22 December 2009

Upin & Ipin

Cerita baru selain dari cerita Barney & Friends, Aufa suke tengok cerita Upin & Ipin. (Aufa cuba cakap 'betul-betul-betul' sehingga berbolot lidah dia ).

Ummi saje bukak cerita ni sebagai umpan Aufa supaya makan nasik lebih banyak dari biasa. Hehe...semangkuk kecil nasik abis licin..Itu pun kalau ditambah, mau dimakan lagi Aufa.Tapi risau pulak ummi aufa makan banyak sangat. Lepas tu cam biase Aufa minum Horlicks guna sippy cup dia.

Semalam (21/12/2009) Aufa g klinik untuk check up untuk umo 15 bulan.. Wahh.. dah besar anak ummi ni..Esok2..pejam celik dah 15 tahun.. huhuuu..
Aufa berat nya 8kg je.. Nurse bagi ubat cacing kat Aufa.. Ummi dah pun hancurkan ubat cacing tu dan letak dalam botol. Aufa minum susu dgn penuh selera..Ummi bancuh susu 3 aun je, sbb bimbang Aufa tak habiskan susu dia. Aufa ni bukan ape, bila dibuat 6 auns, dia akan tinggalkan 1 auns.. Bila buat 5 auns dia akan tinggalkan 4 auns.. Bila dibuat 4 auns, at least sikit (hampir satu auns ) dia kan tinngalkan susu dia sikit.. Bertuah betui laa..

Lepas check up Aufa, aktiviti wajib kalau lepas g klinik, aku akan singgah Jusco..Jusco tu sekangkang kera je dengan umah aku. Saje jln2 sambil beli barang untuk masak tengahari tu. Aufa yang dah keletihan, tertido (lagi pun memang time tido dia), aku kejutkan dia, letak dalam troli barang. (takkan nak baringkan dalam troli pulakkan, sbb tu aku kejut kan Aufa). Bila dah siap bli barang, masuk je dlm kete, xsampai 5 minit.. tertidur dia..Alooo..ciannnye, kene paksa temankan ummi shopping.
ni mase nk balik umah.. dh tertido si kenit nih..Puting+lampin=set tido. Puting tetap nk yg lama (tercabut pemegang). Yang baru tak nak.. memilih pulak!!

Satu lagi Aufa nih, sejak dia reti berjalan, dia tak mo dah duduk dlm car seat dia. Klu letakkan dia, mesti mengamuk (ganggu konsentret aku memandu)..So, sekarang ni, dia dah duduk macam orang besar. Tapi kena umpan sesuatu la.. samada biskut,buku atau apa2 yang boleh buat dia duduk diam. Kali terakhir, dia masih mengamuk duduk kat kerusi tu, ape lagi aku alaskan surat kaba, dan letakkan dia kat bawah..siap baring lagi.. uuuu... banyak songel betul budak ni.
Ni posisi Aufa masa awal2 dlm kereta. On the way ke klinik.




Nampaknya telah bertukar kedudukan.. Bawak bekal biskut & buku ABC.






Ooo.. sudah berubah lagi.. lebih selesa berbaring..ish..ish..ish..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...