31 October 2010

kalau hendak, seribu daya..

kalau tak nak?? seribu dalih...
begitulah...
macaam2 alasan klu tak nak buat sesuatu.. termasukk lah menyusukan anak..
(ish asik pasal breastfeeding je skg ni...)


ni nak aku coretkan pengalaman aku yang tertinggal pam susu kat kampung, masa bulan puasa lepas.. adoii... dh masuk highway time tu..baru teringat. Nak patah balik?? malaas je..lgpun masa tu seminggu sebelum raya..minggu depannye nak balik lagi, sebab tu kitorang tak patah balik.


Aku berkira-kira, ada 3 hari aku bekerja. So, 3 hari lah aku terpaksa pam dengan tangan. Tak pun tengahari balik jap menyusukan Aisyah.. tapi apa yg aku buat, aku balik umah, pam guna tangan.. hasilnyaaa....





tadah guna jug




dua punjut.. dlm 9 0z.


kesimpulannya , tiada yang mustahil.. kalau kita nak kita boleh usaha & insyaallah dapat.

29 October 2010

setia pada yang satu


sayang sgt aku kat dia ni..


aku sgt suke dgn cara dia..


dh dua thn lebih aku memiliki dia..


dia adalah breastpump AVENT ku..




walaupun manual, tp, hasilnyer sungguh puas hati..





tengok!!!

dh penuh peti sejuk ku..
dulu pernah jugak nak cari yang lain..
lupakan lah..
aku setia pada breastpump Avent ku yg satu ini setakat ini..hihii
;p



25 October 2010

kekasih awal dan akhir



hehe.. xde kaitan pun dengan kekasih awal & akhir dlm entry ku kali ni..cume yg nak kukatakan ialah susu awal dan susu akhir.. pe dia tu??


susu ibu ada dua jenis iaitu foremilk( susu awal ) dan hindmilk (susu akhir).. Hindmilk adalah lebih mengenyangkan bayi kerana ia adalah susu yg pekat yg lebih byk zat. Susu foremilk adalah susu awal2 (perahan/hisapan)..


bayi yg minum susu badan, digalakkan menyusu breast sebelah demi sebelah. Cth, klu kanan, bg dia menyusu sampai puas (sampai kosong breast) & try offer breast satu lagi, klu dia xnak, maknanya dia kenyang lah tu. & bila next session, susui lah baby dgn brast yg sebelah lagi.. baru lah seimbang.. (kalau aku, bila breast dh penuh dua2, anak nenen sebelah je, harusss sebelah lagi aku pam & simpan buat stok)



biasanya satu sesi boleh dpt macam ni utk dua2 breast.



Penah tak dengar org kate susu belah kanan nasik, susu belah kiri air. maka berilah anak susu yg 'nasik' itu supaya anak kenyang..

hah, xde maknanya sume tuh..


Susu badan ni, sama je.. kiri ke, kanan ke.. cuma yg beza.. awal & akhir.. teori aku, susu yang mula2 tuh air & susu yg akhir tu nasik..;p

teringat, masa aku berpantang Aisyah, selalu bg susu akhir yg pekat itu.. susu awal bg kat Aufa.. hehe



pipi budak dobot..hasil dari minum susu akhir


sedikit info psl susu : http://susuibu.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=6537&forum=6&post_id=209723#forumpost209723






walaubagaimanapun, kekasih awal & akhirku ialah suami & anak2 ku.... ;)

i love u





20 October 2010

20 10 2010 ~ Fadhilatul Aufa turn 2~


satu tarikh yang cantik tahun nie
20-10-2010

Selamat Hari Lahir sayang ummi, Aufa.
Aufa dh umo 2 tahun.
Dah besyar anak dara ummi ni.
Semoga sayang ummi ni membesar dengan sihat & sempurna.
Ummi doakan Aufa diberi keberkatan oleh Allah s.w.t.Ummi sayang sangat2 Aufa.




"aaayaaang mmi"

19 October 2010

susuilah anakmu

" mmi, mmi, nak susu ", kata Aufa di suatu ketika.
" mana botol? pegi cari botol dulu", kata ummi pulak.

Hehe.. saje je nak melengahkan buat susu Aufa. Bukan ape, Aufa ni kuat sgt menyusu. Kdg2 baru je buat, lepas main2.. dh nk susu lagi, tak larat jugak aku nk buat susu. bukan tak larat, penyakit M, dh merebak dlm diri. Aufa sejak umo dia nak masuk setahun, dia minum susu 1Kg, 1 minggu. Tu pun skg aku terpaksa rajin masak macam2, nk bagi dia makan. Klu menu sama stp hari, tak nak si Aufa ni makan. Klu tak makan, ape lagi, asik mintak susu je lah. Abah aku cerita, masa aku kecik2 dulu pun kuat minum susu.. nasik tak mau makan. Masa tu nenek aku yg jaga. Kata abah aku, aku minum susu 13 botol dari pagi sampai petang (sampai abah&mak aku balik kerja).. 1 botol dlm 8oz gitu.. 13 X 8 = 104 oz.. malam tak kira lagi tuh.. Seingat aku, ade mak aku cerita jampi beras, supaya aku makan nasik..hihiii.. x de makna nyer. Nenek aku bg minum kt aku air beras (air yg diambil ketika menanak nasi.. Sedap! yg ni aku igt, sebab selalu jugak mintak nenek buat kan.

Berbalik kisah Aufa yg mintak susu.. Aufa akn bagi botol dia klu dia nk susu..itu pun klu jmpe cari. Klu tak de, meraung2 laaa dia mintak susu.. sian pulak!

Klu aku buat susu, Aufa akn ikut sekali aku kedapur. Malam2 atau pagi2 bute, sanggup dia bangun temankan aku kedapur. Menolong ape yg patut. Kdg2 aku saje bg penutup botol, mintak tolong dia pegang jap.. itu pun Aufa sgt laa suke hati, dpt berbakti. ;p. Sambil2 buat susu, aku borak2 la dgn dia. Kdg2 belajar mengeja..

umi eja, "s-u, su.. s-u, su.." aufa ckp, "susu.."

umi eja, "a-yam.." aufa ckp, "ayam.."

umi eja, "a- dik " aufa ckp, "adik.."

umi eja, "u-mi" aufa ckp, "mmi"

~penat melayan cakap dgn Aufa.. aktiviti mengeja ni baru je, dlm seminggu ni.

sambung cerita buat susu...

masa aku tgh buat susu Aufa, aku terfikir, senangnyer klu Aufa nenen je. Tak yah laa g basuh botol,bancuh susu.. Mcm Aisyah. Tp, esok2.. Mybe Aisyah pun kena buat susu utk dia jugak.. Jadi pada fikiran aku pada masa tu, aku akan cuba susukan Aisyah selama mungkin.. sebab nnt dh tak de peluang nk susu kan Aisyah dgn susu badan. Mcm Aufa, pegang nenen umi pun dia geli. ooohh.. nnt rindu nak susukan anak dengan susu badan... Biarlah berkorban sikit demi anak2 utk beri susu sendiri.

Aku mengingatkan kepada semua ibu2 lebih2 lagi kepada diriku sendiri, susuilah anak2 selagi dia mahu..kerana jika anak2 itu hidup denganmu selama 20-30 tahun, hanya setahun-dua shj yg kamu boleh berdakapan menyusuinya...


closed to 'heart'





berkerut2 Aisyah 'gigit' nenen umi
~sibbaik xde gigi

18 October 2010

6 bulan pertama yang sangat PENTING





18/10/2010
Aisyah dh umo 6 bulan.. waahh..cepat nyer masa berlalu..rasanya baru je melahirkan Aisyah.. Rasa macam Aisyah masih 'terlalu baby' lagi.. Makin hari, aku makin rindu dgn anak2 ayah dia lagilah..hehe.. mereka pula makin hari makin membesar.. & tak lama lagi, bersekolah
(sekolah tadika,rendah,menegah, masuk U, kawin... akhirnya aku tinggal berdua dgn hubby~bila dh tua nnt..insyaallah klu umo pjg...masa ni agaknya... lagiiii lah rindu ummi kt anak2!!) ~teremo pulak tghri2 nih..

nk cerita psl 6 bulan si Aisyah ni..

secara rasminya, ummi berjaya susu kan Aisyah exclusively wif breastmilk.. 6 bulan pertama telah kulalui dgn bermacam dugaan..memerah susu~rezeki anak utk membesar. Stok susu, Alhamdulillah.. masih boleh bertahan mybe utk 3 bulan.. minggu ni Aisyah akan minum susu tarikh akhir Julai 2010.. tgh2 minggu ni atau minggu depan Aisyah akan minum susu Ogos 2010 pulak.

Aisyah akan ku perkenalkan solid food tak lama lagi.. igt nk amik cuti, 1st time nk bg mkn kt Aisyah.. Bkn skg laa.. next month atau bila Aisyah dh boleh meniarap sendiri.. Aisyah sbnrnye dh boleh meniarap, tp, dgn bantuan laa.. dia dh boleh mengiring & hampir terniarap..tp, masih tak lepas, sbb dia tak pandai nk alihkan tgn dia, so dia akn nangis sbb tgn kt bwh bdn dia. ish2..cube lagi nak yer..

ni ade artikel yg aku jmpe kt kellymom..

Signs that indicate baby is developmentally ready for solids include:

  • Baby can sit up well without support.~kalau tunggu Aisyah duduk dulu OK tak??
  • Baby has lost the tongue-thrust reflex and does not automatically push solids out of his mouth with his tongue.
  • Baby is ready and willing to chew.
  • Baby is developing a “pincer” grasp, where he picks up food or other objects between thumb and forefinger. Using the fingers and scraping the food into the palm of the hand (palmar grasp) does not substitute for pincer grasp development.
  • Baby is eager to participate in mealtime and may try to grab food and put it in his mouth.

There are a number of things you can do to let baby participate in mealtimes without starting solids:

  • Let baby sit with the family at mealtime - in a lap, booster seat or high chair.(~ni selalu buat)
  • Give baby a cup of water or expressed milk. Your baby can entertain himself at mealtime while learning to use a cup. 1-3 ounces of water in the cup should be plenty (often for the entire day). Many moms choose to use only water or a small amount of breastmilk to avoid wasting the "liquid gold" while baby learns to use the cup.
  • Offer baby sips of water from your cup or straw. Even if baby hasn't figured out how to use a straw yet, you can put your straw in water, block the top end of the straw with your finger to trap a little water in the straw, then let baby drink the water from the lower end of the straw (unblock the top end once it's in baby's mouth).
  • Offer baby spoons, cups, bowls and other baby-safe eating utensils to play with during mealtime.
  • Give baby an ice cube (if it's a baby-safe size & shape) or ice chips to play with.
  • Offer baby a momsicle (popsicle made from breastmilk) or slushy frozen breastmilk to eat with a spoon.




WHY DELAY SOLID?

Delaying solids gives baby greater protection from illness.

Delaying solids gives baby's digestive system time to mature.

If solids are started before a baby's system is ready to handle them, they are poorly digested and may cause unpleasant reactions (digestive upset, gas, constipation, etc.). Protein digestion is incomplete in infancy. Gastric acid and pepsin are secreted at birth and increase toward adult values over the following 3 to 4 months. The pancreatic enzyme amylase does not reach adequate levels for digestion of starches until around 6 months, and carbohydrate enzymes such as maltase, isomaltase, and sucrase do not reach adult levels until around 7 months. Young infants also have low levels of lipase and bile salts, so fat digestion does not reach adult levels until 6-9 months.



Delaying solids decreases the risk of food allergies.






Delaying solids helps to protect baby from iron-deficiency anemia


Delaying solids helps to protect baby from future obesity.


Delaying solids helps mom to maintain her milk supply.


Delaying solids helps to space babies.


Delaying solids makes starting solids easier.






12 October 2010

Oktober yang Istimewa


...aku di Penang ketika ini.. sekarang hmpir pukul 12 tghri.. anak2 dh tido.. biase laa tghri bute, time tido budak2 tuh.. jd sempat laa aku update blog aku nih. Aku ikut hasben outstation.. kali kedua aku g penang dgn 2 puteriku. Dulu time aku dlm meternity leave..masa tu Aisyah umo 2 bulan, sekrang Aisyah dh 5 bulan lebih. aku & anak2 peneman hasben yg bekerja.. syok jgk sekali sekala bejalan2. ptg nnt nk g mane ek? Kali ni stay kt Summit Hotel. Atas hotel, bwh shopping complex.. Mmg ade hati nk g jln2 cuci mata kt bawah, tp, aku rase mcm xkonfiden nk bwk 2 org budak2 ni sorang2..jd, tggu laa ayah dia balik dlm kul 2 nnt.

Oktober kali ni byk peristiwa berlaku...
yg paling special ialah Aufa akan berumur 2 tahun pada 20hb ni..


Book Pillow.. hadiah ummi kpd Aufa sempena birthday ke -2.



Lagi, 2 orang anak buah lahir dlm masa selang seminggu. Nurul Sufiana
dan Taqwa Hana.

Thn depan boleh buat bestday party besar-besaran sbb ramai yg sambut birthday bulan oktober. yang paling penting, ulang tahun opung nya..haha.. Opung, sila masak sedap2 ya!
p/s: opung request cake besar!!,

nama baby: Nurul Sufiana
tarikh lahir: 2/10/2010; jam 9 p.m
berat masa lahir: 3.2 (normal)
nama ibu: Nana




nama baby: Taqwa Hanna
tarikh lahir: 9/10/2010; jam 1 a.m
berat masa lahir: 3.6 (normal)
nama ibu: Ainaa

Aisyah akan berumur 6 bulan pada 18/10/2010 ~ sama bestday dgn Opung!!!
dh boleh start solid food.. tp, ummi nk bg mkn umo 7 bulan bole?? Bg perut betul2 kuat dulu..hehe

Aisyah belum boleh meniarap lagi..uuishh.. agak lambat berbanding Aufa..tp, Aisyah dh boleh sebut 'ba-ba-ba' sesekali 'ma-ma'.. tang becakap cepat pulak. Berat Aisyah last week 7.2kg.. mmg semangat. Aisyah dh boleh mengiring & angkat badan, tapi still tak lepas nk guling sendiri. Dia dh boleh tepuk meja klu dekatkan dgn meja & capai ape je yg tersentuh dgn tangan dia atau apa yg ade depan mata dia. Dh pandai main dgn kakak Aufa. Siap marah kat kakak lagi klu dia tak puas hati. Suka goncang rattle & masuk semua benda yg dia pegang dalam mulut.
Aisyah Humaira @ 5 month ++ @ 7.2kg.


Hujung bulan ni, kami akan bercuti di Bukit Gambang. Theme Park baru yg kt Kuantan tuh.. wow!!... (perkataan baru Aufa)


famili day (ogos) 2009 @ wetland,putrajaya


01 October 2010

Conjunctivitis

Ni nak cerita pasal 'sakit mata' yang menimpa aku & anak2 ku bln July hari tuh.. aku & Aisyah tak seteruk Aufa. Aku kena sebelah mata je. Aisyah 2 belah mata. Yg paling teruk Aufa. Yelah kanak2 sedang membesar.. Lari sana..lari sini. bila mata gatal, tenyeh mata tu.. susah nk letak ubat kt mata dia.. tapi mmg kesian sungguh tgk Aufa sakit mata. Aufa ni, walaupun sedang sakit, aktiviti harian dia still sama. Macam org tak sakit. Aku pun merasainya. Mmg xsakit pun..tp, gatal mata aje..kdg2 berdenyut2, lebih2 lagi time sujud tuh. Ni 1st time aku kene sakit mata. harap tiada lagi penyakit yang menyinggah pada keluargaku. insyaalallah.

Punca sakit mata ni, jangkitan daripada kanak2 yg kt taska tuh.. mula2 Aisyah yg kena. Masa tu Aisyah baru umo 2 bulan lebih. Aufa yang selalu cium2 & main2 dgn Aisyah, last2 jangkit dgn Aisyah. Adooi.. sedih kalau anak2 ditimpa sakit. Dua kali g jmpe doctor. pertama g klinik kerajaan.. dr bagi ubat sapu& ubat titis. lepas 3-4 hari g klinik swasta..dr bg ubat sapu,titis & ubat makan. lepas makan ubat baru bengkak surut.

Conjunctivitis (also called "madras eye" in south India[1] or "pink eye") is an acute inflammation of the conjunctiva (the outermost layer of the eye and the inner surface of theeyelids), most commonly due to an allergic reaction or an infection (usually viral, but sometimesbacterial[2]).




berikut gambar2 stat mula Aufa sakit mata sampai dia pulih.

8/7/2010 ( 4.30 p.m)
~ ni dah hari kedua mata Aufa bengkak..mata mcm org baru bangun tido je.



9/7/2010 ( 6 a.m)


9/7/2010 (9.00 pg)
~sayu hati tgk mata Aufa yg bengkak ni




9/7/2010 (10 a.m)
~ aktivt mari mewarna

9/7/2010 (11 a.m)
~tetap hepi walaupun mata sepet


9/7/2010 (9.30 p.m)



10/7/2010 (10.30 p.m)
~ ni dh nampak OK skit


11/7/2010 (7.30 a.m)

11/7/2010 (11 a.m)


11/7/2010 ( 9 p.m)



12/7/2010 (6.30 am)


12/7/2010 (6.30 a.m)



12/7/2010 (5 p.m)
~telefon atuk kt kampung.



13/7/2010 (7 a.m)


13/7/2010 (3 p.m)



13/7/2010 ( 3 p.m)



13/7/2010 (8 p.m)


14/7/2010 ( 6 p.m)
~ 'nanana' = banana


15/7/2010 ( 7 a.m)
~hari terakhir. mata dh kurang bengkak



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...