap terjaga 2-3 kali& susah pulak nk tdo semula.

Abah & adik aku cerita,
"mmmi..mmmmi..", kata Aufa. Dia carik aku malam2 kt bilik depan (rumah mak aku kt kmpung) malam pertama je carik aku kt bilik depan..
malam kedua (semalam) nangis sikit2 je bila teringat aku.
Tok ma dia pesan dgn Aufa, kalau ingat ummi, jgn nangis, ingat aje, tak yah nangis.

Apesal Aufa sangat 'anti' dengan tok ma nya??
Dia marah sgt dgn tok ma dia.
Aku rase masa aku tinggalkan dia, tok ma dia yg dukung dia.. melalak macam ape, masa aku serahkan dia kt tok ma nya... sedih pulak aku..
cepat2 aku pergi..

Aufa nk berkepit (jadi bayang-bayang) dengan tok mie aje..
Ape2 tok mie..
makan dengan tok mie..
tdo dgn tok mie,
pakai baju dgn tok mie.
Mandi & yak2 je dgn tok ma..(itu pun nangis2)
Dia panggil tok mie nya 'Abah'..
ikut adik aku laa tu panggil abah...
macam kene tukar je 'tok mie' jadi 'tok abah'..hahaha.
Aufa xpandai sebut 2 suku kata..
kalau kita suro dia sebut 'tok mie' dia akan sebut 'atok' atau 'mie' atau 'tok-miau'..
(atok & miau digabungkan sekali ,hahahaa)


p/s: lambat nye masa berlalu..;(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...