19 October 2010

susuilah anakmu

" mmi, mmi, nak susu ", kata Aufa di suatu ketika.
" mana botol? pegi cari botol dulu", kata ummi pulak.

Hehe.. saje je nak melengahkan buat susu Aufa. Bukan ape, Aufa ni kuat sgt menyusu. Kdg2 baru je buat, lepas main2.. dh nk susu lagi, tak larat jugak aku nk buat susu. bukan tak larat, penyakit M, dh merebak dlm diri. Aufa sejak umo dia nak masuk setahun, dia minum susu 1Kg, 1 minggu. Tu pun skg aku terpaksa rajin masak macam2, nk bagi dia makan. Klu menu sama stp hari, tak nak si Aufa ni makan. Klu tak makan, ape lagi, asik mintak susu je lah. Abah aku cerita, masa aku kecik2 dulu pun kuat minum susu.. nasik tak mau makan. Masa tu nenek aku yg jaga. Kata abah aku, aku minum susu 13 botol dari pagi sampai petang (sampai abah&mak aku balik kerja).. 1 botol dlm 8oz gitu.. 13 X 8 = 104 oz.. malam tak kira lagi tuh.. Seingat aku, ade mak aku cerita jampi beras, supaya aku makan nasik..hihiii.. x de makna nyer. Nenek aku bg minum kt aku air beras (air yg diambil ketika menanak nasi.. Sedap! yg ni aku igt, sebab selalu jugak mintak nenek buat kan.

Berbalik kisah Aufa yg mintak susu.. Aufa akn bagi botol dia klu dia nk susu..itu pun klu jmpe cari. Klu tak de, meraung2 laaa dia mintak susu.. sian pulak!

Klu aku buat susu, Aufa akn ikut sekali aku kedapur. Malam2 atau pagi2 bute, sanggup dia bangun temankan aku kedapur. Menolong ape yg patut. Kdg2 aku saje bg penutup botol, mintak tolong dia pegang jap.. itu pun Aufa sgt laa suke hati, dpt berbakti. ;p. Sambil2 buat susu, aku borak2 la dgn dia. Kdg2 belajar mengeja..

umi eja, "s-u, su.. s-u, su.." aufa ckp, "susu.."

umi eja, "a-yam.." aufa ckp, "ayam.."

umi eja, "a- dik " aufa ckp, "adik.."

umi eja, "u-mi" aufa ckp, "mmi"

~penat melayan cakap dgn Aufa.. aktiviti mengeja ni baru je, dlm seminggu ni.

sambung cerita buat susu...

masa aku tgh buat susu Aufa, aku terfikir, senangnyer klu Aufa nenen je. Tak yah laa g basuh botol,bancuh susu.. Mcm Aisyah. Tp, esok2.. Mybe Aisyah pun kena buat susu utk dia jugak.. Jadi pada fikiran aku pada masa tu, aku akan cuba susukan Aisyah selama mungkin.. sebab nnt dh tak de peluang nk susu kan Aisyah dgn susu badan. Mcm Aufa, pegang nenen umi pun dia geli. ooohh.. nnt rindu nak susukan anak dengan susu badan... Biarlah berkorban sikit demi anak2 utk beri susu sendiri.

Aku mengingatkan kepada semua ibu2 lebih2 lagi kepada diriku sendiri, susuilah anak2 selagi dia mahu..kerana jika anak2 itu hidup denganmu selama 20-30 tahun, hanya setahun-dua shj yg kamu boleh berdakapan menyusuinya...


closed to 'heart'





berkerut2 Aisyah 'gigit' nenen umi
~sibbaik xde gigi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...