08 April 2010

oohhh sudah khamis rupanya


Aku ingat hari ni hari rabu..bila sampai ofis tengok orang pakai baju batik. check kalendar... sah dah kamis. yey!... biar cepat masa berlalu..

alamak... baju2 baby belum dibasuh.. beg utk angkut ke hospital pun aku belum lengkap lagi.. ujung minggu ni aku akan prepare habis-habisan. ye lah.. lagi 3 minggu aku akan bersalin..( mak aku cakap, aku akan bersalin awal sebab perut dh macam turun sikit..)


Aufa dh hmpir seminggu tinggal di pekan...

Nmpaknya dia semakin boleh menyesuaikan diri tanpa ummi & ayah.

Setiap pagi, tghri, ptg & malam, aku akan tepon abah aku..nk tau ape yg dia buat spanjang hari.

video call, vioce call, MMS, membuatkan aku tak terasa terlalu rindu sgt dgn si kenit.
Aku rase, Aufa pun begitu.. sebab...
Aufa akan menyuruh tok mienya telefon ummi kalau dia tetiba teringat ummi. Tok mie juga terpaksa mainkan rakaman video kt hp. Rakaman pesanan ummi & ayah kpd Aufa.

kalau call Aufa, x boleh cakap 'bye-bye'..sebab nnt dia nangis. Bg salam pun x boleh.. last2 aku ckp 'OK...OK..' & suruh abah aku tutup tepon.
(dlm rakaman pesanan, kitorang x ckp bye2 pun)

Paling seronok si Aufa ni, boleh kata setiap hari g playground @ 'taman-taman' (perkataan yg digunakan oleh adik aku masa dia kecik).. Aufa dh pandai cakap nk 'buai'..iaitu main buaian kt playground tuh.


Aktiviti Aufa memang padat.. ni adalah rutin Aufa spjg minngu ni.

Pagi

- antar tok ma g keje.

- singgah playground

- kdg2 g brekfast kt gerai


Tghri

- duk umah je..

- main2 dgn mak ngah & tok mie nya

- tido ( skrg dh tau nk dengar nasyid sblm tdo)


Ptg

- g amik tok ma balik keje..

-kdg2 singgah playground sekali lagi.


Mlm

- Main2 & tido.


Aufa, ummi rindu Aufa!!! ;(

1 comment:

  1. ibuNana: tacing la kak.. rindu aufa.. tp smpai sudah xnak kat ibuNana.. walhal ibuNanakan comel walau garang sikit. hikhikhik

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...