beberapa tazkirah untuk diriku & pembaca sekelian..
Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau di dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata: ya Tuhan kami sesungguhnya tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksa neraka". (Surah Ali-Imran ayat 191)
Jikalau seseorang manusia itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu:
1)sedekah yang mengalir
2) ilmu pengetahuan yg dapat diambil manfaatnya
3) anak yang soleh/solehah
(HR Muslim)
Tiap2 yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan ingatlah bahawa didunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.
(surah Ali Imran 3:185)
p/s: betapa tabahnya kamu mawar....semoga Allah memberkati hidup kamu sekeluarga.
No comments:
Post a Comment