30 June 2011

ini antara kandungan MOU ant Indo & Msia berkenaan dgn Pembantu Rumah



Pemakaian MOU

1) Berkuatkuasa pada tarikh ditandatangani – 30 Mei 2011.

2)Penguatkuasaan pindaan tersebut tidak bersifat kebelakang.

3) Bagi PRI baru perlu mematuhi pindaan protokol 2011 ini.

4) Bagi PRI sedia ada hanya terpakai sekiranya perjanjian dipinda sebagaimana ditetapkan oleh Protokol 2011.

5) Pemakaian untuk tempoh 5 tahun.


Perlaksanaan

1)Membantu pihak majikan dan (Agensi Pekerjaan Swasta) APS untuk melaksana protokol.

2) Isu pemegangan pasport – Hendaklah dipegang oleh pekerja dan hanya boleh dipegang oleh majikan dengan kebenaran bertulis bagi tujuan keselamatan (safe keeping) (Pindaan Protokol : Artikel 6).

3) Cuti rehat – majikan dikehendaki memberi satu hari cuti rehat bergaji dalam seminggu kepada PRI (Pindaan Protokol : Artikel 6).

Atau membayar tambahan satu hari gaji jika PRI dikehendaki bekerja pada hari rehatnya.

4) Kaedah pengiraan satu hari gaji – (gaji bulanan dibahagi dengan 26 hari).

5) Bayaran gaji melalui bank – majikan dikehendaki membuka akaun simpanan atas nama PRI.

6) Potongan gaji – tidak boleh melebihi 50% daripada gaji pokok PRI dalam bulan berkenaan (Pindaan Protokol : Artikel 6).


*ABSCOND*

PRI melarikan diri dalam tempoh 6 bulan dari tarikh digajikan.

Pampasan yang perlu dibayar

oleh APS- RM4,511

dibayar dalam tempoh 4 minggu dari tarikh permintaan pengembalian wang dibuat.

ATAU

Ganti dengan PRI baru - Disediakan oleh dalam tempoh 2 minggu dari tarikh PR melarikan diri

Kelakuan atau tindakan secara sukarela pekerja meninggalkan tempat kerja dalam tempoh sah (6 bulan dari tarikh digajikan) yang ditetapkan di dalam kontrak pekerjaan, tanpa kebenaran dan pengetahuan majikan TETAPI tidak termasuk lari kerana ancaman atas alasan keselamatan,penderaan&penganiyaan yang dilakukan oleh majikan


* INCOMPETENT*

PRI tidak tahu / tidak boleh melaksanakan kerja yang diarahkan majikan (

dalam tempoh 6 bulan dari tarikh digajikan)

Pampasan yang perlu dibayar APS - RM4,511 (dibayar dalam tempoh 4 minggu dari tarikh permintaan pengembalian wang dibuat

ATAU

Ganti dengan PRI baru - Disediakan oleh APS dalam tempoh 2 minggu



*MEDICALLY UNFIT*

Apabila PRI disahkan sebagai

Tidak Sihat / Gagal Ujian Kesihatan FOMEMA dalam

tempoh 3 bulan dari tarikh digajikan.

Pampasan yang perlu dibayar APS - RM4511

(dibayar dalam tempoh 4 minggu dari tarikh permintaan

pengembalian wang dibuat.

ATAU

Ganti dengan PRI baru dalam tempoh 2 minggu dari

tarikh PRI disahkan medically unfit.




p/s: isu gaji minimum??? xde...


28 June 2011

family day 2011 ~ Genting Highland

chocolate house


25 & 26 Jun 2011...
famili day opis ayah..
kat Genting..
Oooo..ai tak suke sbb sejuk!!
Kali ni g genting aku tak main sgt..
ye lah, baby perut dh berusia 27 minggu.
(13 weeks to go!!!!!)
aku main yg famili je..
nk suh si Aufa tu main sorang2, bukannye nak..
alkisah..dia teringin nk naik mini bumper car..
si ayah g lah beli tiket..RM8.. bila dh masuk kt dlm kete tuh.. boleh dia nangis kuat2.. ish2.. dia xberani klu sorang2.. kebetulan ade anak member yg dh besar sikit..pujuk laa si aufa ni naik sekali dgn kakak tu.. Aufa tak mahu.. merajuk... mintak
kain lampin & susu dgn umi secara tiba2.. hissshhh..ape lah auf
a. sama jugak mase kitorang naik kuda merry go round tu.. dia tak mahu naik kuda tuh.. itu umi dgn ayah ade sekali tu.. yg kitorang naik sama2 ialah yg jenis2 main utk famili mcm train, yg cawan pusing2 tu.. & ade lah lagi tak igt aku name mainan tuh..



yg tak besh nye..aisyah tak ikut sekali..huhuuu..xpe lah..nnt aisyah dh besar2 sikit, kite g lagi ye.. kite g dgn adik baby sekali..

disebabkan kami g wktu weekends, maka tersangat ramai orang kt genting tuh..nk menunggu turn naik tren pun dkt 30 minit.. penat menunggu je..cisss... dulu kitorang g weekdays..mase tu aku peknen si Aisyah 16 minggu.. so, orang pun tak ramai... kitorang main hampir semua permainan..best!!! aku yg baru2 membuyung tak ketinggalan main games yg skg aku mmg tak ingin nak main~sebab takut,gayat...hihihi









26 June 2011

Kos pengambilan maid Indo


saje nak share disini ttg kos pengambilan pembantu rumah indonesia berdasarkan MOU yg ditandatangani antara kjaan M'sia & Indo baru2 ni.

Semua Agensi atau Majikan yang terlibat dalam urusan Pembantu Rumah Indonesia (PRI) diwajibkan mematuhi struktur kos yang telah dipersetujui dan ditetapkan bagi Majikan dan PRI didalam MoU yang termeterai di antara Kerajaan Malaysia dengan Indonesia seperti berikut:-.





NO.

ITEM

AMAUN (RP)

AMAUN (RM)

Bayaran yang dikenakan kepada majikan :

1.

Annual Levy

1,008,000

360

2.

Work process and document

238,000

85

3.

Stamping, airport clearance, documentation, service tax, food and lodging, insurance, etc

1,806,000

645

4.

Medical check-up in Malaysia

532,000

190

5.

Fees for Malaysian agency

1,778,000

635

6.

Transportation cost from the original exit point in Indonesia to the place of employment in Malaysia

1,400,000

500

7.

Airport tax and handling

280,000

100

8.

Training (50%)

550,000

196

JUMLAH

7,592,000

2,711


*********************************************************************


NO.

ITEM

AMAUN (RP)

AMAUN (RM)

Bayaran yang dikenakan kepada Pembantu Rumah :

1.

Medical check-up in Indonesia

400,000

143

2.

Transportation cost from original city of the Domestic Workers to the original exit point in Indonesia

225,000

80

3.

Visa imposed by the Malaysian Embassy

45,000

16

4.

Travelling document

120,000

43

5.

Insurance

400,000

143

6.

Government levy

135,000

48

7.

Training (50%)

550,000

196

8.

Competency examination

110,000

39

9.

Accommodation

1,405,000

502

10.

Fee for Indonesian agency

1,650,000

589

JUMLAH

5,040,000

1,800

So, jumlah kesemuanya yg perlu majikan tanggung pada permulaannya ialah RM4511. Kos yang akan ditanggung oleh pembantu rumah berjumlah RM1800, mjikan boleh buat potongan gaji daripada pembantu rumah tersebut dengan syarat tidak melebihi 50% drp gaji bulann. Jika mana2 agensi pekerjaan yg mengenakan caj lebih, anda leh wat report..


sekian

25 June 2011

perut membulat



oowwhh...sungguh nampak kebulatan perutku bila aku pakai kemeja ni.. kemeja Agenda saiz L. kemeja ni kdg aku pakai gak time tak ngandung.. oowhh..nmpak buruk pulak aku dgn pakaian ini ~ sori gamba tak de sbb mcm buruk sgt aku pakai bju tu..... well......hurmmmm... bju mengandung...mmg haku xde...sejak dulu lagi... lupekan ttg pakaian mengandung...aku nk citer petua supaya perut bagi anda anda yg mengandung akan cantik membulat...dlm erti kate, tiade strech mark. Ape yg aku amalkan ialah, ini pesanan seorang senior aku kt tmpt kije, sapu losen atau baby oil kat perut seawal usia kandungan anda sehingga lah kandungan anda 9 bulan. masa mandi, guna lah shower gel yg berpelembab tu. aku guna johnson baby milk bath & total effect shower cream. mmg xde kering kulit aku, tumit pun xde pecah2. ha, satu lagi jgn garu klu perut anda gatal..sbb ia akn meninggalkan kesan tidak cantik diperut anda. aku mmg amal kan sejak aku tau je aku ngandung aku sapu losen & kdg2 baby/olive oil tuh. Sejak kndungan pertama aku buat. So, perut mmg xde langsung strech mark. Yg ade hanyalah lemak2 degil yg suke bermastautin kt perut aku.. jadi aku berazam utk buang lemak2 degil tersebut bila aku dh meletop nanti.. ai dh beli girdle utk dipakai semasa pantang..hihi




umi@ 25 weeks : ni gmr pling latest...ahad lalu.. ai g buat aktiviti dgn aufa..tinggai ayah dia kt umah..mengemas rumah sorang2...thanks ayah!!!

22 June 2011

kisah si 'kembar'

::: ni copy paste dari note FB Ummu Taqwa:::



Taqwa Hanna & Aisyah Humaira


Aisyah main, Taqwa nak main,

Mainan kene sama.

Taqwa ikat rambut tocang, Aisyah pun nk tocang jugak,

Aisyah jd cikgu menyembur air liur, Taqwa jadi anak murid = Tokmi kesat air liur cucu atas lantai.

Aisyah ajak 'mengemas' bilik Tok Mi, Taqwa pun ikut mengemas,

Tokmi dukung Taqwa, Aisyah panjat nk berdukung jugak,

Aisyah nak makan, Taqwa nak makan,

Aisyah merangkak, Taqwa merangkak,

Aisyah berdiri, Taqwa berdiri,

Aisyah tolak Taqwa, Taqwa tolak dan gigit lengan aisyah.

Aisyah makan keropok, Taqwa korek mulut Aisyah = Aisyah gigit jari Taqwa.

bila TokMa pakai tudung nk keluar... dua2 nangis nak ikut. dah kene ibu pun keluar skali = mana larat Tokma nak dukung 2 orang cucu yg makin kus-smangat nih...

ni training jaga anak kembar kot...

adui... ibu sakit pinggang = tokma sakit pinggang..



tocang rambut







main sama-sama






tido sama-sama



p/s: Taqwa dh balik Besut...Aisyah dah takde kwn kecik utk bermain... terpaksa main dgn kwn 'tua'...hihiiii

20 June 2011

mintak maap banyak2!!!




ape yang akan aku buat kalau ade orang pomot aku MLM??

pertama, buat masa skg ni aku akn tolak & tak mo join mana2 mlm utk tujuan bisnes yg serius...bukan aku kate MLM ni tak bagus, baguss..tapi kalau ko suh aku buat bisnes MLM ni...mintakk maap banyak2.. aku tak minat. Mungkin utuk guna produk,yes..aku leh beli. Atau kalau aku pengguna tegar produk itu, mybe aku join jadi ahli~sebab nk dapat murah.

dulu aku ade join MLM secara agak serius..tapi lama kelamaan aku 'macam tak larat'...tambahan pula aku kene kuarkan duit tiap2 kali nk g berbisnes..ye, aku tau mmg kene korbankan masa,wang.. tp, asik aku korbankan masa terutamanya wang, walhal keuntungan hasil drp itu boleh katakan aku tak dapat...aku jadi 'morale down'... tak berbaloi!!... pada awlnya niat aku nk TOLONG org menjadi 'kaya' ~ disamping aku leh 'kaya' jugak... klu tak kaya pun, ade lah xtra income utk shopping...tp hampesss...
kenapa??
sebab, bila kite buat bisnes yg konsep MLM ni, ofcos lah kite kene TARIK orang utk join & menjadi bisnes partner kite. mula2, ok.. klu ade klien kite yg tak nak join, kite tak kisah pun, sbb kite pikir...rugi dia sbb tak mo jadi 'kaya' .. TETAPI...lama kelamaan, kita dah tak TARIK orang tau! kita jadi PAKSA orang join kite demi 'periuk nasik' kite. haa
..kan dah lain niat tu.. dh jadi tak ikhlas dah dlm berbisnes... ini aku cerita ttg diri aku... bukan orang lain... TIADA KENE MENGENA DGN YG MASIH IDUP ATAU MENINGGAL DUNIA..

Perkara seperti ini juga berlaku, masa aku bkerje d tmpat lama.. dlm aku iklas buat kije untuk tolong orang & menyedarkan kpd orang itu ttg kepentingan 'barangan' itu.. kdg2 bila dh terdesak ssb xcapai KPI, aku mula memaksa orang2 yang terkena supaya mesti/wajib dgr cakap aku dan menerima & membeli 'barangan' itu!!~ kan dah tak iklas bekerja!!! ~tak suka tau!

baru2 ni aku berkenan dgn satu produk ni tau.. produk ni lebih kepada kesihatan & kecantikan.. ooowwhhh.. aku suke klu bab2 cantik ni..sbb umo pun dh meningkat jadi kene lah tingkatkan kesihatan & at least mentenkan kecantikan...hahahaa...mcm laa awak ni cantik sgt!!! tak de lah..aku bese2 je..janji leh kurangkan kedut ke ape ke.. atau tegangkan mana2 yg patut...
hahaaa..
aku igt nk beli je produk ni..yelah bukan mahal pun... sebulan dalam rm40 je..sblm2 ni pun aku ade makan mknn kesihtan yg sampai rm200 sebulan... kesan?? xberapa berkesan kt aku agaknye.. tgk lah aku igt nk jadi ahli, then leh dapat murah.. kalau ade sape yg bekenan leh aku jual hrge runcit..dapat gak untung seposen dua buat beli kicap bilal (aisyah suke mkn nasik dgn kicap ni tau!).. ni pun aku rase lebey kurang cam MLM gak kot.. tapi aku bukan nk berbisnes sgt lah...sbb tujuan utama aku nk gune produk je..mybe leh lah bisnes secara tak langsung klu ade yg nk cuba produk ni.




teringin gak nk join club PG..at least bile ade org nk beli emas, aku leh dpt komisen..hihi.. ;)



p/s: suke gak layan blog si aidid ni..mcm2 dia reveal..terpulang kpd kita nk menilai mcmmana.

19 June 2011

alhamdulillah...aisyah gembira


latest pic from tok mi



sudah masuk minggu ketiga Aisyah di kampung... Semakin hepi dia. Alhamdulillah. Umi sgt rindu Aisyah..mungkin demam sehari selepas hntar aisyah kt kmpung sbb umi rindu aisyah kott. Kakak Aufa lagi lah rindu kt adik dia..stp wktu tanya. mana aisyah. sikit2 nk tepon aisyah nk cakap dgn aisyah.. umi beli mainan baru utk aufa, tapi aufa cakap satu utk aisyah. Umi beli pempes baru, aufa kata utk aisyah juga..huhu.. (eh, aufa ni pakai pempes lagii???tak maluuu!!!)

Aufa di taska, kata pengasuh dia diam aje..bila dh lama2 baru aktif main macam biasa. Yelah, biasa ade Aisyah kan.. Kt umah pun camtu..time nak tido lagi Aufa terasa ketiadaan Aisyah. Biasanya Aufa main2..gaduh2..usik2.. si Aisyah.. tapi kalini dia sunyi.. takde siapa dia nak sakat. Tido pun merengek mintak umi temankan. Suatu hari, dia buat2 menangis, sbb umi sibuk masak, dia dh ngantuk..xde geng nk tido.

Aisyah setiap hari tok ma & tok mi bwk g jalan2.. haritu g playground main swing, sanggup tahan mengantuk, tak mo balik.. Pastu g main air laut kt pantai air leleh a.k.a Pantai Lagenda dgn acik Naa & Tqwa.... cuma suatu hari tok ma cerita, Aisyah pada suatu pagi, dia terisak2.. mcm nangis gitu.. tapi dia tgh tido..then bila dia tersedar, dia menangis... huhuuu...siann, mesti dia mimpikan umi atau ayah atau kakak aufa... tunggu ye Aisyah, nnt umi balik kmpung ujung bulan ni.

Aisyah tido at least 2 kali sehari pd waktu siang..then lepas bangun tido mesti nak makan. tok ma rajin buat makann kt Aisyah. Aisyah makan banyak.. bersaing dgn Taqwa yg ade pulang bercuti 2 minggu kt kmpung. Suatu hari, tok ma bwk g jln2 kt East Cost Mall (spping cmplex), Aisyah terbau jagung stim.. dia ckp "NAK"...uishh... bau makanan pun dh terliur nk makan?? bagus...mkn byk2.

Aisyah ni selalu je ade aktiviti outdoor...yg terbaru ialah aktiviti berpiknik sempena besday tok mi di air terjun..waaahhh...besnyer!!!



piknik



nanti kite jmpa ye Aisyah!!!



18 June 2011

eee...gerammnyer!!!!





haaa.... satu lagi perasaan yg ade kt aku time2 skg..time perut tgh buyong ni.. aku geram kalau tgk benda/haiwan/baby yg comel.. bukan geram marah..geram macam rase cam nak gigit2/kunyah2/ cium lame2/ peluk kuat2 / picit / cubit... eeeiii.. kdg2 aku geram nk gigit Aufa..aku gigit jugak tp xde laa kuat2 ~ gigit sikit pun dh nangis!! tak sporting langsung si Aufa ni.....hubby aku pun kadang2 aku gigit gak..tp mintak kebenaran dulu..eh, ye ke?? hihiii..

Ni ade beberapa situasi yg aku tgh geramm kan sesuatu....

suatu hari...aku tgk ikan2 dalam kolam kat opis...montel2 ikan2 itu... comelnya...kalau aku dapat tangkap & gigit kt perut ikan ni kan best!!!.... ~aku pun berlalu setelah berfikir sedetik ditepi kolam..ikan2 tu pun dah lari nampak aku..

ikan2 ni rupe cam ni lah.. geramkan??? sbb mereka montel


situasi kedua...
Kat opis aku, ade beberapa ekor kucing..satu mama kucing dan 2 ekor anak kucing yg kiut sedang bergurau2.. Eee...comelnya anak2 kucing tu..kucing tu biasa2 je sbnrnye..ye lah kucing kampung.. ko tau ape perasaan aku ketika itu...aku rase nak selamkan kucing tu dalam kolam ikan kt opis...hahaha.. puas hati aku!!!~ tapi aku tak de laa buat camtuh, kang mati lemas pulak kucing2 comel itu.. huh!! bahaya kalau aku tak dapat mengawal perasaan...tiba2 aku terbuat ape yg aku pikir...haha..mengarut kannn???!


kalau kucing tu rupe camni, harus aku kejar sampai ke pintu pagar.





dah laa...mengarut je n3 aku kali ni..... ish2..








comelnya newborn!!!! xsbr nk beranak!!!!



16 June 2011

:: besday tok mi ::



"Allah selamatkan atok"

"Allah selamatkan atok"

"Allah selamatkan atok"

pagi-pagi...Aufa dah tepon tok mi untuk ucap besday.. tu lah yg Aufa nyanyi kt tok mi nya pagi2 tadi. aufa ni kadang2 panggil atok. kadang2 panggil tok mi..kadang2 panggil abah...ish2.. sukati dia nk panggil ape.


~16/6/2011~
Slamat hari lahir abah yg ke 54..
semuge abah sihat2 selalu & gembira..
semuge Allah merahmati abah dunia & akhirat..



aufa & tok mi

p/s: abah pilih adiah besday kali ni ialah ipad2..huhuu...

14 June 2011

harimau instead of hantu


nk cerita pasai si Aufa mase mula2 masuk taska..
perkara pertama yg dia belaja mungkin 'hantu'. yelah...ape taknya..bila balik umah dia takut2 kan umi dgn hantu..sikit2 hantu..pegi situ hantu..pegi sini hantu.. dalam gelap laaagilah hantu nya.. aku rase hantu itu bagi dia tempat yg gelap kot..haishhh..ape lah yg budak ni belaja dgn kwn2 kt sekolah..

suatu hari aku fikir..budak2 ni tak elok klu ditakut2 kan dgn mende2 yg dia tak nampak.. dapat lah aku satu idea.. mase si Aufa sibuk takut2 kan umi dgn hantu, aku pun tukar cakapnya..aku sebut "HARIMAUUU"..dgn suare yg agak2 mcm rimau..hihi..ape lagi berlari lah dia masuk bilik sambil terjerit2.. syok jugak main kejar2 dgn Aufa..sambil cakap 'HARIMAU'..uishh..terpikir pulak aku, nnt klu dia dh reti bahasa atau dh 'pandai'..kang tak pasal2 dia panggil aku harimau atau ttbe dia cakap 'umi ni macam harimau lah'.. sbb kdg2 aku ni garang jugak macam harimau .. hahaa..

okey kan aku tukarkan hantu dengan harimau?? ;p


... bilaa laa aku nk update psl Aisyah di kampung??? xde feel lahh..
aisyah..umi rindu!!!



12 June 2011

ada apa dgn mengandung


Masa mengandung ade beberapa tabiat aku.. tabiat bukan tebiat... ;p
mengandung kali ni, pertama sekali ialah deria bau aku semakin sensetif..ni masa awl2 dulu lah.. ade ke patut hubby buat perumpaamaan hidung aku macam ____. dia tak cakap pun macam ape, msti dia nk samakan idung aku mcm sesuatu..cehhss.. gigit kang! tu yg pertama. Kalau dah idung sensetip, bau wangi pun aku kate busuk.. bau ayam, bau tumis, bau menggoreng...aku tak leh blah. Bau hencik hubby pun aku takk boleh...adoi.. busukk sgt bg aku..maap bang..skg dh tak lagi. wlwpun abg tak mandi ttp wangii...hehehee..

tapi...

beza dgn kandungan aku yg lepas2... aku mmg sensetif dgn bau2..masa awl2 preggy.. bukan aku tak suke..cuma, aku cepat hidu klu ade bau2. dulu aku xde pun xsuke dgn bau hubby aku.

tabiat kedua ialah ..masa awl2 mengandung..sblm aku tau aku mengandung...aku suke sgt tgk anak2 aku yg tgh tido..aku cium2 diorang..rase cam comel sgt diorang ni.. lebih2 lagi Aisyah.. Aku gomol2 dia time dia tido sampai dia terjaga.. Aufa pun same, aku yg jarang2 nk cium dia pun aku cium dia mase dia tido. Masa dia berjage..aku yg suh dia cium aku..hihi..tabiat kedua ni mmg xde mase aku mengandung dulu2.

tabiat yg ketiga ialah..aku suke tido peluk bantal.. sblm ni aku tido xde nk peluk2 bantal.. peluk hubby je .. rase tak lengkap tido klu takde bantal utk dipeluk. Tido tak kisah mana2 posisi..klu mengandung dulu asik nk belah kiri je..pastu letak bantal kecik bawah perut. kali ni mybe perut tak besar lagi, xde laa bantal kecik nk letak bwh perut.

tabiat yg keempat.. ooo... yg ni mmg ade sejak mengandung dulu2.. iaitu mkn benda yg manis2.. & masam2.. ni kene kontrol... hmmm..

tabiat yg kelima.. suke sgt mkn ikan...xkira ikan ape. atau sea food..udang ke, ketam ke.... hubby tak serasi sgt dgn udang / seafood, sbb katenye tekak dia gatal bila mkn udang, yelah sape suh mkn dgn kulit! klu beli kt pasar mesti ikan & kdg2 je daging..ayam mmg xbeli. Masa mengandung Aisyah pulak, ikan yg paling banyak aku makan ilah ikan patin.& mak kate kulit Aisyah tak alah mcm Aufa sbb aku byk mkn ikan darat..waaahhhh...sedapnyer ikan patin masak tempoyakk.... slurrpppp..

Mase Aufa...hmmm...aku byk mkn ayam.

tabiat yg keenam.. tabiat pemakanan.... ooohhh ... mkn..mkn...mkn... tak habis2 dgn mkn.. mcm biase tabiat pemakanan aku mmg tak berubah..ye ke?? mybe ade perkara2 yg nk aku mkn mase mengandung..kate org mengidam.. mcm selalu nya..ade je mknn2 yg aku terliur dan rase nk mkn.. stp minggu..ade je nk mkn ape..cth, mggu ni aku nk mkn waffle..nyum2.. 2x dpt mkn kira okey lah..skg dh tak terasa..mggu lepas betik..minggu sebelum tu ais krim potong kacang merah.... so, what next??? tungggguuuu...mknn ape pulak lepas ni..

bercakap pasai mengidam ni, aku penah terbaca, klu seseorang wanita yg mengandung terutamanya atau org2 sakit (sbb tu org sakit kite tanye dia nk mkn ape)..bila dia nk mkn sesuatu, maka bermakna dlm tubuhnya perlukan zat dari makanan itu.ade penawar dlm mknn yg dia minta. xtau ye atau tidak..

yang ketujuh, aku tak berapa suka nak jalan jauh..huuuuu... malas penat lah. Last week balik kmpung, aku demam yg teruk, demam+batuk+selesema+siap tak leh napas lagii...nk g hospital dah mlm tu..sibbaik masa tu kt umah mak, mak yg urut aku, sampai aku ok..TQ mak, i love uuuu! rupenye angin. seingat aku aku mkn buah berangan byk kottt...(tp sblm ni mkn ok je)

yang kelapan, masuk minggu ke 24 ni boleh pulak aku loya2 semula...mcm mula2 mengandung..ish2.. ni yg tak best ni. bila loya je nk mkn benda2 sejuk..aiskrim ke, jeruk ke, buah2 dlm peti sejuk.. tu yg aku sampai skg batuk tak baik2 lagi..dh nk masuk 2 minggu ni..batuk..batuk..batuk..

okeh...rasenye itu saje kot yg terlintas dlm pikiran aku utk n3 aku kali ni...

sehingga berjumpa lagi di lain waktu....

bye.




10 June 2011

10062011


selamat hari lahir abang..
kali ke-4 abg meyambutnya sbg seorang suami..
kali ke-3 abg menyambutnya sebagai seorang ayah..
usia yg menghampiri tiga dekad..
semakin bertambah umur kita,
semakin giatlah kita menambah amalan utk bekalan 'ke sana'.
semuge abg diberi keberkatan dalam hidup..
kehadiran abg dlm hidup ayg amatlah bermakna..
begitu juga dengan cahaya mata kita..
mereka sunyi tanpa ayah, walaupun sebentar ayah keluar bekerja..
terima kasih diatas segalanya..
sayang abg sgt2..
tentu sekali aufa & aisyah syg sgt2 ayah mereka..

we love u!!


02 June 2011

LIBUR



Libur maknanya 'cuti'.
bln 5 hr tu, aku terpandang yg AirAsia buat sales. Tiket harge RM0.10. Tak silap aku masa tu 20/5/2011. Aku pun xcited laa klik mengklik..kitorang mmg rancang nk g jenjalan thn depan..cdgnye nk g Langkawi.. 5 beranak. aku pun stat laa membooking..mmg payah nk dapat sbb line bz. try punyer try mmg dapat.. kos utk sorang dlm RM15.20 je seorang pegi dan
balik utk dewasa.. MURAH!!!!! Tapi untuk baby mahal laa pulak..RM50 sehala. Seingat aku aku try book utk 4 adult, 2 child & 1 infant. Total dlm RM200++. Tambang pergi & balik... murahhhhh.. & aku pun nk book laa. tiba2 jadi stuck.. bukan ape... aku book utk infant actually utk baby perut.. alaaaa.. mcmnana nk book sbb baby tak lahir lagi... haha... so, tngguh dulu..... aku bajet esok laa aku book semula..nk bincang & fikir2 dulu. Lgipun promo tu sampai 28/5/2011. So,masih ade masa.

Esoknya, aku bukak lg website AA. Search ticket... ooohhh...payahnye nk masuk. bila dpt masuk aku book laa utk 2 adult & 2 child.. xdapat! Tak dapat harge promo. dpt hrge biase. Masih tak puas ati..cuba lagi.. Book utk 1 org dewasa. eh, ade laa pulak.. cisss.. byk kali aku cuba, bila book byk2 payah nk dapat & kdg2 xdpat langsung hrge promo. Aku pun malas dh nk layan.. So, tak
jadi lah nk g lgkawi... klu nk pegi pun aku pegi je mcm biase.. naik bas atau naik je laa AA tu..tak yah tggu promo2..

Hari ni aku dpt info FF buat promo..harge satu tix cume RM0.01...Lagii murahhh... try ushar2 FF.. Tapi bila aku try, mmg ade promo tu.. tp kene wat byk kali..sbb klu tak kena dgn tarikh dpt hrge tix biase...OOhh...lebih mahal FF berbanding AA. Aku try tgk hrge tix utk seorang adult klu dpt hrge RM0.01... Ooohh...xsetanding AA. Hrge satu org FF dari KL-Langkawi ialah RM90.00++ pergi & balik..

tapi sebenarnye...masih murah sbb hrga promosi..

tak pe lah...tgk laa...bila2 ade kelapangan.... aku nk bwk ketiga-tiga anak aku jenjalan naik tapal tebang.



nota kaki : abg, leh tak nk itut abg OS indo nnt?? huhuuuu... ayg nk g bandung gak..;(

01 June 2011

terlebih sekilo


semalam dgn rajinnye aku pegi check up...spatutnye 2 minggu lps, tp sbb nurse tak tulih date apppmt, jadi aku ikut-suke-hati-nk-pegi-bila.. ini adalah 2nd check-up spjg 23minggu aku menandung. nampaknye result berat badan aku xberapa nk cantik. terlebih naik sbyk sekilo. ~ terus padam impian aku nk mkn wafer choc+strwberry, tp aku mkn jugak! . adoi, kene pantau laa dgn mak nurse. lg 2 minggu kene dtg lagi sekali. dia kata mesti naik sekilo je. aku tnye dia, kene control mkn ke?. Mak nurse ckp mkn jgn control, mkn spt biase & byk mkn sayur2. dlm aku mls nk g check-up yg sebulan sekali, ni lg 2 minggu kene dtg..hmpeh.. tu blum kene minum air gula lagi...uweekkkk...xsuke air gule!

So, nsihat kpd diri sendiri, sila jage mkn anda terutama mse buyong nih..kang tak pasal2 dpt diabetis mcm 1st preggy.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...