nak cerita pasal Aufa lah..
Aufa berusia 2 tahun 2 bulan disember ini..
Dah semakin besar puteri sulungku ini..
tapi..kadang2 manjanya mengalahkan Aisyah.. tu lah..kitorang panggil dia puteri bungsu..
kena dahulukan dia berbanding Aisyah.. Buat la cayang2 ucuk2 kt dia..dgn bangga & kembangnya idung dia klu di manjakan begitu.. balik umah atuk kt pekan, atuk & tok ma selalu manjakan dia..dukung dia.. pangku dia.. balik umah uwan kt bahau pun cam tu jugak..
Aufa kuat jugak cemburunya.. kuat merajuk jugak.. Suatu hari ummi marahkan dia..pastu nangis2..masuk bilik carik kain lampin & bantal.. pastu baring sebelah Aisyah..sambil nangis2 pelahan.. sayu plak tengok.. pastu ummi pujuk laa dia..
sgt suka melukis & mewarna.dinding rumah pun jd mangsa
Kalau dia tgk Aisyah nak nenen, cepat2 dia mintak susu.Walaupun baru je beberapa minit dia dh habiskan sebotol. Kadang2..mainan tak mahu kongsi dengan Aisyah..ada masa semua mainan bagi kat Aisyah..tengok mood dia..
Aufa sgt sayangkan Aisyah.. Klu dulu dia selalu babap Aisyah..skg dh tak ade sgt, cuma yg agak bahaya, dia akan 'tunggang' Aisyah cam kuda.. ish..ish..
Suke main2 dgn Aisyah. Lebih2 lagi klu umi layan diorang main 'rain around a rosie' atau main sek-sek-tom-tom atau main lompat2 atas katil sambil pegang tangan Aisyah. Aisyah pulak skg dh pandai berebut mainan dgn Aufa. Klu dia tgh syok main sesuatu, bila Aufa amik mainan tu, melalak laa si Aisyah. Lagi, bukti yg menunjukkan Aufa sgt 'care' kt adik dia bila dia tak nampak Aisyah, mulalah carik Aisyah.. tanya2 "Aisyah mana?, mana??" berulang ulang... selagi tak puas hati dgn jawapan, selagi tu lah dia akn tanya.
Satu hari g umah pengasuh, masa nak balik,pengasuh masih pegang Aisyah.. menangis meraung2..sebab dia igt Aisyah tinggal.. Pagi2 klu ayah antar Aisyah dulu, sibuk laa duk tanya Aisyah & ayah g mana.. Klu Aisyah tido pulak, suka sgt dia cium2 Aisyah & usik2 Aisyah yg tgh tido tu...hasilnya...terbangun lah budak kenit tu..ummi jugak yg tak dpt buat kije rumah...
Aufa & Aisyah tak boleh dipisahkan.
Aufa masih ade lekuk kt kepala dia..belum keras ubun2 dia..tinggal lagi sebesar cap jari ibu jari aku ni. Ubun2 Aisyah tak perasan sgt..masih lembut tapi tak selekuk Aufa.. mungkin tulang Aisyah ni keras & tegap berbanding Aufa. ape yg aku makan ek msa peknen Aisyah??~~yg aku tau susu tak boleh nak telan.
kalau nak cerita pasal cakap Aufa..mmg lah byk sgt mulut dia. Mak aku ckp aku kecik2 cam tu jugak.suara pun sama!!~aku penah dgr tape recoder suare aku kecik2..
Kadang2 tak terlayan jugak aku dgn soklan2 cepu emas Aufa ni.. Bila dh byk sgt tanya nya, aku pulak buat2 tanya dia..last2 aku jugak yg penat bertanya sebab Aufa tak penat jawap pertanyaan aku.. adakalanya malas jugak Aufa ni becakap, bila aku suruh dia ikut ape yg aku nak ajar contohnya mengira ke ape ke.. dia jawap "mmm..mmm" je.. tu dah tahap berat mulut lah tuh sehingga dia akn ckp "TAK NAK".. haa tau pun penat becakap...
rinduuuu pulak aku dgn Aufa..... & Aisyah ... & Ayahnye juge...
ummi sayang aufa
No comments:
Post a Comment