04 January 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru kepada semua.

Hari pertama dalam 2010 berada di opis.... Hurmmm.. banyak jugak fail2 tahun lepas yang belum ditutup. Aku berazam akan selesaikan fail2 ini sebelum abis bulan ni.

Menyambut tahun baru di rumah atok Aufa di Pekan.. Seronok! Aku dah lame tak balik kampung.Kali terakhir balik masa adik aku ,Ainaa, kawin pada 10/10/2009. Masa tu Aufa belum berjalan & berdiri. Walaubagaimanapun, perkembangan Aufa selalu aku update kat Tok Ma & Tok Mie nya. Itulah kecanggihan teknologi sekarang. Boleh ber'MMS' & ber'3G' dengan orang yg jauh. Dalam sehari aku akan voice/videocall atau MMS kepada abah/mak aku ape yang berlaku kepada keluarga kecik aku.


Kami pergi ke Pantai Lagenda (dulu namanya Pantai Air Leleh). Tak dapat nak berpiknik & bermandi manda memandangkan cuaca agak mendung (musim tengkujuh). Lepaslah hajat aku nak tunjukkan Aufa pantai dan pasir pantai tu.

Aufa excited sangat.Berlari-lari sakan.







Tulis ABC kt pasir




Aufa nak jolok sape tu???




ooppps jatuh.Aku saje je bagi Aufa jatuh, nak biarkan dia main pasir.Tapi dia geli pulak pegang pasir tuh. Pembersih laa konon!



Acik Naa (makcik Aufa) telah mensponsor kek comel untuk ulangtahun Aufa yang pertama..Thanks Acik Naa.. Nanti buatkan baju untuk Aufa yee (sebab acik Naa ade beli mesin jahit baru & telah pun ambik ukuran badan Aufa ;p)

& Thanks jugak sebab buat ketupat sotong untuk ummi Aufa. (bukan mengidam, terasa nak makan je)... lepas ni kita cari ikan duri yang bertelur pulak ye!

Ketupat Sotong. Senang je buat ni.


Perancangan bagi tahun 2010..
Lebih fokus kepada belanjawan keluarga. Perancangan terutamanya aktiviti wajib kami, percutian mesti dirancang sebaik mungkin.. Hmmm...aku teringin nak bercuti ke Terengganu atau Kelantan... Mengapa?? Mungkin kat sana banyak makanan favorite aku. (hah??! makan lagi??!!..) Tapi hubby aku katenye nak ke Langkawi lagi pada tahun nie.. Mmm..nnt aku fikir.. ape yg best di Langkawi tu selain tmpat membeli belah (biase je aku tengok)..Mungkin hubby aku xpuas nak jalan sebab masa kami pergi tahun lepas, dia kene attend meetg. hehe..

Aku dah tandakan dlm kalendar hari2 cuti.. hmmm.. thn nie aku bercuti 2 bulan pada bulan 5&6. Ooohh...kena fikir bajet untuk si kecil yang bakal lahir & kakaknya.. antara bajet yg perlu dikeluarkan setiap bulan ialah :
-Susu (utk adik Aufa, aku nk fully breastfeed, cuma sediakan & tambah aksesori utk BF)
-diapers (CD??- mungkin kene sediakan juga DD)
-pengasuh (hmm...klu pakai maid macammana??)

2010...harap lebih bermakna buat kami sekeluarga.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...