24 February 2010

Perihal Gigi

Al kisahnya begini...
Sejak Aufa sangat susah nak gosok gigi..
aku terabai untuk melakukan rutin gosok giginya hampir seminggu.
Biasanya aku akan gosok sampai licin gigi dia menggunakan kain lampin dia.
Tapi bila dia terlalu agresif,
melonjak-lonjak badan dia & menendang-nendang aku,
akhirnya aku gosok gigi dia ala kadar je. Seminggu hanya gosok ala kadar..
(Aufa mula pandai sebut 'jiji' = gigi/ berus gigi, bulan lepas)

Masa dia demam tempohari, aku terpandang, gusi dia merah.
macam bengkak sikit. Ape lagi, aku ni merangkap dentist keluarga,
nak tengok ape yg terjadi kat gusi Aufa.
Bila ternampak ade macam tahi gigi yg agak tebal kat gigi dia,
aku pun dengan geram, ambil kain lampin & tonyoh kat gigi dia.
Tapi celah2 gigi masih tak bersih.
Aku pun buat2 laa gi toilet ajak Aufa sekali.
Aku buat2 gosok gosok gigi aku
(saje nak menunjukkan kt Aufa supaya dia ikut aku gosok gigi)
Aku beri berus gigi dia, Dan dia pun buat la konon2 nya gosok gigi cam aku.
Aku buat2 tolong dia gosok gigi. Pegang tangan dia & mula berus gigi dia sikit-sikit.
Tapi memang mencabar. Boleh katakan tak dapat langsung nak bersihkan gigi dia.
uih.. ber peluh jugak aku.

Bila tak berjaya, aku terpaksa berkeras sikit.
Aku pegang berus gigi & cuba utk gosok gigi dia.
Lagi susah. Dia siap tutup mulut dia..
akhirnya berdarah sikit gusi dia.. huhuu..
ciaan pulak si Aufa nih..
Aku stop.

Keesokan harinya,
pagi2 buta,
aku sambung kerja-kerja menservis gigi Aufa..
(tak puas ati punyer pasal)..
Guna kain lampin, basahkan sikit kt ujung tuh,
letak Colgate. Sikit je.
Bukan nk pakai Kodomo Lion Aufa.

Kira OK laa sikit aku tengok gigi Aufa. putih bersinar gitu..hehe.
Gusi stil merah.
Jadinya, aku terfikir nak beli berus gigi baby yg getah tu yang ni la.
(gmbr bwh ni). Sebab, klu guna kain lampin,
celah2 gigi x dpt dibersihkn dgn sempurna.
Dulu masa aku & adik2 aku kecik, mak aku guna kain lampin je.



Ni beli pada 23/2/10. Thermoplastic Brush. Jenama Baby OK.
Brand Anakku pun ade jugak.


bila dah dikeluarkan dari bungkusan.
Caranya, sarung je kt jari telunjuk kita.
Pastu tenyeh kat gigi anak.


Tu laah yg lecehnya kalau anak kite cepat tumbuh gigi.
Kena jaga elok2.
Sebelum dia reti gosok gigi sendiri,
kita lah yg kena rajin gosokkan gigi dia.

Bangun pagi..
gosok gigi...
lalalalalaa
...


Sekarang umo 16 bln ada 8btg gigi+1 geraham atas belah kiri

gambar ni masa umo aufa 15 bulan..ade 8 btg gigi.



Umo 10 bulan. hampir 6 btg gigi


9 bulan

9 bulan dah ada 4 batang gigi (2 atas, 2 bawah)

Umo 8 bulan. Aufa mula nak bergigi.


21/6/09 - gigi bawah ke dua tumbuh.
(Aufa tumbuh gigi bawah dulu)


7 bulan xde gg

beli berus gigi masa umo Aufa setahun

nak test jap.






video


Aufa yang akan cakap 'na-nak' (tak nak) bila disuruh gosok gigi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...