Yee sang
[sunting]Yusheng, yee sang atau yuu sahng (Cina Ringkas: 鱼生; pinyin: yúshēng)
ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou.
Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon),
yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa,
dan ramuan-ramuan lain. secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah",
namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.
Sejarah
Hidangan ini direka di kawasan pantai selatan Cina seperti Chaozhou dan Shantou
kira-kira 1,500 tahun dahulu, ketika Dinasti Song. Menurut lagenda, seorang dewi Cina yang
dikenali sebagai Nǚwō (女娲) memperbuat manusia daripada tanah dan lumpur pada hari ketujuh
bulan pertamatahun baru qamari. Sejak itu, hari ini dikenali sebagai "Hari Lahir Manusia".
Adalah dipercayai bahawa kaum nelayan dan pelaut China Selatan zaman silam amat
menghormati mitos ini. Pada masa kini, yusheng dihidangkan dalam jamuan atau upacara
keagamaan, bukan sahaja untuk memperingati peristiwa itu, malah untuk memberi penghormatan kepada Nüwo.
Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan nelayan ini berhijrah ke negara-negara
Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura untuk kehidupan yang lebih baik, dan membawa
bersama hidangan tradisi ini.
Yee sang dimulakan di Kuala Lumpur kira-kira pada awal 1950-an, sebagai hidangan
yang disajikan hanya selepas hari Tahun Baru Cina apabila restoran dibuka semula,
dan restoran menyajikan hidangan ini sebagai pembuka selera untuk
memupuk 'tuah' untuk tahun berikutnya.
Kini, "Lo Hei" -- melambung yee sang -- ialah satu adat resam Tahun Baru Cina
di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja
lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh,
sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.
Ramuan-ramuan biasa termasuk: ikan salmon segar, daikon (lobak putih), lobak merah,
cili kembung, halia, kaffir lime leaves, parsli Cina, potongan kacang tanah, biji bijan bakar,
keropok udang Cina (atau udang kering goreng), dan tepung lima rempah.
Kuahnya diperbuat terutamanya daripad sos plum. [1]
No comments:
Post a Comment