10 December 2010

Aqiqah

ni lah lembu utk aqiqah itu.. ooohh ayah Taqwa sgt rajin okaay!




kakitangan menguruskan daging2 korban & akikah.






pembetulan: aisyah humaira.nama last sekali..taqwa hanna saudara susu aisyah.





tok ma jadi AJK..;p








Aisyah dh aqiqah masa raya aji lepas.buat secara berkumpulan.. Aufa dah buat masa raye aji thn 2008.. Alhamdulillah..dua2 dah settle.











AQIQAH UNTUK ANAK
Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)Hukum AqiqahHukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)





Daging Aqiqah
Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban.Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:Maksudnya: "Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya."
(Hadis riwayat al-Hakim)Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.Waktu AqiqahAqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya :"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)."
(Hadis riwayat al-Hakim)Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya).Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari. Melakukan Aqiqah Sebelum KelahiranSebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja. Syarat Sah Aqiqah Syarat sah aqiqah ialah:
Berniat aqiqah ketika menyembelih.
Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:





Binatang: Biri-biri
Umur
1 tahun atau lebih
Kambing
2 tahun atau lebih





Lembu/kenbau
2 tahun atau lebih





Unta
5 tahun atau lebih










Sunat-sunat Aqiqah ialah:
Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran
Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
Memberi nama yang baik kepada bayi
Berdoa ketika hendak menyembelih
Daging dimasak manis.
Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri





Hikmah Aqiqah
Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
Menggalakkan amalan sedekah.
melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
membiasakan berkorban bagi orang tua
















09 December 2010

sambungan..




..ni sambung utk kisah demam yg panjang..

nak letak jugak gmbr comel Aisyah ni...
ciann dia..waktu ni, mmg dia takde selera nk minum susu..
baju pun tak pakai..sekejap2 letak air kt badan..
ni pun hari ni..ade batuk2 & selesema...tak lena dia tido..

06 December 2010

kerja waktu tak kerja

peserta paling kecik di meja pendaftaran

ape??kena duty lagi???
biase laa klu dh makan gaji tu, ikut je laa..
tp, bagi aku pemangkin utk kerja pd hari bukan kerja ialah..
aku dpt cuti gantian..
kata orang bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
sbnrnye.. ni bagi aku kali ini, ini adalah rezeki..
sebab??
al-kesahnya....
zaman teknologi IT yg semakin canggih..
semua permohonan cuti WAJIB menerusi HRMIS..
hukum WAJIB ni baru je dikuatkuasa..
klu tak sebelum ni tak kuasa aku nk beronline..isi borang je.
pastu hantar selepas pulang bercuti ;p
dan..permohonan cuti utk thn ni sebenarnya dh tutup..
pertengahan bulan 11..
jadinye aku igt dh tak de nk bercuti-cuti 1Malaysia, rupe-rupenye ade lagi...
(aku jenis yg plan cuti awl2, bila ade last minute program, otak aku berpusing jap)
kes nak ikut hasben outstation laa ni..

sabtu lepas(4/12/2010)..aku kije.. ni kt opis je..so aku bwk Aufa skali.
sabtu & ahad sebelum tu..(27&28 Nov 2010)..aku kije kt Subang.
= dpt 3 hri cuti gantian a.k.a cuti tanpa rekod... BEST!

borang ni dh submit tadi


jadi 3 hari cuti ni aku akan guna minggu ni.. rabu,kamis&jumaat ..
selasa=cuti maal hijrah

Waaaoohh.. cuti panjang!! yay!!

sekali lagi buat penutup tahun 2010..
aku ke Penang.. xde tempat lain ke?

Kat mane nk g ni..
ape lagi yg best kt Penang ek?
Singgah Zoo Taiping OK tak??
(tp, Aufa takut tengok binatang2)
Bukit Merah? ermmm....
Makan2?
Shopping2?
yg pasti.. boleh berguling2 dgn anak2 selama 6 hari!


p/s: sesuatu yg tak best berlaku..tiba2 jd S/U utk prgm menteri...hadddooiii!!! ;(

MAHA 2010


semalam aku sekeluarga g MAHA 2010 kt serdang tuh..
ramaaaaiii sangggattt manusia..
pagi kul 8.30 pagi kami sampai & balik kul 1.30 tghri..
tu tak abis round...tak larat..panas!
penat lah nak cerita... ;(

p/s: thn depan igt nak g lagii.....;p


05 December 2010

aufa sayang




nak cerita pasal Aufa lah..
Aufa berusia 2 tahun 2 bulan disember ini..
Dah semakin besar puteri sulungku ini..
tapi..kadang2 manjanya mengalahkan Aisyah.. tu lah..kitorang panggil dia puteri bungsu..
kena dahulukan dia berbanding Aisyah.. Buat la cayang2 ucuk2 kt dia..dgn bangga & kembangnya idung dia klu di manjakan begitu.. balik umah atuk kt pekan, atuk & tok ma selalu manjakan dia..dukung dia.. pangku dia.. balik umah uwan kt bahau pun cam tu jugak..

Aufa kuat jugak cemburunya.. kuat merajuk jugak.. Suatu hari ummi marahkan dia..pastu nangis2..masuk bilik carik kain lampin & bantal.. pastu baring sebelah Aisyah..sambil nangis2 pelahan.. sayu plak tengok.. pastu ummi pujuk laa dia..



sgt suka melukis & mewarna.dinding rumah pun jd mangsa



Kalau dia tgk Aisyah nak nenen, cepat2 dia mintak susu.Walaupun baru je beberapa minit dia dh habiskan sebotol. Kadang2..mainan tak mahu kongsi dengan Aisyah..ada masa semua mainan bagi kat Aisyah..tengok mood dia..
Aufa sgt sayangkan Aisyah.. Klu dulu dia selalu babap Aisyah..skg dh tak ade sgt, cuma yg agak bahaya, dia akan 'tunggang' Aisyah cam kuda.. ish..ish..




Suke main2 dgn Aisyah. Lebih2 lagi klu umi layan diorang main 'rain around a rosie' atau main sek-sek-tom-tom atau main lompat2 atas katil sambil pegang tangan Aisyah. Aisyah pulak skg dh pandai berebut mainan dgn Aufa. Klu dia tgh syok main sesuatu, bila Aufa amik mainan tu, melalak laa si Aisyah. Lagi, bukti yg menunjukkan Aufa sgt 'care' kt adik dia bila dia tak nampak Aisyah, mulalah carik Aisyah.. tanya2 "Aisyah mana?, mana??" berulang ulang... selagi tak puas hati dgn jawapan, selagi tu lah dia akn tanya.
Satu hari g umah pengasuh, masa nak balik,pengasuh masih pegang Aisyah.. menangis meraung2..sebab dia igt Aisyah tinggal.. Pagi2 klu ayah antar Aisyah dulu, sibuk laa duk tanya Aisyah & ayah g mana.. Klu Aisyah tido pulak, suka sgt dia cium2 Aisyah & usik2 Aisyah yg tgh tido tu...hasilnya...terbangun lah budak kenit tu..ummi jugak yg tak dpt buat kije rumah...

Aufa & Aisyah tak boleh dipisahkan.






Aufa masih ade lekuk kt kepala dia..belum keras ubun2 dia..tinggal lagi sebesar cap jari ibu jari aku ni. Ubun2 Aisyah tak perasan sgt..masih lembut tapi tak selekuk Aufa.. mungkin tulang Aisyah ni keras & tegap berbanding Aufa. ape yg aku makan ek msa peknen Aisyah??~~yg aku tau susu tak boleh nak telan.

kalau nak cerita pasal cakap Aufa..mmg lah byk sgt mulut dia. Mak aku ckp aku kecik2 cam tu jugak.suara pun sama!!~aku penah dgr tape recoder suare aku kecik2..
Kadang2 tak terlayan jugak aku dgn soklan2 cepu emas Aufa ni.. Bila dh byk sgt tanya nya, aku pulak buat2 tanya dia..last2 aku jugak yg penat bertanya sebab Aufa tak penat jawap pertanyaan aku.. adakalanya malas jugak Aufa ni becakap, bila aku suruh dia ikut ape yg aku nak ajar contohnya mengira ke ape ke.. dia jawap "mmm..mmm" je.. tu dah tahap berat mulut lah tuh sehingga dia akn ckp "TAK NAK".. haa tau pun penat becakap...

rinduuuu pulak aku dgn Aufa..... & Aisyah ... & Ayahnye juge...




ummi sayang aufa

04 December 2010

dilema Aisyah


oooOOoo..ni bukan dilema Aisyah, tapi dilema umi Aisyah..
hmmm.....
begini ceritanya...
pengasuh Aisyah di taska akan resign.. & dia offer utk jaga Aisyah & Aufa skali..
Semalam, g tgk umah pengasuh tu.. rumahnya sgt best...rumah kampung2 gitu ..luas.. sesuai utk anak2 membesar.. tapi yg masalahnya,tmpat tu jauh skit..masuk kedalam2 kmpung. addoii...tak dpt akak nak tolong dik.. terima kasih sgt2 sb syg kt Aisyah & nak jaga Aisyah. Tp, aku mbe akn offer dia utk jaga anak2 di rumahku.. tapi nak ke dia?..dtg ofis hour jaga anak2 aku..bagus kan?
Sebab dia nak brenti sebab..tak larat kot... yelah katanya dua orang menjaga 10 orang baby..
*klu ikut nisbah yg JKM

v Lahir – 1 tahun 1:3

v 1 tahun – 3 tahun 1:5 (TERBARU-FEB 2010)

v 3 tahun – 4 tahun 1:10

Tetiap hari sejak dia bgtau nk brenti tu..dia bg msg mcm merayu supaya dia dpt jga Aisyah.. Dia cakap dia tak tau nak cakap mcmmana betapa dia sgt syg Aisyah..yelah..dia yg mengasuh Aisyah sejak Aisyah umo 2 bulan. Lagi pun Aisyah ni memilih org.. dia suka kt pengasuh tu je..org lain klu amik dia mesti aisyah nangis. Katanya lagi, klu Aisyah nangis (aisyah ni mmg nangis klu tak berteman) dorg biar je aisyah.. aku penah tengok aisyah nangis sendirian tak de pengasuh tengok...huhuu.. Aisyah klu nangis bukannye slow..sehabis suara dia akn jerit...
Hmmm...sukarnya aku...
Semoga Allah memberi petunjuk kpd kami.. insyaallah.

03 December 2010

Disember Ini

::anak-anak penyeri hidup::


udah masuk penghujung tahun!
cepatnyer masa berlalu....

review spjg thn...

*keje*
awl thn di tmpt lama...ermmm..mcm biasa..agak kuat bekerja masa disitu..tetiap hari msti gaduh jumpe bos.. ade je task yg kene buat.. sehingga lah bulan mac..
bln april di tmpt baru..masa tu tgh buyung 9 bulan.. bos tmpat baru cool.. dia bg aku rehat sehingga aku meletop.. cam biase, klu dh biasa buat kije byk..aku tak bleh duk diam lah..kejap kebawah..kejap naik tingkat atas..org pun penat tgk aku turun naik dgn perut maju kedepan.. haha..agaknye ni salah satu sebab aku terbersalin awl 2 minggu..;p
bila dh masuk kije bulan 6 tuh..aku masih lagi x buat kije secara rasmi.. sbb belum dpt fail dari bos.. aku just tolong2 kwn2 bertugas..duk kt kaunter lah yg byknyer.. melayan karenah klient.. aku rasa lama jugak aku mkn gaji bute bekerja secara bebas. tapi bila dh dapt fail..hah! amik ko sebijik.. nak mkn pun tak sempat kekadang.. tp, keje kt opis ni lebih rilek berbanding di opis lama.setakat aku menulis n3 ini lah..tak tau lah akan2 dtg. Lagipun aku boleh susun jadual sendiri. klu nak handle 10 fail sehari pun boleh..atau tak nak buat ape2 kerja sehari pun boleh..haha.. tp, aku akn make sure semua kije2 aku settle sblm ade pihak yg mintak.. so, diorang tak leh nk kate ape klu aku tgk aku tgh santai..hihi
kwn2 kt sni best..sama mcm kt tmpt lama..& sesekali ade progrm yg besar2 aku akn jmpe dgn diorang jugak. tp aku rasa lebih hepi disini.. oops!!!

*famili*

thn ni bertambah ahli keluarga aku..alhamdulillah..
ade anak2 sedara yg baru lahir..
ade rumah sendiri..
ade moto baru..ni ayah punyer..
mak aku akn pencen bulan depan..waaahhh best2..
abah aku pun 'dah selamat bersalin, anak batu'..haha..ape2 pun didoakan semaga abah bertambah sihat..yelah dh ber-habisan berubat kampung..tapi tak jalan jugak. last month operate for kidney stone dia..
adik lelaki tunggal..mmg 'sgt dimanjakan'~~~ee geram tul!


sepanjang tahun 2010 ni mmg byk suka duka yg kami lalui.. semoga tahun tahun mendatang akan lebih diberkati Allah SWT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...