15 July 2010

Demam Kuning


Tido bawah lampu biru



Hanya beralaskan kain lampin nipis dikepala..huhuuu cian anak ummi.




Bercakap pasal demam, teringat pulak masa Aisyah kena 'demam kuning' atau biasa orang kata Jaundis.. Sian tul Aisyah..teruk kuning dia sampai kena drip air..huhuuu..


Alkisahnya begini, aku yg terbesalin awal, tiada ibubapa disini... emak aku off coz kt Pekan & emak mertua aku, kebetulan terbang ke Medan.huhuu.. terubat jugak hati ni bila emak sedara datang dari Bahau melawat aku di hospital. Kwn2 xde pun, sbb diorang sume xtau yg aku dh bersalin dan aku xdpt nk men-contact mereka sebab telefon aku hilang.


Aku balik ke Pekan setelah seminggu di rumah mertua di KL. Sampai je pekan, emak aku ckp Aisyah dh kuning. g hospital terus. amik darah. tak sampai 1 jam, hospital call, suruh masuk wad sebab baby kuning tinggi..aku tak tau tinggi tu bacaan berapa. aku yg baru sampai pekan, xsempat nk buat apa2..terus berkemas..tdo hospital mlm tu..sedey, baru je nk melepas rindu kt Aufa masa tu & Aufa bermanja dgn ayah dia je sepanjang 2 hari itu.


Di hospital, Aisyah kene tdo bawah lampu biru. bukak sume baju dia. atas-bawah-tepi ada lampu biru tu. mata dia ditutup dgn kain. bukan senang nk diamkan dia & suruh dia tdo atas baby cot yg keras tuh. Aku tak jemu2 bg susu kt dia, suruh dia buang air byk2..biar kuning hilang cepat2..risau nye aku time tu hanya Allah yg tahu. Aku perah susu (terpaksa buang susu (foremilk) tu, sbb belum prepare nk buat stok EBM~~~ruginyaa) & aku bagi Aisyah nenen dgn aku.. Aisyah minum susu yg pekat (hind milk).. biar dia kenyang & yak byk2.. Berkat kesabaran aku, bersengkang mata dimalam hari & siang menjaga Aisyah, hari ke-dua aku dh boleh balik umah... alhamdulillah.. tp, masa balik umah tu, agak sedey, sebab masa tu suami tersayang dah balik KL.. huhuu...rindu lagi... (tp, nxt week slps tu my hubby balik pekan, jenguk aku & anak2)


Aku terfikir, mengapa Aisyah boleh dpt 'kuning'? Aufa tak pulak.. Ni andaian aku laaa:


*Aisyah lambat menyusu selepas dia lahir, hmpir 2 jam baru dpt nenen dgn aku.~sepatutnya masa diorang letak aisyah atas dada aku,masa lahir, terus bg nenen masa tu jgk. (masa Aufa lahir, best, sbb ade nurse yg baik hati tlg aku bg nenen kt Aufa)


* Aisyah ni asyik nk tido je keje nye. Minum susu xberapa nak. Jenuh ummi kejutkan Aisyah, tp, nyusu sikit je.

*Aku ade makan jamu lepas bersalin pada hari kedua. (masa bersalin Aufa, xde jamu2 pun, mkn vitamin je) Aku stop mkn jamu slps hr kedua, bila tgk Aisyah nangis mlm hari, panas agaknya & tgk Aisyah ada tanda2 kuning.


*Makan byk sgt lada sulah masa mkn nasik. So, peringatan utk diriku, wlwpun sedap, jgn mkn berlebihan..mkn sikit2 je. Satu hari tu, Aisyah x boleh tido, panas agaknya, mybe sbb mkn lada sulah tu lah.~esoknya, terus tak makan lada sulah.


*Lambat g klinik/hospital bila dh nmpak ada tanda2 demam kuning.


Jaundis ni sgt bahaya kpd baby..kdg2 bg mereka yg kurang faham, risau atau tak suka tengok anak2/bayi2 mereka kena cucuk utuk diambil darah. Bagi aku, demi untuk kebaikan anak2 ku aku rela. Teringat tangan Aisyah yg lebam2 kene amik darah. Mak aku cakap, kalau sampai tahap yg teruk, bayi yg kena jaundis tu kena buat pemindahan darah. & efek kpd perkembangan bayi tu.huhuu..jgn main2 dgn 'demam kuning' ni.


Teringat pulak masa aku kat wad, ade patient2 yg bagi susu kambing (susu kambing, sepatutnya ibu yg minum, bukan bayi) & jus anggur hijau kpd bayi mereka yg kekuningan itu. Aku hanya yakin kepada susu ibu shj. Alhamdulillah dgn izin Allah, turun kuning si Aisyah.

Hingga kini hanya susuibu yg masuk ke perut Aisyah & akn diteruskan SUSU IBU SAHAJA sehingga Aisyah 6 bulan.



Aisyah yg 'bulat'

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...