Sebelum ni, aku bercadang untuk meletakkan Aufa & Aisyah di rumah pengasuh. Sebab fikir pengasuh tak ada ramai budak utk dijaga berbanding nursery. Dan mungkin risiko utk penyakit berjangkit pun kurang. Tapi, masa bercuti bersalin hari tu, terdetik di hatiku, bahawa tak boleh hantar Aufa & Aisyah rumah pengasuh. sebab utamanya ialah Aufa jenis yang 'sangat peduli' adiknya. Pantang nmpak adik dia, msti datang nak usik2. Sepanjang cuti bersalin, aku memang tak buat kerja lain, asik berkepit dgn anak2 je. Kdg2 tak g ke toilet seharian. Makan pun tak.Sebab tak de org nk tgkkan Aisyah. Tunggu mak & kdg2 smpai hasben balik (masa tu berpantang kt KL), barulah aku bt urusan2 ku. Memang tak percaya nk tinggalkan Aisyah sendirian. So, kalau dirumah pengasuh, tatkala pengasuh sibuk ke lain, boleh bayang kan apa yg Aufa akn buat dengan adik dia?? Pengasuh pun byk jugak kerja2 rumah yg perlu dia buat.
Jadi aku menganalisis sendiri, pro & con untuk menghantar anak2 ku. Setelah membuat brainstorm dgn ahli keluarga, aku mengambil keputusan utk mghntr anak2 ke nursery. Nursery, mmg kerja nya mengasuh & menjaga budak2.Xde keje lain. Jadi pekerja2 kt situ fokus utk jaga anak je. Anak2 pun diasingkan. Baby duk kt bilik baby, budak yg agak besar sikit ada tmpat bermain diorang.Seminggu jugak kami cari nursery yg Ok. Akhirnya aku memilih sebuah nursery iaitu Pusat Jagaan Kanak2 Annawar. 3 minit je dari rumah ku. Setakat ni, bagus perkhidmatannya. Ni antara nursery yg murah & aku dapt diskaun sebab antar 2 org anak. RM406 sebulan (RM6 tu duit syampu & sabun).
Start hantar Aufa & Aisyah, pada 14/6/2010. Kesian Aufa, meraung2 masa ditinggalkan. Sayu je hati aku. Lama jugak aku duk kt luar pagar taska tu. Dengar tangisan dia. Memang rasa nak ambil semula Aufa, tp, bila fikir, Aufa mesti di biasakan di taska tu. Bila aku balik umah, sunyi. Xde anak2. Aku telefon taska, Aufa dh diam sebab dia nampak ada kucing kt situ. Lega aku. Aisyah?? Lupa pulak nk tanya. Hantar di taska pd hr pertama, separuh hari je. Aisyah, menten. Menyusu & tido. Tak meragam. Hari yg ke seterusnya, Aufa & Aisyah duk kt taska full day. ummi boring xde budak2 kt umah, ambil ksempatan jln2 shopping sendiri..hehe .. Bila ptg, amik diorang Aufa mmg ceria. Yelah ramai kwn2 & mainan2 kt taska tu.. & sepanjang perjalanan balik kerumah, bising mulut Aufa, bercerita lah kononnya. Aku tanya, "buat apa hari ni?". dia cakap dia nanis (nangis). Aku tanya," siapa yg nangis?". Dia cakap, "Aufa".
Sepanjang minggu pertama, hantar Aufa & Aisyah kt taska tu, Aufa mmg nangis. Belum masuk dalam, dh nangis. Hari ni minggu kedua, dah tak nangis. Elok je masuk ke dalam rumah (taska tu rumah teres 2 tingkt) .. Tenang sikit hati aku, nk tinggal kan anak2. Bestnya kalau aku ni seorang surirumah sepenuh masa..huhuuuu
Sayang Aufa dan Aishah.. rindu sgt...
ReplyDeletesayang ibu nana jugak!!!!
ReplyDelete