23 August 2011

Harga Emas

ni ade satu PETIKAN AKBAR BERITA HARIAN hari ni...yg berkaitan dgn emas. tp sblm tu nk cerita kisah aku mggu lepas... jumaat lepas, aku g bank..lps settle sume urusan bank, aku saje menyinggah kt satu kedai emas sblah bank.. satu kecoh buat tanye2... ade hati nk tukar rantai tangan aku yg dh berkulat ni sebenarnye.. stlah ditimbang rantai tangan aku, tokey kedai kate rantai tangan aku harga dlm RM900++.. tokey kedai cakap hrga emas hr tu RM157 segram.. dia cdgkn aku tukar dgn gelang baru sempena raya..ade la 2-3 gelang aku try, ammmbooi...manis pulak tangan aku dgn gelang itu...hahahaaa.. last2 aku ckp, nanti lah saya kena tanya suami dulu..

Hari ahad, aku & hubby jalan2 carik baju raya.. dlm shopping complek tu ade kedai emas..aku saje tanye, brp hrga emas hr ni?? tokey kedai cakap RM200 segram...Maaakk aaii... dlm mase 3 hari naik RM43.. cepat tul harga emas ni naik..tak sesia aku melabur dlm emas walaupun sikit... tgk hrge PG hr ni:

Public Gold Price (24 Hours Live)

(Last updated 23/08/11 4:30 PM)
PG SellPG Buy
10 gramRM 2,010.00RM 1,849.00
20 gramRM 3,984.00RM 3,745.00


DinarPG SellPG Buy
1 dinarRM 817.00RM 768.00


ni petikan akbar hari ni......

Harga emas terus tinggi
Ekonomi




Oleh Mahanum Abdul Aziz

2011/08/23

Melonjak ke paras RM180 segram

HARGA emas terus melonjak ke paras tertingginya dalam sejarah iaitu pada AS$1,888.90 seaun atau kira-kira RM180 segram semalam berikutan kebimbangan berterusan kemungkinan ekonomi Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kemelesetan
berganda, di samping krisis hutang di Eropah yang semakin meruncing.
Keadaan pasaran yang tidak menentu ketika ini menggalakkan pelabur memilih untuk melabur dalam logam berharga itu kerana ia antara pelaburan lindung nilai yang terbaik ketika krisis ekonomi. Ketua Penyelidik Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata pihaknya menjangkakan harga emas bakal mencecah paras AS$1,900 seaun dalam tempoh terdekat berikutan kelemahan dolar AS secara berterusan dan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi sekali lagi di AS.

Beliau berkata, pihaknya juga melihat harga emas mempunyai potensi untuk mencecah paras AS$2,000 seaun menjelang akhir tahun ini berikutan permintaan tinggi terhadap logam berharga itu kerana pelabur lebih gemar melabur dalam emas ketika ketidaktentuan pasaran dunia.

“Penurunan penarafan hutang AS menggalakkan pemegang bon AS menjual pegangan masing-masing dan membeli emas. Kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi baru di AS serta kelemahan dolar juga mendorong harga emas untuk melonjak ke paras tertinggi,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Kebanyakan penganalisis pasaran sebelum ini menjangkakan permintaan bagi emas akan terus meningkat pada masa depan terutama dari China dan India didorong peningkatan pendapatan boleh guna di kedua-dua negara itu.
Mereka melihat keadaan tidak menentu di AS dan Eropah yang berlarutan juga menggalakkan bank pusat seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing.

“Prospek ekonomi AS yang malap berserta data ekonomi yang lemah ditambah krisis hutang Eropah yang semakin meruncing telah mendorong harga emas terus melonjak lebih daripada sukuan sejak Julai lalu,” jelas seorang penganalisis pasaran.

“Kami tidak melihat sebarang faktor positif yang dapat menyokong ekonomi AS dalam tempoh beberapa bulan ini,” tambahnya.

Akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.









p/s: melabur-melabur jugak, zakat jgn dilupakan..... ;)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...