01 June 2010
Aisyah Humaira
18 April 2010.
Satu tarikh yang memang tak terlintas di fikiranku, bahawa aku akan melahirkan puteri keduaku. Walaupun hati kecilku benar2 menyatakan aku akan bersalin awal. Tapi tidaklah seawal itu. Mengapa bersalin awal? Mungkin aku ni aktif sangat kot, semasa mengandungkan Aisyah. Siap pindah rumah lagi tu.
Beg bersalin pun nasib baik aku sediakan sebelum Aisyah lahir. iaitu 2 hari sebelum Aisyah lahir. Disebabkan jarak kelahiran Aisyah & Aufa tak jauh, jadi masih byk brg2 Aufa yg Aisyah boleh guna.Tambahan pulak adik Aufa ni adalah girl. Jimat. Hehe..
Hari sabtu,17 April 2010, hubby ada hal & keluar sepanjang hari. petang baru balik. Aku yg duk kt umah sorang2 masa tu, setelah puas tido..aku berkemas rumah. basuh kain,lipat baju, sapu2 sampah,cuci peti sejuk,masak2 (mengabiskan stok makanan), tgk2 brg bakal bby, buat itu & ini...
Jam 10 malam, mula rasa sakit2.
Masih bertahan.
Sebab beranggapan sakit yg biasa2 @ false alarm.
Jam 12 mlm, hubby pun dh tdo.
Aku masih melayan sakit.Asik pergi ke tandas, sbb nk terkucil.
Baring2. Sambil main2 dgn hanset & berangan2 nk beli hanset baru(macam tau2 je hanset ni akan 'pergi').
Jam 1 pagi.18 April 2010.
Hujan turun. makin lama makin lebat.. Adoii.. sakitnya menjadi2. Dalam hati aku, tunggu lah hujan reda sikit.baru g spital.
Jam 2 pagi.
Hujan masih lebat.Sakit makin kerap. OOhh.. tak boleh jadi ni.. kene g spital. Aku refuse nk g hospital sebb xde darah yg kuar.masa aku nk bersalinkan Aufa ada darah kuar. Aku siap2 mandi. kemudian kejutkan hubby utk g hospital. Kami decide utk ke hospital serdang. Sebab apa?? Ntah! Mybe sebab HS baru & canggih.. kononnye.
Tak ingat pukul berapa, kami sampai di hospital serdang. Daftar kt wad bersalin. Aku masuk ke belakang, tmpt check up. Masa ke tandas utk ambil sampel air kencing, darah dah kuar. & bila di periksa oleh doktor, laluan dah bukak 5 cm. Sah, aku akan bersalin pagi ni. Berbaring kt tmpat check up tu agak lama. Air ketuban ku rasakan mencurah-curah keluar. Jantung baby dipantau. Lebih kurang 30-45 minit, aku dihantar ke labor room. Sampai kat labor room,aku bertarung nyawa sendirian dlm 15-20 minit,sebelum hubby dtg.Bila melihat suamiku tercinta, tidak semena-mena, air mata berjujuran.. xtau kenapa. mungkin sebab kesakitan yg teramat sangat itu, terubat dengan kehadiran orang tersayang disisi. Aku berzikir & hubby membaca yaasin disisi ku. yang paling tidak aku sanggup cerita disini ialah, bila kesakitan bersalin itu tiba. Tak dapat digambarkan kesakitan itu. Doktor nak 'induce' aku, tapi aku menolak. sbb bedasarkan cerita2 yg aku dengar, klu kena induse, lagi sakit. so, aku cakap kt dr tu xnak 'induce'..
Semua berlaku terlalu pantas. Surah yaasin xsempat dibaca habis. Air selusuh xsempat minum & sapu. Aisyah dah tak sabar nk kuar. Dua kali aku rasa nk 'push'. Rasa yang kali kedua, aku push-push-push & push...dan akhirnya pada pukul lebih kurang 5.50 pagi,kedengaran tangisan Aisyah melegakan aku. Sekali lagi air mata kasih sayang & kegembiran mengalir.
Kelahiran keduaku ini, dirasakan amat berbeza berbanding kelahiran pertama. Mungkin sifat keibuan yang telah sedia ada dalam diriku ini menyebabkan aku rasa begitu. Masa melahirkan Aufa, lain sikit.Sifat keibuan tak banyak sangat dalam diri.Ade rasa mementingkan diri sendiri masa itu.Situasi semasa aku sempat 'berehat' semasa push Aufa keluar. Mungkin masa nk lahirkan Aufa sangat payah. Sangat 'ketat'.
Kesimpulan dari kelahiran Aisyah ini, ialah 'mudah,murah,cepat'.. Sebab apa?
Mudah
-mudah bersalin
Murah
-xbyk belanja menyediakan brg utk Aisyah sbb brg2 Aufa masih byk & bersalin di hospital kerajaan yg xmemerlukan byrn sesen pun. Hospital pun best & 1st class.
Cepat
-Aisyah cepat keluar,sblm due date & proses kelahiran pun cepat.
Ini sebahagian cerita kelahiran Aisyah. Sayang gmbr hari pertama Aisyah tak byk & hampir xde sebab hanset kesayangan aku telah dicuri orang semasa aku bertarung kesakitan melahirkan Aisyah.
p/s: masih belum ketemu hp baru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
alahai..comelnye aisyah..
ReplyDeletesebijik muke zahra br lahir =)
btl2 mudah nak lahirkan die ni ekk..
terharu Nana
ReplyDelete