30 December 2010

8 bulan (part II)


siapakah itu???
keciaan budak kecik ni ditinggalkan mak dia..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



itulah ummi...
kata tok ma..
masa ni ummi umo 8 bulan..

gambar ni kat Pantai Air Leleh..
masa tu ade jambatan kayu dkt kolam bunga teratai.
skg dh xde jambatan tu.. bunga teratai pun dh takde.
kt pantai ni lah aku adik beradik & kaum kerabat selalu piknik.
mandi manda..
bakar belangkas..
Oohhhh...rindunye saat itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ni Aisyah umo 8 bulan














kt bawah ni pulak..Aufa masa umo dia 8 bulan..












mana lagi comel semasa usia 8 bulan???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
?





29 December 2010

8 bulan



aisyah humaira @ 8 mth






ooohh..sudah 8 bulan si montel Aisyah ni..
dh nampak byg2 gigi..
Aufa masa 7 bulan dh mula tumbuh gigi..

nmpak tak byg2 gigi aisyah. tak lama lagi klu aisyah gigit umi, umi babap.







orang kate..klu budak yg isap puting kosong, mmg cepat tumbuh gigi.. aufa mmg isap puting kosong.
umi ceraikan puting masa umo dia 9 bulan. bukan main susah lagi nk ceraikan puting tuh.. masa tu dia dh reti cakap. "ting" = puting.. lepas isap susu, nak puting. tgh2 malam, terjaga, "ting".. payoh umi nk tido & menjaga puting dia.. puting pulak nak yg tu aje.. xmo yg lain. beli yg elok skit..tak mo.. nak jugak yg hrga RM2 itu.. dh tercabut pemegang pun masih nk pakai jugak. Aku pernah terbaca budak tertelan puting. Yelah mybe puting yg murah laa kot.. puting tu tercabut & terus baby tu tertelan puting tuh.. s
ejak dari baca artikel tu, aku sorok puting lama & try bg puting yg "one piece".. xmau si aufa. masa tu lah aufa bercerai dgn puting dia. Seksa ooo..masa proses penceraian itu. Aufa akhirnya dapat terima yg dia tak akan jumpe dgn puting dia lagi.. dia akan isap kain lampin dia sampai basah. Sampai sekarang tau.tapi skg dh tak isap kain lampin..cuma gigit2 je. Kain lampin & aufa..mmg tak boleh dipisahkan. ~dh cerita pasal Aufa lak..hihiii

Aisyah dh mula meminati kain lampin..
kain lampin OK lagi koott..
sebab boleh diganti & kt umah byk..tp sampai bila??????



ntah...




Kepandaian Aisyah di bulan ke lapan ini....
meniarap & melaju..
pusing2 & tergolek2..
berebut mainan dgn kakak aufa..
pilih makanan..
berleter..
menegur orang..
amat2 kenal dgn orang..sejak umo 4-5 bulan koot..
buat kakak..~~tarik rambut, tendang2,
mengutip barang2 kecil / habuk /sampah atas lantai..

hmmm..setakat ni je yg umi igt..



aisyah & aufa kesayangan ummi & ayah



bye!







28 December 2010

cuti2 Pantai Timur




sambung cerita pasal cuti2 1 malaysia kami...;p
ujung tahun 2010. byk agenda jalan2..best2..

Mula-mula kitorang bertolak dari klang hari rabu 22/12/2010 terus ke kelate.
dari kelate bertolak ke terengganu pada 24/12/2010.
dari terengganu terus ke pahang..jumpe atuk & tok ma..
lepas subuh 25/12/2010 zaasss terus ke KL semula.. g ulu yam.. gathering kengkawan..
huh...penat tok abih lagi nih.. doh nok g ipoh pulok sabtu ni..




tengok gambar je lahhhh...
malas nk tulih laa tuuuu





pasar malam wakaf che yeh...
yeh..yeh...




singgah umah kawan kat KB
kt belakang tu kwn Aisyah, Auni nama dia.





pasar siti khadijah






aisyah je ikut naik ke opis cwgn kelate. aufa ikut jalan2 dgn ayah, makan nasik air.









ni dlm ofis PTK Kota Bharu









AZ Resthouse. Banglo 14 bilik.RM700 semalam.








ruang tamu dlm resthouse











gini lah kalau amik gambar si Aufa ni. senyum lahh tu.










tgk tv kt sini.







shopping @ rantau pjg









depan resthouse











pantai irama~ on the way ke terengganu











ahlil rombongan..
seronok sgt trip ni.. bos, lenkali kite wat lagi ye!











apakah???
ni harga dia RM250 ~utk cap batik









kilang batik











sinaran mentari~di kilang batik..bukan kilang pun rumah orang yg membuat batik.











singgah umah tok cik. di Kerteh.
Aisyah hepi bergolek kt sni sebab dh seharian dlm kereta.











pengubat rindu..jumpe sekejap je si Taqwa di pekan.










ulu yam.
Aufa main baling2 batu ke air dgn nuruddin









mandi!!!







lepas mandi lapar laa pulak. makan time!












tido!!!!









~~sekian~~






21 December 2010

Have Fun First Giveaway



sedang ku berjalan-jalan blog by blog...
terjumpe laa pulak dgn blog comel ni
nk join laah contest "Have Fun First Giveaway" ni

syarat - syarat pertandingan:-

mestilah jadi follower blog ini <---------- i follow

Penyertaan adalah untuk bayi/kanak-kanak
yang berusia seawal 1 bulan - 3 thn. <---- aufa leh join ni.

ape2 pun klu nak tau lanjut mengenai contest ni leh jenguk di




nama: Fadhilatul Aufa Irfan
D.O.B : 20/10/2008
Umur : 2 tahun 2 bulan

ni adalah gambar buah hati ku tengah bermain
Aufa sangat suka main mak-mak dengan adiknya Aisyah.
Setiap hari dia akan bermain jadi 'mak' yg menjaga anak-anak..
anak-anak merangkumi bear, rabbit, elephant...
semualah binatang2 soft toy nya.
si adik akan jadi anaknya juga..
gambar diatas, si adik dh ketiduran..
penat sgt bermain..berlakon watak 'anak'..
Semoga penganjur contest berkenan degan aktiviti bermain aufa ni..
TQ!!!







aku semakin hepi.........


al-kisah.....
aku diselubungi rasa yg amat seeeediiihhhh....
sejak ahad petang yg lepas...
rasa nak nangis je..tp, ntah..tak kuar pulak air mata..
mybe aku jenis yg susah nk kuar air mata..
klu dh terkeluar air mata tu,
maknanya aku tak mampu bertahan lagi..
terlalu terluka hati..huhuu..
& untuk mengubati hati yg bersedih ini..
ambil masa yg agak lama..

hari ini....
dh rasa OK..
semakin hepi..
mybe ade faktor2 sampingan yg lain..
contohnyeee..
esok kami akan bercuti-cuti malaysia..
hrp kesedihan itu pergi selamanya..

thanks abg for everythings.. I LOVE U SO MUCHH!!
thanks my love aufa&aisyah..selalu menghiburkan ummi..
thanks abah&adik2.. understand me..









::peneman ummi yg baru ::







17 December 2010

kenapa begini???



hari ni malasssss sgt..
xbleh update kt FB nnt budak2 opis tau..hihiiii
ade 2 lagi yg aku belum settle..
borang SKT & karangan kputusan kes aku.. karangan tu yg malas tu...
Budak2 kt opis ni majoriti mood bercuti..
haa..ni mesti tempias mood bercuti diorang kt aku..
Wahhh bestnyer..nxt week g kelate.. satu opis!
aku tak nah g kelantan tau.. lalu kt kelantan pernah laa..
hmmm..agenda lwatan sambil belaja kali ni kebanyakkannya shopping & makan..
kan bagus klu tetiap thn ade lwtn kerja merangkap cuti2 msia gini...





cepatlah masa berlalu...




aku mau pulang...mau peluk budak ini...



dan mau gaduh dengan budak ini...



16 December 2010

cuti2 utara


salam siaran...
last week 8,9 & 10 Disember 2010...
kami di utara semenanjung malaysia..
Penang!penang...penang...penang.. tak abis2 dgn penang
Tetapi ku rasa kali ni, lawatan sambil belajar ke penang kali ni..BEST!!!
Byk tempat yg kitorang g. Walaupun ade yg tak dpt nk g.. mybe next time..
Confem thn depan g Penang lagi.. 2-3 kali..
kan ayah???
Aufa nk melawat taman burung..
Hari tu Aufa bad mood..tak nak tengok be birds.
Nampaknyer Aisyah membesar di Penang..
ye lah...sejak dlm pantang dh bejalan ke Penang..

layan gambar je laaahhhh......


ni kt Empangan Teluk Bahang..







Pantai Miami...Di Batu Ferringhi





Taman Rimba..tak masuk pun..sebab macam scary...hihihiiiii




nama kedai ni "Kesian Cafe"...agak2 ape yg korang pikir??







Bukit Bendera.... Laaa under construction laaaaa... pulang dengan hampa.




Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong
*Parking RM3
*Masuk Dewasa RM 3, *
kanak2 RM1






SPA IKAN




ikan ni nama Ikan Cincin.. dia makan daki2 kt kaki & tangan.


amboi...bykknye daki ikan makan kulit mati.. licin gebuss kaki ayah lepas SPA ikan.





Aufa konpius nk pilih telekung mana nak beli... umi beli telekung comel utk Aufa..




penattt...tido laa..ape lagi.. 'Bebit' tinggal kt umah..Aufa tido bertemankan 'etifen' (Elephant) aje


p/s:next week.... cuti2 pantai timur pulak...yey!!





10 December 2010

Aqiqah

ni lah lembu utk aqiqah itu.. ooohh ayah Taqwa sgt rajin okaay!




kakitangan menguruskan daging2 korban & akikah.






pembetulan: aisyah humaira.nama last sekali..taqwa hanna saudara susu aisyah.





tok ma jadi AJK..;p








Aisyah dh aqiqah masa raya aji lepas.buat secara berkumpulan.. Aufa dah buat masa raye aji thn 2008.. Alhamdulillah..dua2 dah settle.











AQIQAH UNTUK ANAK
Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)Hukum AqiqahHukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)





Daging Aqiqah
Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban.Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:Maksudnya: "Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya."
(Hadis riwayat al-Hakim)Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.Waktu AqiqahAqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya :"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)."
(Hadis riwayat al-Hakim)Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya).Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari. Melakukan Aqiqah Sebelum KelahiranSebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja. Syarat Sah Aqiqah Syarat sah aqiqah ialah:
Berniat aqiqah ketika menyembelih.
Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:





Binatang: Biri-biri
Umur
1 tahun atau lebih
Kambing
2 tahun atau lebih





Lembu/kenbau
2 tahun atau lebih





Unta
5 tahun atau lebih










Sunat-sunat Aqiqah ialah:
Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran
Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
Memberi nama yang baik kepada bayi
Berdoa ketika hendak menyembelih
Daging dimasak manis.
Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri





Hikmah Aqiqah
Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
Menggalakkan amalan sedekah.
melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
membiasakan berkorban bagi orang tua
















09 December 2010

sambungan..




..ni sambung utk kisah demam yg panjang..

nak letak jugak gmbr comel Aisyah ni...
ciann dia..waktu ni, mmg dia takde selera nk minum susu..
baju pun tak pakai..sekejap2 letak air kt badan..
ni pun hari ni..ade batuk2 & selesema...tak lena dia tido..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...