20 June 2010

puteri-puteri ummi


Dah dua orang budak keluar dari perut aku.. huhuuu..
Aufa & Aisyah..
Ummi sgt syg korang berdua. Tak sabar nk tunggu Aisyah besar sikit & bermain dengan kakak Aufa. Bila anak dah dua ni, hidup aku rasa lebih sempurna. Riuh rumah kecil kami dengan suara anak2. Suara ummi & ayah pun kdg2 sama naik.. pernah suatu hari tekak aku perit sebab asik mengomel tak berhenti-henti. Itu baru mengomel kat sorang anak, si Aufa yang sedang aktif membesar. Buat itu, ummi cakap 'no'... buat ini, ummi cakap 'no', yelah kalau dia buat sesuatu yang betul & tak salah, tak pulak aku cakap 'yes', cuma aku akan puji dia la..'pandai Aufa', 'cantik Aufa', 'baguss', 'baik', 'saayang Aufa', 'terima kasih'.. ni lah pujian2 & kata2 yg biasa aku cakap kat Aufa. Pastu mengomel sikit2 kat adiknya pulak, Aisyah. Tapi kadang2 kesian Aufa kena 'tibai' dek ummi. Kdg2 tangan aku ni cepat jugak...uuppps.. sori sayaang. Ni bukan marah, tapi nasihat.. pinjam statement my belooovee hubby.

Aufa selalu je ajak Aisyah bermain. Bagi bear, cuba nk dukung Aisyah, ajak main 'sek-sek, tom-tom' (macam dia main dgn ibu coeah dia).. kadang2 tu siap nak bagi nenen kat Aisyah.. ish2... Yelah... tiap2 hari keje si Aisyah ni asik bergayut nenen dgn ummi.. xde keje lain.. , sbb tu Aisyah tembam sgt2 . Tapi awas, Aufa kalau dia bad mood, dia akan pukul Aisyah. Dah berapa kali Aisyah terima habuan dari kakak nya.. sian tul.
Aufa ni jenis yg terlalu pedulikan adik dia..pantang kalau Aisyah diletakkan diluar play pen..mesti dia akan ambil kesempatan membuat apa2 yg patut kt Aisyah. (play-pen atau baby cot sgt berguna kalau beranak kecil ramai-ramai 2 pun dah cukup ramai ) Kadang2 digerak adiknya dari tido."bangun! bangun!", kata Aufa.

Aufa jugak jenis yang helpful. Kalau disuruh apa2, mudah je dibuat. Apa lagi kalau sesuatu yg berkaitan dengan Aisyah. Contohnya ambilkan kain lampin, kalau Aisyah muntah. Siap tolong tenyeh lap mulut Aisyah. Buang sampah, letak baju kotor dlm bakul, ambilkan sikat, ambilkan hanfon (sekarang ni pandai dah borak2 sambil gelak2 kt hp. Konon2 syok sembang dgn atok,mak ngah, tok ma atau ayah dia). Aku suka suruh2 Aufa buat sesuatu.Walaupun dia kadang2 tak faham, tapi saja nk bercakap dgn dia. Opung dia cakap, Aufa jenis yg cepat bercakap & bising mulutnya.

Aisyah pulak rutin harian ialah, makan & tido je. Disebabkan Aisyah ni hobinya nenen dgn ummi, jadi, ummi paksa dia pakai pacifier.. senang ummi nk bw g mana2, shopping ke Tapi malangnya, Aisyah terlalu bijak. tak mahu puting tiruan. x kenyang.

Aku jugak selalu memerhatikan kelainan & kesamaan antara Aufa & Aisyah. nanti lah kalau rajin, aku senaraikan persamaan & perbezaan mereka berdua.

Main sama2...

Tido sama2...

p/s: sebagai panduan kpd diriku http://saifulislam.com/?p=8213

2 comments:

  1. adoi..tembamnye adik aisyah..
    cmne gaya zahra nanti yek..ekekek..harap2 bekerjasama baik mcm aufa.

    oh,i like the idea of playpen..mcm2 aku kn plan nih..breast pump br..playpen baru..

    ReplyDelete
  2. dila, syok tau bt preparation utk 2nd bby nih.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...